Showing posts with label Sudut Pandang. Show all posts
Showing posts with label Sudut Pandang. Show all posts

24 November, 2011

Rakyat Perlukan 'HIMPUNAN BERSIHKAN MALAYSIA'


sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.

Awal pagi ini seperti biasa selepas menunaikan kewajipan sebagai muslim, aku berhadapan dengan lap top bagi melayari internet. Pastinya facebook, Harakahdaily, blog dan Youtube yang aku buka bagi mendapatkan maklumat isu semasa kerana itu juga kewajipan sebagai muslim untuk mengetahui isu semasa.

Semasa membuka laman sosial dan akhbar, maklumat yang aku dapati ialah perbahasan usul 13 tahanan ISA telah ditolak (Harakahdaily.net). Bila aku terbaca berita, tersangat benci rasanya kepada kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan BN. Bertambah lagi benci apabila mengetahui bahawa adanya Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam semakin mengecilkan lagi sistem demokrasi di tanah air (Harakahdaily.net), Youtube .

Bagiku, sudah terlalu kejam yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat. Keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Slogan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' hanya propaganda UMNO-BN.

Dek terlalu geram dengan UMNO-BN, aku terbaca pandangan Ketua DPP Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi agar Perhimpunan BERSIH 3 perlu diadakan (Harakahdaily.net). Aku tersenyum membacanya. Namun, terlintas di fikiranku agar bukan sekadar perhimpunan untuk BERSIHkan pilihanraya, tetapi BERSIHKAN MALAYSIA daripada kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN.

Perlu sangatlah bagiku perhimpunan BERSIHKAN MALAYSIA ini diadakan bagi membantah kezaliman UMNO-BN untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Kita tidak mahu lagi digula-gulakan seperti sebelum ini. Media perdana sibuk memburukkan pemerintahan Pakatan Rakyat seperti di Kelantan (Harakahdaily.net). 

Secebis harapan dariku kepada Ketua DPP Malaysia agar mengadakan Perhimpunan Bersihkan Malaysia dan mengetuai anak muda bagi perhimpunan ini.

Allahu'alam.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

01 November, 2011

Sabah boleh ditawan jika ada sorang lagi Nik Aziz



sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Menyentuh soal politik dan pilihanraya di Malaysia ni, adalah sukar membuat ramalan secara tepat atas beberapa faktor. Sekadar analisa secara rawak melalui pemerhatian di sudut isu tempatan, nasional dan antarabangsa. Dan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada dominasi UMNO BN sepanjang 52 tahun ialah amalan politik 'machiavelli' dan pemusatan kuasa. Ianya menjadi lebih buruk lagi bila seluruh jentera kerajaan dijadikan alat politik UMNO BN. Pelbagai akta zalim seperti Akta Polis, AUKU, OSA, Akta Penerbitan dan Penyiaran dan lainnya digubal bukan untuk kepentingan awam tapi semata-mata untuk melindungi kepentingan parti pemerintah daripada tergugat. Yang paling mengecewakan bila tahap kesedaran politik rakyat begitu rendah, khususnya Melayu Bumiputera.
Selain wujudnya akta jakun itu, penguasaan media perdana oleh parti pemerintah telah menyebabkan majoriti rakyat hanya menerima maklumat dari sebelah pihak. Namun situasi ini mula berubah, walau tidak menyeluruh, bila kemudahan internet jalur lebar mula memasuki pasaran.

Mengikut kajian yang dibuat pada 2010, jumlah pengunjung website media alternatif termasuk milik Pakatan Rakyat telah meningkat secara mendadak, diikuti laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang kini menjadi pilihan rakyat untuk menyalurkan maklumat secara pantas.

Walaupun 'cyber wars' kini menjadi satu medan perang politik, namun penggunaannya masih tidak menyeluruh dan ditambah pula dengan corak pemikiran rakyat yang masih terbelenggu dengan politik sempit perkauman peninggalan penjajah yang menjadi amalan UMNO selama ini.

Sedarkah kita doktrin politik perkauman memang tektik keji penjajah bagi menguasai sesebuah negara. Kita sendiri lihat bagaimana krisis kebuluran yang melanda umat Islam Somalia. Semuanya ini berpunca daripada rakyat Somalia sendiri yang berpuak-puak dan berbunuh sesama sendiri angkara terpengaruh dengan hasutan pihak Barat.

Dan begitulah keadaannya di tanahair kita walau tidak seburuk keadaan di Somalia, namun sentimen pra-sangka antara kaum masih wujud hingga ke hari ini. Dalam sejarah politik tanahair, sentimen perkauman memang menjadi modal terakhir UMNO untuk mengekalkan kuasanya. Malah penulis juga percaya tragedi 13 Mei 1969 itu sendiri ada agenda politik UMNO jangka panjang.
Kaum di Sabah

Dalam konteks semangat perkauman, sentimen itu masih wujud di kalangan masyarakat Sabah walau di sesetengah kawasan/daerah sentimen tersebut kian berkurang ekoran taraf pendidikan dan hubungan pelbagai kaum semakin baik di tempat kerja dan di institusi-institusi pengajian tinggi. Secara tidak langsung ianya mempengaruhi pola pemikiran majoriti rakyat Sabah sekarang.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada sentimen negatif ini ialah pola penempatan suku kaumnya. Jika daerah Kota Belud dengan kaum Bajau dan Iranun, Ranau dan Tambunan dengan kaum Dusun/Kadazannya, Keningau dan Tenom pula dengan suku kaum Murut, Tawau dan Lahad Datu dengan suku kaum Bugis dan Bajau, Beaufort, Sipitang dan Papar dengan kaum Melayu Brunei dan Bisayak manakala Kudat, Kota Marudu dan Pitas dengan suku kaum Rungus dan Sungai.

Pola penempatan yang sedemikian rupa wujud ekoran faktor geo-fizikal negeri yang bergunung-ganang. Secara tak langsung hubungan antara kaum itu terpisah oleh bentuk fizikal mukabumi.
Politik

Apabila pola penempatan berkelompok dan terpisah di daerah masing-masing, tentunya tidak dapat dielakkan rasa sentimen kaum di dalam jiwa masyarakat Sabah itu sendiri. Bagi penulis ianya satu perkara lumrah di mana-mana saja. Justeru, sentimen kaum ini turut mempengaruhi pola politik Sabah hingga ke saat ini. Juga kepada undi dalam pilihanraya.

Penulis ambil contoh Parlimen Kota Belud dan 3 DUN di bawahnya, Tempasuk, Kedamaian dan Usukan. Di parlimen ini hanya ada 2 suku kaum terbesar, yaitu Bajau dan Iranun. Di sudut sejarah, 2 suku kaum ini pernah bertelagah dan masih kuat sentimen perkaumannya. Malah beberapa kenalan penulis dari 2 suku kaum ini pernah mengatakan jika calon berbangsa Bajau yang bertanding, kaum Iranun tidak akan mengundi dan begitulah sebaliknya.

Katakan dalam Parlimen Kota Belud ditandingi secara one-by-one. BN diwakili calon Bajau dan PR diwakili calon Iranun. Jangan terkejut kalau calon Bajau BN akan mendapat undi dari pengundi Bajau yang menyokong BN dan PR. Dan begitulah juga dengan calon Iranun yang mewakili PR. Senario ini boleh berubah jika ada calon ketiga dari suku kaum lain seperti Dusun. Katakan SAPP meletakkan calon berbangsa Dusun. Kemungkinan besar calon SAPP akan mendapat undi dari kedua-dua kaum utama tadi yang tak suka BN dan PR.

Bagi kawasan yang masih kuat sentimen perkaumannya, PR perlu beri perhatian serius dalam meletakkan calon mereka. Jika tersilap percaturan, peluang kemenangan akan terlepas begitu saja. Sekiranya ada individu ahli parti yang dikenali, popular dan dihormati masyarakat tempatan, maka orang itu perlu diberikan laluan sebagai calon walau tidak memegang sebarang jawatan parti. Seterusnya perhitungan di sudut bangsa calon itu sendiri merupakan aspek penting yang boleh mempengaruhi undi.

Manakala di pihak BN, tentunya mereka cukup arif akan hal ini dan ditambah dengan amalan sogokan politik wang yang memberikan kelebihan pada mereka.
Azhar Idrus

Di Terengganu, khabarnya Ustaz Azhar Idrus akan diminta bertanding di salah satu kawasan DUN di negeri itu walau beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti. Hanya ahli biasa. Tentunya pucuk pimpinan parti melihat di sudut populariti dan pengaruh pendakwah bebas itu di kalangan masyarakat, khususnya golongan muda. Jelas di sini faktor pengaruh bakal calon dalam masyarakat itu amat penting kerana ia mampu meraih undi rakyat. Mugkin 3 golongan yang akan mengundi calon yang mempunyai kriteria seperti itu. Pertama, tentunya undi dari ahli parti sendiri tapi belum menjamin kemenangan. Kedua, undi para peminat calon itu sendiri dan ketiga, undi simpati.
Pandangan umum

Seorang wartawan NST, Jaswendar Kaur, memberi pandangan dengan mengatakan jika pilihanraya Sabah diadakan selepas 3 atau 4 hari pilihanraya umum di Semenanjung dan Pakatan Rakyat ada kekuatan di negeri itu, nescaya Sabah akan terlepas ke tangan pembangkang.

Katanya, pengundi, khususnya di luar bandar ingat bila Sabah mengundi menentang BN di awal 90an dulu. Selepas itu, kerajaan persekutuan membekukan bantuan kepada Sabah sehingga PRU berikutnya sebagai hukuman. Ekoran tidak bersedia untuk menjadi suara tunggal, akhirnya rakyat Sabah terpaksa mengundi BN kembali. Walau bagaimanapun, apabila PRN Sabah diserentakkan dengan PRU Semenanjung, calon-calon pembangkang memenangi undi popular.

Di Sabah, parti-parti pembangkang gagal mencapai kerjasama sebagaimana yang dicapai di Semenanjung. Akibatnya, wujud pilihanraya kaum dan ramai calon-calon diletakkan untuk bertanding menentang BN. Bila senario sebegini berlaku, undi kepada pembangkang berpecah dan menguntungkan BN sendiri. Dan fenomena inilah yang dimahukan oleh BN dalam PRU13 akan datang.

Tidak dinafikan, hari ini rakyat Sabah, khususnya masyarakat Cina sedang memerhati bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mentadbir Pulau Pinang bagi mengukur sejauh mana kejayaan dan keberkesanan PR.

Dominic Lim, Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Manusia Diocese Katolik memberitahu bahawa jika PR berjaya di Pulau Pinang, BN "akan hilang" pegangannya ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, orang Sabah kurang 'berselera' dengan Anwar. Rakyat Sabah masih ingat ketika Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apabila bercakap dia selalu meremehkan Sabah. Justeru, majoriti rakyat Sabah masih terkilan dengan Anwar.

Kata Dominic, Anwar mesti berusaha untuk memenangi hati rakyat Sabah melalui tindakan, bukan kata-kata. Anwar perlu membuktikan kepada rakyat Sabah bahawa dia bukan lagi seorang fundamentalis Islam. Ketidakpercayaan rakyat Sabah terhadap parti dari Semenanjung wujud disebabkan pengalaman mereka bersama UMNO selepas parti itu berjaya masuk ke negeri ini. Rakyat Sabah mengundi atas faktor merit calon pembangkang, bukan mengundi parti yang diwakili.

Parti pembangkang asal Sabah sebenarnya boleh mendapat sokongan yang kuat rakyat. Malangnya Sabah tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma yang mampu menyatukan seluruh etnik rakyat Sabah (Kadazan, Cina dan Melayu). Isu-isu utama yang mendominasi politik tempatan di Sabah semasa pilihanraya ialah status beribu-ribu pendatang haram yang tinggal di Sabah dan tanah yang disita oleh sektor swasta, kadang-kadang melanggar undang-undang adat peribumi.
Kesimpulan

Sebagaimana penulis sebut di awal tadi, sikap politik rakyat Sabah ini sangat unik. Mereka pernah menukar kerajaan sebanyak 4 kali.

Bemula USNO, Berjaya, PBS dan BN. Di samping itu, sentimen Sabah-Semenanjung yang ditanam sejak zaman USNO lagi masih berakar di dalam jiwa rakyat Sabah walaupun perasaan itu dah semakin berkurang.

Selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang, rasanya tak salah kalau Anwar Ibrahim mencari seorang calon isteri di Sabah ni kalau itu jalan terbaik untuk mensirnakan rasa terkilan rakyat Sabah padanya dulu. Takkanlah Wan Azizah marah. Bukankah comel kalau Kak Wan ada 'adik' di Sabah ni. Tapi mungkin Anwar yang tak mahu sebab setianya pada Nonanya Azizah. Sorrylah Abg Anwar dan Kak Wan... penulis gurau je.

Masih ada masa untuk pakatan pembangkang di Sabah ni mengatur strategi terbaik. Mungkin nak mencari calon pemimpin terbaik yang mampu menyatukan seluruh etnik Sabah dalam jangka masa terdekat ni agak sukar, namun kena diusahakan juga. Bak kata pepatah Melayu, "Kalau tak dapat rotan, dapat akarnya pun jadilah".

Bagi penulis, jalan terbaiknya pakatan pembangkang mesti bersatu untuk menjatuhkan rejim UMNO BN demi kepentingan rakyat jelata. Ketepikan segala kepentingan dan sentimen parti masing-masing. Kalau BN boleh jatuh dengan cara itu, maka ianya wajar dilaksanakan segera. USNO, SAPP, PBRS, PAS, PKR dan DAP perlu berlapang dada.

Kalaulah ada seorang lagi Nik Aziz di Sabah ni, nescaya orang itu mampu menyatukan hati seluruh etnik di Sabah.

Wallahu'alam.

04 October, 2011

8 'C' Lelaki Tidak Suka Dengan Perempuan.

Sumber: http://www.azizullemin.com/


CABAR

Lelaki itu punyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka @ pantang dicabar terutamanya oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak berasa tercabar. Contohnya jika wanita ini bergaduh dengan lelaki dan mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!". Kalau betul si lelaki mencari perempaun lain, wanita itu juga yang putih mata. Menangis tak berlagu nanti. So hati2 dengan kata2 anda itu.Lelaki itu punyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka @ pantang dicabar terutamanya oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak berasa tercabar. Contohnya jika wanita ini bergaduh dengan lelaki dan mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!". Kalau betul si lelaki mencari perempaun lain, wanita itu juga yang putih mata. Menangis tak berlagu nanti. So hati2 dengan kata2 anda itu.

05 September, 2011

"Wira Sebenar"

sumber: http://muridkyai.blogspot.com/


Alayarham Noramfaizul yang terbunuh di Somalia kerana terkena peluru sesat itu merupakan seorang wartawan  yang ikut serta Kelab Putera 1 Malaysia untuk misi kemanusiaan di sana. Kelab Putera 1 Malaysia adalah sebuah NGO yang diketuai oleh Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang juga merupakan pengerusi Putera UMNO Malaysia. Pendek ceritanya, Kelab Putera 1 Malaysia dengan Putera UMNO itu adalah dua badan yang kepalanya sama.Maka, misi kemanusiaan yang dilakukan oleh Kelab Putera 1 Malaysia itu secara tidak langsung adalah untuk memperlihatkan kepada rakyat dan juga dunia mengenai keperihatinan UMNO dalam membantu manusia sejagat. Sebab itulah, di samping petugas-petugas misi kemanusiaan yang pergi, turut serta adalah gerombolan wartawan, juru kamera dan individu-individu pengamal media kerajaan. Tujuannya adalah untuk melaporkan kerja-kerja kemanusiaan itu buat tatapan rakyat Malaysia.

Takdir Allah, pada kali ini seorang wartawan yang ikut serta misi kemanusiaan di Somalia itu telah terbunuh. Samada betul-betul peluru sesat atau sengaja ditembak, Allahu a'lam. Namun, kematian Noramfaizul itu telah mendapat publisiti meluas. Di peringkat kerajaan Malaysia, ia digelar "wira sebenar". Demikianlah apa yang diluahkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang bergegas pulang dari percutiannya di Australia kerana ingin menyambut jenazah seorang "pejuang" yang terbunuh di luar negara.

Kepulangan jenazah alayarham Noramfaizul dilaporkan secara dramatik dalam media elektronik. Kerandanya berbalut bendera Malaysia sebagai tanda penghormatan sebagaimana penghormatan kepada tokoh-tokoh yang berjasa. Kerajaan pula berjanji akan menyalurkan bantuan khas kepada keluarga yang ditinggalkannya.

Ironinya, baru dalam seminggu dua ini heboh dalam negara kita perdebatan dalam media mengenai wira negara yang disebut pejuang kemerdekaan.  Isunya timbul apabila Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas menyifatkan anggota polis yang terbunuh dalam peristiwa serangan komunis di Bukit Kepung pada tahun 1952 itu bukan pejuang kemerdekaan. Lontaran Mat Sabu itu telah menimbulkan kekecohan di kalangan penganut sejarah perjuangan kemerdekaan versi UMNO sebagai kerajaan yang memerintah. Mat Sabu dianggap sebagai buta sejarah, pengkhianat bangsadan seorang komunis.

Sejarah kemerdekaan versi UMNO menyifatkan Tengku Abd Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan. Apabila disebut sebagai bapa, maka ertinya dialah pencetus perjuangan kemerdekaan. Selepas beliau barrulah lahir anak-anak yang berjuang untuk kemerdekaan. Tentunya bagi mereka yang ikhlas menelaah sejarah sukar menerima anugerah nama ini kepada Tengku Abd Rahman. Sebelum beliau sudah ada ratusan tokoh yang berjuang untuk memerdekakan negara. Perjuangan untuk kemerdekaan telah ada sebelum Tengku Abd Rahman lahir lagi.  Maka jika dia menjadi Bapa Kemerdekaan, siapalah pula mereka yang telah berjuang sebelumnya. Kalangan mereka, ada yang berkorban nyawa dan sebahagiannya dipenjara dan dibuang negeri.

Penolakan Mat Sabu terhadap sanjungan melampau kepada tokoh-tokoh UMNO sebagai pejuang kemerdekaan inilah yang tidak disenangi oleh para pemimpin UMNO sekarang. 

Kejadian terbaru ini memperlihatkan kepada kita tingkat tahap pemikiran para pemimpin UMNO dalam menilai keperwiraan seseorang. Tidak hairan kalau mereka boleh mengannggap polis yang berkhidmat dengan British di zaman penjajahan itu sebagai perwira negara. Ratusan pahawan Melayu yang mengangkat senjata buluh dan runcing sejak zaman silam diterima sebagai penderhaka raja dan sultan. Pejuang Melayu yang berperang melawan British berganding bahu dengan komunis dilebelkan sebagai komunis.

Persoalan siapa perwira sebenar menjadi soalan yang sukar dijawab oleh para pemimpin UMNO. Dua puak yang berlawan, hanya salah satunya sahaja layak digelar perwira. Di zaman penjajah, ada kumpulan yang melawan British. Kalau kita rela menamakan British sebagai perwira, maka yang menentangnya adalah pengkhianat. Justeru, yang mati kerana mempertahankan hagemoni British, juga bolehlah dianggap perwira negara. 

Amat aneh dan melucukan kalau ada orang sanggup menamakan British sebagai perwira negara. 

Sekarang, demam mencari perwira negara itu menyebabkan para pemimpin itu menjadi mamai dan memberi gelaran "wira sebenar" kepada seorang yang terbunuh sebagai jurukamera di sebuah negara bergolak di bawah program anjuran Putera UMNO. Wartawan terbunuh ketika menjalankan tugas, telah sering terjadi kepada wartawan-wartawan dari negara lain. tetapi, mereka tidak pula berlebihan dalam meratapinya. Tidak pula dianugerahkan "wira negara". Namun, negara kita di tangan mereka yang berjiwa kerdil. Hal yang sepele bagi negara lain menjadi besar dalam negara kita.

Dari sudut pandangan lain, sebab perhatian istimewa yang diberikan kepada alayarham Noramfaizal itu adalah kerana dia bertugas di bawah panji Putera UMNO.  Kalaulah dia bertugas di bawah panji lain, masakan akan pedulikan sedemikian rupa. Sememangnya semua perwira negara itu adalah yang bernaung di bawah panji UMNO. Sebab itu sejarah kemerdekaan dilakar sedemikian rupa dan menonjolkan zaman setelah adanya UMNO. Zaman sebelum ada UMNO, perwira negara tidak ada atau kurang penting. 

Ada orang kata, kalau mati demi UMNO, jadilah dia perwira negara. Kalau mati demi Islam, dianggap sebagai pengganas, pengkhianat dan berbagai-bagai lagi gelaran negatif. Di tangan anda pilihan. Matilah demi apapun, tetapi ingatkanlah nasib di akhirat. Kesyahidan itu hanya kerana anda mati demi Islam.

Kematian alayarham Noramfaizul memang tragis. Meninggal di perantauan amat menyakitkan bagi yang ditinggalkan. Semoga Allah mengampunkannya dan menempatkannya di kalangan orang yang beriman. Semoga juga, keluarganya dapat bersabar atas mehnah Allah yang diberikan.

10 August, 2011

Authoriti yang Tidak Berkuasa..




sumber: http://madi2mudamudi.blogspot.com/

Bekas Penjara Mandela dikurung.

1.Ramai orang anggap, bila dia punya 'authoriti' , dia punya 'kuasa'. Betulkah?
2.Kalau betul, bagaimana Mahatma Gandhi yang pernah disifatkan oleh Winston Churchill sebagai seorang fakir yang berbadan setengah telanjang menjejak kaki ke Istana Viceregal, berjaya memberukkerakan British untuk memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947.
3.Kalau benar, bagaimana Nelson Mandela yang pernah dikencing dan diludah dalam keadaan digantung kepala di kaki, kaki di kepala dalam penjara , natijahnya menjadi satu figura hebat yang dilantik menjadi presiden Afrika. Jasadnya memang dikurung dalam penjara yang gelap dan pengap, namun, jiwanya bebas.
4.Bagaimana Martin Luther King yang hanya seorang aktivis muda yang tidak punya apa, hanya mempunyai seakan satu kuasa magik yang mampu meniupkan satu domain anti-keganasan dan hak sama rata di Amerika Syarikat.
5.Jangan tertipu dengan bayang-bayang sendiri.
6. Mana satu yang dikejar? Authoriti atau Kuasa?

02 August, 2011

Jangan hadir ke program Najib Rosmah lepas ni


sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Penulis pernah tanya dengan seorang sahabat lulusan Azhar Mesir tentang bahaya menyokong atau bersama dengan golongan munafiq kabir UMNO. Lalu dia menegaskan bukan saja tak boleh berkawan dengan golongan itu, malah berdiri dekat kubur mereka pun tak boleh sebab dibimbangi pada bila-bila masa saja Allah boleh turunkan bala' atas kubur musuh Islam itu, seperti panahan petir dan seumpamanya.
Kejadian ribut secara tiba-tiba yang melanda Port Dickson ketika Najib Rosmah berada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) baru-baru ini merupakan bala' yang Allah turunkan sebagai amaran kepada pasangan iblis No.1 negara itu dan kuncu-kuncunya, juga pada kita semua agar jangan bersama atau menyokong golongan pemimpin zalim dan jahat.

Penulis bersimpati atas kerosakan harta-benda seperti kenderaan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis perbarisan tamat latihan hari itu termasuk milik ahli keluarga para pelatih tentera yang hadir untuk meraikan hari tamat latihan mereka.

Sebagai Muslim, tentunya kita mengimani bahawa segala kejadian yang berlaku adalah di dalam genggaman Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Hanya orang yang tidak beriman saja beranggapan kejadian ribut yang melanda itu hanyalah fenomena alam saja.

Jangan kita lupa kejadian tsunami besar yang melanda Acheh pada 2002 yang meragut lebih 200 ribu nyawa penduduk Acheh dan kemusnahan teruk harta-benda. Dalam kejadian ombak setinggi lebih seratus kaki yang menghempas pantai Acheh dan meranapkan segala bengunan, rumah dan kenderaan serta meragut nyawa ratusan ribu, namun Masjid Baitul Rahman terus berdiri megah tanpa sebarang kerosakan sedangakan bangunan di sekelilingnya musnah sama-sekali.

Beringatlah, ketika Allah menurunkan bala'-Nya ekoran perbuatan zalim dan maksiat segolongan manusia, nescaya bala' itu akan menimpa semua pihak tanpa mengira yang mana baik ataupun jahat. Bagi golongan yang beriman, bala' yang ditimpa ke atasnya adalah sebagai ujian, penghapus dosa atau peningkatan darjat keimanan. Manakala bagi golongan jahat dan zalim pula, ianya sebagai amaran bagi yang mahu berfikir. Bagi yang tidak mahu berfikir, ia sebagai balasan tunai atas perbuatan mereka sebelum menerima azab di Akhirat kelak.

Dan apabila rakyat sesebuah negara terus memberi mandat kepada golongan jahat dan zalim sebagai pemerintah, nescaya Allah SWT akan menarik balik segala keberkatan bagi negara itu dan menggantikannya dengan pelbagai bala' bencana atasnya.

Lihat saja apa yang telah dan sedang melanda Malaysia hari ini.

Setelah apa yang berlaku di 
PD itu, penulis nasihatkan agar jangan sekali-kali hadir di mana-mana program Najib Rosmah.

Berubahlah dalam PRU13.

01 August, 2011

Ramadhan & Negara Berkebajikan

sumber: http://suaragunung.blogspot.com

"Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Fatihah, ayat ; 1)
Pentadbiran ALLAH adalah pentadbiran yang paling sempurna dan tiada cacat celanya. Buktinya adalah kejadian alam yang dilihat teratur dan tersusun tanpa berlaku kerosakan dan kemusnahan(kecuali kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri.)
Perjalan orbit yang berjalan dengan penuh aturan. Molekul sehalus-halus zarah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar berfungsi dengan sangat baik, memberi peranan yang sangat bermanfaat bukan sahaja kepada manusia malahan kepada sekalian alam ini samaada benda yang hidup ataupun tidak.
Tidakkah ini merupakan bukti 'Kebajikan' yang telah ALLAH berikan kepada kita. ALLAH tadbir dunia dengan dua sifatNYA yang Maha seperti makna dalam surah Al-Fatihah di atas. Dengan Rahman dan Rahim ALLAH, telah menyebabkan kita dapat menjadi seperti sekarang. Dan jika mengikut aturan Rahman dan Rahim ALLAH itu maka lagilah kita akan terlindung dengan segala 'Kebajikan' yang telah DIA janjikan iaitu dengan cara patuh pada perintahNYA dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.
Kebajikan acuan manusia adalah lemah dan tidak sempurna dan akan sempurna jika diatur mengikut celupan ALLAH. Firman ALLAH :
"Celupan ALLAH(Peraturan ALLAH), siapa yang lebih baik celupannya daripada ALLAH?, dan kepadaNYA kami menyembah."
(Surah Al-Baqarah,ayat;138)
Firman ALLAH lagi :
"Makanlah kamu dari rezki yang dianugerahkan Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya. Negerimu adalah negeri yang baik sedang Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Pengampun."
(Surah Saba',ayat;15)
Negeri yang baik ialah Negeri yang aturannya mengikut fitrah yang telah ditetapkan ALLAH, bukan semata-mata mengambil bahagian-bahagian tertentu dan menolak bahagian-bahagian tertentu. Dan yang lebih teruk adalah tidak yakin dengan peraturan ALAH dan menganggapnya tidak mampu menyelesaikan masalah terutamanya masalah melibatkan manusia. Tidak yakin dengan peraturan ALLAH bermakna tidak yakin dengan ALLAH, tidak yakin dengan ALLAH maka tercalar aqidah, mohon dilindungi ALLAH dari perkara yang tersebut.
Mulai esok semua umat Islam diseluruh dunia akan mula berpuasa. Bulan Ramadhan merupakan bulan ALLAH menilai dan memberi ganjaran terus kepada hambaNYA secara berlipatganda. Berpuasa di bulan Ramadhan sama tarafnya dengan kewajiban Solat Fardhu. Firman ALLAH :
"Wahai orang-orang yang beriman, sebagaimana diwajibkan berpuasa ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah, ayat;183)
Semoga sambutan Ramadhan kali ini kita dapat menyahut seruan ALLAH untuk menambahkan seberapa banyak manfaat daripada 'Kebajikan' yang telah ALLAH sediakan. Dan mudah-mudahan impak sebulan Ramadhan boleh menjadikan kita lebih taat dan meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH. Kerana hanya dengan Taqwa sahaja kita akan merasa 'Kebajikan' di dunia dan di akhirat.
SG : Ya ALLAH, jadikanlah kebaikan bagi kami di dunia, dan juga kebaikan di akhirat serta dijauhkan daripada azab api neraka.....amiiinnnnnn

29 July, 2011

Marina Mahathir mula dilondeh oleh Blogger Pencacai UMPorNO

sumber: http://islamreturn.blogspot.com

Salam perjuangan..

Seketika tadi aku sempat melayari blog pencacai UMPorNO dan inilah yang aku jumpa.


Antara kata-kata pencacai tersebut:
"Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang".

Marina Mahadhir (anak Dewa sembahan Pencacai) pun mereka sanggup hina dan londeh, apatah lagi pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Aku yakin gambar itulah sebenarnya yang membuatkan pencacai UMPorNO berbulu telinga (yang sememangnya jenis telinga berbulu) sehingga bermula dari 9Julai hingga ke hari ini tak dapat tidur malam. (blog yg dimaksudkan rujuk disini).

p/s: kalau dah sama-sama berada dalam tong najis, masing-masing tak bau apa-apa (apa-apa pun semoga Marina Mahathir kembali menemui jalan yang benar..)
 .....................................................................................................

Sedikit kisah bergambar aku semasa Day-709 yang lalu (yang pasti gambar aku nie, comfirm pencacai UMPorNO tak berbulu)


Aku dan teman-teman dari Sabah memasuki KL seawal pagi pada 9hb tersebut (sememangnya seorang kelibat polis pun aku tak berselisih). Kemungkinan polis pun belum bangun solat subuh agaknya. Aku, Julfikar dan Abg.Nazri (ketua umum SBS).

Sebelum polis buat kacau, kami sempat berfotografi bersama saudara jijul (yang juga antara krew SBS). Ini antara model-model yang sempat kami persembahkan.


Masa nie kami di depan banggunan Kota Raya, sedang berarak menuju ke menara Maybank. Terpaksa undercover guna kain batik (dah semua kedai tutup, nak beli satu apa pun tak dapat). Di sebelah aku tu Julfikar (jangan main-main, itu bakal YB Parlimen Sepanggar..)

 Inilah laluan tikus yang terpaksa aku dan ramai lagi redah bagi mengelak dari ditangkap oleh polis yang semakin menggila memburu peserta himpunan. Rasa macam zaman di RMC dulu pulak bila bab-bab redah meredah nie.

Ini paling aku tak tahan nak gelak.. sempat lagi bakal YB aku nie mintak tangkap gambar dia lepas kena 'bom asap'. (mata merah tak hilang lagi..) Tak terfikir aku..

Lakonan Semula: Disinilah aku berehat seketika apabila polis mula melepaskan 'bom asap' yang menyebabkan ramai yang sesak nafas. Bersama-sama aku ketika itu adalah dua orang pemuda cina dan seorang pemuda melayu. Kami bersama-sama berkongsi garam bagi menghilangkan kepedihan akibat 'bom asap'.

Undercover masa balik dari himpunan keesokannya (di dalam LRT). Biasalah, SB dimana-mana...

Alhamdulillah selamat menaiki pesawat kembali ke Sabah. Keazaman kami akan kembali ke KL sekiranya BERSIH 3.0 diadakan sekali lagi. Ini perjuangan kami demi masa depan Malaysia yang lebih Demokratik.

Wahabi pulak dah... sesat dan jahatnya UMNO disorok

sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Selepas menggelabah dengan kebangkitan rakyat pada Bersih 2.0 9 Julai lalu serta layanan 'baik' Polis terhadap peserta himpunan, kini pentadbiran Najib Altantuya melalui penasihat Yahudi APCO cuba memainkan semula isu Wahabi bagi mengaitkan beberapa individu yang dilihat condong kepada PR. Walau isu terroris yang cuba dikaitkan dengan Wahabi, namun ianya hanya gimik bagi 'menutup mulut' bekas Mufti Perlis yang sejak kebelakangan ini kerap melontarkan pandangan sinis terhadap pentadbiran Najib.

Kita kena faham, UMNO memang memusuhi Islam sejak dari awal penubuhannya. Tertubuhnya UMNO adalah hasil rancangan jahat penjajah Inggeris yang ada agenda tersendiri di sebalik kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Ringkasnya, UMNO merupakan anak-didik penjajah Inggeris yang hanya meneruskan saja dasar pemerintahan sekular dalam negara hingga ke hari ini.

Yang pasti UMNO sanggup melakukan apa saja bagi menghalang gerakan Islam tanahair daripada menjadi pemerintah. Tindakan ini merupakan kesinambungan daripada apa yang dirancang oleh penjajah Inggeris melalui draf perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid.
Liciknya pihak musuh Islam dalam merencana agenda jangka panjang bagi memastikan Islam terus ditekan dengan cara terancang serta halus.

Jahatnya UMNO dalam memerangi gerakan Islam memang tak boleh disorok lagi. Sejarah pembunuhan pimpinan, ulama' dan aktivis PAS telah bermula sejak dulu lagi. Antaranya;

1- Pembunuhan pertama yang melibatkan pimpinan PAS berlaku pada tahun 1959 bila Ketua Pemuda PAS Tanah Melayu ketika itu, Abdul Samad Gul Ahmad telah dikapak di kepalanya oleh individu yang tidak dikenali sewaktu mahu masuk ke keretanya.

2- Konspirasi membunuh Prof Ustaz Zulkifli Muhammad. Pada 6 Mei 1964, semasa dalam perjalanan pulang dari Bachok Kelantan ke rumah ayahnya ke Kuala Kangsar, Ustaz Zulkifle Muhammad berada di dalam kereta jenis Fiat bernombor JB 9977. Kira-kira jam 7.00 malam, sesampainya di suatu jalan sempit, batu 4½ , Jalan Kuantan Pahang, keretanya telah berlanggar dengan sebuah Land Rover yang datang dari arah depan. Isterinya meninggal serta-merta di ribanya, manakala beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

3- Pada 18 Januari 1985, tercetusnya ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi PRK Parlimen Padang Terap. Dalam kejadian itu, dikatakan lebih 200 ahli UMNO telah menyerang petugas pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia pada keesokan harinya.

4- 19 November 1985, berlaku peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali oleh Kerajaan UMNO BN dengan mengerahkan kira-kira 4,000 anggota Polis bersenjata M-16 dan kereta perisai. Dalam kejadian yang menyayat hati itu, pihak Polis secara biadap telah menembak dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya serta mencederakan 8 yang lain. Yang ditahan seramai 161 orang termasuk kanak-kanak.

Selain pimpinan dan aktivis PAS yang dizalimi dan dibunuh, Anwar Ibrahim turut menjadi mangsa kerakusan kuasa pimpinan UMNO. Pada 20 September 1998, cubaan membunuh Anwar telah dilakukan oleh KPN masa tu, Rahim Nor. Anwar dibelasah teruk hingga berlumuran darah, mata lebam dan cedera teruk pada tulang belakangnya. Pihak Suruhanjaya Bebas yang menyiasat kes mata lebam itu telah mengesahkan bahawa memang ada cubaan untuk membunuh Anwar.

Lantaran dosa-dosa besarnya terhadap Islam, jenayah bunuh, rasuah, penyelewengan, fitnah jahat terhadap PR dan pimpinannya serta menzalimi rakyat, kini UMNO semakin panas dan begitu terdesak bagi menghadapi PRU13.

Justeru, bagi meraih kembali sokongan orang Melayu, maka ditimbulkan semula isu Wahabi dan teroris. Tujuannya, mahu menimbulkan keresahan di hati rakyat, khususnya ahli UMNO yang bebal hingga terlupa pada isu sebenar seperti kezaliman Polis dalam Bersih 2.0 hingga menyebabkan kematian, penyelewengan ratusan juta wang rakyat dalam skandal pembelian 2 buah kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya, kenaikan harga minyak dan barangan, kenaikan tarif letrik, lesapnya RM52 bilion saham Bumiputera daripada jumlah RM54 bilion yang diperuntukkan, kerugian dan penyelewengan yang berlaku dalam Felda dan Felcra dan lain-lain isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat jelata.

Bagi penulis, UMNO merupakan musuh No.1 kepada Islam itu sendiri. Segala tindak-tanduk parti MUNAFIQ KABIR itu dah tak boleh disorok lagi. Malah orang bukan Islam sendiri turut sedar siapa UMNO sebenarnya. Hakikat kemunafiqan UMNO itu diakui sendiri oleh seorang lelaki Hindu yang penulis temui semasa himpunan Bersih 2.0 lalu.

Secara jujur lelaki itu bagitau "UMNO memang jahatlah. Bila terdesak, mereka mainkan isu agama. Tapi bila dah kuat, mereka tendang agama. Tengoklah apa mereka buat pada kerajaan PAS Kelantan...."

Penulis merayu kepada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan UMNO sementara masih ada hayat. Rayuan ini dibuat atas tanggungjawab penulis sebagai seorang Muslim. Jika mati dalam UMNO, nescaya Neraka adalah tempat kembali. Ini bukan soal main-main tapi melibatkan soal 'Aqidah umat Islam.

Apakah balasan orang yang menyokong pemimpin yang sesat dan jahat? Sila renungkanlah Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Salam pagi Jumaat

26 July, 2011

Bergelap: Antara Pencuri dan Pemimpin

sumber: http://islamreturn.blogspot.com

Salam perjuangan..

Baru-baru ini kawasan Sepanggar terpaksa bergelap beberapa jam oleh kerana kes kecurian kabel yang berlaku. Aku sendiri pada waktu itu hampir-hampir saja mengambil keputusan nak cari hotel di sekitar kk, kalau bukan kerana anak yang kepanasan tak dapat tidur. Malah jiran aku, membawa anaknya ke dalam kereta yang dipasang aircond bagi menidurkan anaknya itu. Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh rakyat apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab mencuri kemudahan-kemudahan penting seperti kabel elektrik. Berita sepenuhnya boleh dibaca dari keratan akhbar dibawah:


Namun, pernahkah kita terfikir akan kesengsaraan masyarakat pendalaman Sabah yang masih tidak dapat menikmati kemudahan elektrik. Persoalannya, bagaimanakah semua ini boleh terjadi..? Sedangkan Sabah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan sektor pelancongan. Kekayaan ini sepatutnya telah lama dirasai oleh rakyat melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan. Namun, hakikatnya rakyat Sabah yang tinggal di pendalaman, malah pinggir pekan (15-20km) juga turut menerima tempias penderitaan ini. Kemana peruntukan yang sepatutnya diterima untuk menyediakan kemudahan asas (elektrik). Alasan 'peruntukan telah diluluskan' sering dijadikan pemanis mulut bagi menyedapkan hati. Ini tahun 2011 bai! bukan tahun 1980.. peruntukan sepatutnya telah lulus 10-20 tahun yang lalu!

Akibat pemimpin mencuri khazanah negara, akhirnya yang menanggung derita ialah generasi kita.

Inilah pencuri yang sebenar! Kalau pencuri kabel kita maki kerana kita bergelap dan kepanasan, kenapa kita tidak pernah memaki pemimpin yang mencuri wang rakyat, menyebabkan masyarakat terpaksa bergelap dan langsung tidak menikmati nikmat cahaya pada waktu malam.

Itulah beza darjat antara Pencuri dan Pemimpin!

13 July, 2011

Sedar, insaf dan bangkitnya rakyat dari Bersih 2.0

sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Kejayaan himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu serta tindakan ganas Polis yang bertindak mengikut arahan parti pemerintah, hingga menyebabkan kematian seorang pejuang keadilan, sebenarnya isyarat jelas kepada kejatuhan rejim UMNO dalam PRU13 nanti. Jika Presiden Tunisia Ben Ali boleh jatuh sekelip mata dengan keberanian seorang pemuda Ahmad Bouzuzi hingga mencetuskan revolusi rakyat, maka tidak mustahil dengan syahidnya Allahyarham Baharudin Ahmad, ianya mampu mencetuskan kebangkitan rakyat sebagaimana di Tunisia.

Himpunan 9 Julai lalu sebenarnya memberi kesan yang mendalam pada jiwa rakyat yang berhimpun dan yang mengikuti perkembangan melalui internet. Banyak pengajaran dan iktibar yang diperolehi serta menginsafkan diri bahawa betapa peri pentingnya memilih pemerintah yang adil, amanah dan bertanggungjawab.

Terlalu banyak perkara yang terjadi di luar jangkaan kita bila bersama dengan puluhan ribu rakyat pada hari Sabtu lalu. Antaranya;

Pertama, pelik bila memikirkan bagaimana puluhan ribu rakyat berjaya membolosi sekatan Polis yang dibuat seminggu awal di segenap penjuru jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Kedua, himpunan 9 Julai berjaya menyatukan hati rakyat dengan satu matlamat, yaitu mahukan pilihanraya adil dan bersih serta negara yang berdaulat. Bukan negara Polis dan diktator yang dikuasai oleh perasuah dan penjenayah. Penulis sendiri kagum melihat semangat kental rakyat pelbagai kaum dan agama berhadapan dengan keganasan Polis. Tiada seorang pun yang berganjak. Saling bantu-membantu bila melihat yang lain terkena semburan air dan gas pemedih mata.

Ketiga, bila penulis sendiri hampir pengsan kerana sukar bernafas, kulit muka dan tangan terasa bisa akibat terkena gas pemedih mata yang ditembak ke arah Maybank, telah dibantu oleh seorang yang tidak dikenali. Terasa benar kuatnya ikatan ukhwah persaudaraan antara kami yang sama-sama diserang oleh 'anjing-anjing pemerintah'.

Keempat, tindakan biadap Polis yang membelakangi Perlembagaan dengan sewenag-wenangnya menangkap pemakai, pembeli dan penjual baju Bersih 2.0 hinggalah kepada tindakan ganas pada hari himpunan dibuat, ianya hanya menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan UMNO BN dan menguatkan tekad untuk melakukan perubahan dalam PRU13 kelak.

Kelima, kematian Allahyarham Baharudin Ahmad merupakan bukti jelas kezaliman parti pemerintah sudah sampai ke kemuncaknya. Adakah rakyat akan berdiam diri je?

Keenam, berjaya membangkitkan kesedaran rakyat tentang segala pembohongan dan propaganda jahat parti pemerintah dan orang-orang mereka.

Ketujuh, rakyat dah tak takut lagi dengan pelbagai bentuk amaran dan ugutan dari pelbagai pihak yang mahu menggagalkan Bersih 2.0.

Kelapan, gagalnya sentimen perkauman yang cuba dipalu oleh rejim pemerintah. Semakin ditiup sentimen jahat itu, makin ramai rakyat berbilang kaum hadir dalam Bersih 2.0 termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Kesimpulannya, himpunan 9 Julai lalu berjaya memberi tekanan hebat kepada Najib dan UMNO, juga memberi impak maksima yang bakal menjana momentum besar dalam PRU13 nanti.

Wallahu'alam.

Bersih: Demo gagal dihalang, mana molotov cocktail?

sumber: http://bm.harakahdaily.net

Wira Rakyat

Polis menutup semua pintu masuk ke Kuala Lumpur mulai petang 8 Julai namun semua itu tidak menghalang kira-kira 50,000 penunjuk perasaan untuk membanjiri tengah Kuala Lumpur melaksanakan bantahan menuntut penganjuran pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.

Kerajaan menggambarkan selama dua minggu tunjuk perasaan tersebut sama ganasnya dengan rusuhan berdarah di luar negara melalui slot iklan di semua stesen penyiaran dan akhbar. Seolah-olah Kuala Lumpur akan terbakar seperti kota Jakarta dalam kebangkitan Reformasi 1998.

Akibatnya kebanyakan pekedai dan pemilik kompleks membeli belah menutup perniagaan. Jalan masuk ditutup menyebabkan orang ramai tidak boleh mengunjungi ibu negara. Namun semua itu hanya merugikan peniaga dan orang yang tiada kena mengena dengan tunjuk perasaan.

Biar apa pun yang dilakukan, tunjuk perasaan aman tetap Berjaya dilaksanakan oleh Bersih. Kononnya polis berjaya menghalang huru-hara tetapi dengan kehadiran 50,000 penunjuk perasaan apa yang mampu polis lakukan jika mereka mahu membakar bangunan atau merompak perniagaan? Malah jika penunjuk perasaan itu benar-benar ganas, polis pun terpaksa berundur kerana jumlah polis dan penunjuk perasaan 1:10. Polis perlu mencari alasan lain yang lebih realitik untuk menghalang tunjuk perasaan aman.

Mana molotov

Beberapa hari sebelum tunjuk perasaan polis cuba mengeruhkan keadaan dengan penemuan molotov cocktail, parang dan mercun di Pertama Kompleks dan Gombak. Ini satu lagi tuduhan melulu yang cuba memperdaya rakyat sehingga menutup kedai pada 9 Julai. Jika tunjuk perasaan memang dirancang untuk menjadi ganas mustahil molotov tidak digunakan pada hari berlakunya demo. Polis sendiri ternyata gagal menghalang 50,000 penunjuk perasaan dan tentunya lebih sukar menghalang apa yang mereka bawa.

Molotov sangat mudah dibuat menggunakan botol minuman, petrol dan kain kapas. Bahan-bahan itu boleh ditemui di mana-mana sahaja dan boleh dibuat sejam sebelum tunjuk perasaan. Sebagaimana lazimnya tunjuk perasaan ganas di Korea Selatan, Greece, Jerman dan negara Amarika Latin yang tidak asing menggunakan molotov tidak ada jalan polis menyekat penggunaannya. Kecualilah tunjuk perasaan itu hanya beberapa ratus orang dan mudah dikawal.

Ternyata budaya tunjuk perasaan di Malaysia amat baik berbanding negara lain. Thailand misalnya menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran setiap tahun, begitu juga Indonesia. Tunjuk perasaan di sana bukan sahaja melibatkan kecederaan malah kematian. Polis juga ramai yang tercedera apabila penunjuk perasaan mengamuk membaling kayu, batu dan memukul polis pencegah rusuhan.

Penunjuk perasaan di Malaysia berundur apabila gas pemedih mata ditembak. Mereka tidak melawan ketika ditahan. Malah banyak yang luka dan lebam diterajang polis. Di manakah dalam dunia polis boleh mencari rakyat sebaik ini?

Tidak wajar tahan

Oleh itu, tidak wajar polis menahan sebegitu ramai penunjuk perasaan sehingga melebihi 500 orang. Alasan mereka demo melanggar titah Yang di-Pertuan Agong. Polis yang tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan di Stadium Merdeka tidak pula mengingkari titah. Titah diraja tidak mengatasi Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan perhipunan aman. Begitu juga Akta polis dan ordinan Darurat. Polis perlu sensitif dan memahami perkara itu.

Rakyat mengucapkan tahniah kepada penunjuk perasaan yang walaupun diganyang dengan pelbagai propaganda buruk selama dua minggu tetapi telap melakukan demo secara aman. Keupayaan mereka berkumpul walaupun semua laluan masuk ditutup memperlihatkan keupayaan mereka untuk berbuat lebih daripada itu jika mereka mahu.

Begitu juga dengan jumlah yang hadir, jika tidak disekat laluan masuk tentunya mencecah 100,000 kerana banyak penujuk perasaan dari Selangor yang tersekat di beberapa batang lebuh raya kerana cuba masuk ke Kuala Lumpur pada sebelah tengah hari. Terbukti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan penyokong mampu mengawal mereka dengan baik dalam keadaan paling genting. Parti seperti inilah yang layak memerintah negara.

Cuma peniaga agak terkilan, sekiranya kerajaan tidak mendesak mereka menutup kedai dan jalan masuk tidak disekat kedai mereka pasti akan dibanjiri pengunjung selepas berakhir tunjuk perasaan untuk membeli-belah kerana separuh dari penunjuk perasaan datang dari negeri yang jauh.

11 July, 2011

BERSIH 2.0 & Facebook : Majoriti Senyap Mula Bersuara

sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/


Bismillahirrahmanirrahim..

Ekoran daripada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Julai lalu, Najib telah membuat kenyataan agar majority senyap bersuara melalui laman media sosial dan sebagainya. Beliau berliau berkata bahawa keputusan kerajaan untuk tidak setuju dengan demonstrasi BERSIH 2.0 bukanlah bermakna kerajaan membelakangkan rakyat, tetapi masih membuka jalan melalui ruang-ruang yang masih ada.

Kini, seruan tersebut menjadi satuhan dari ‘majoriti senyap’, jika yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 adalah 50 000 pesert, like pages untuk 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation pula telah mencapai sasaran mereka dalam tempoh tidak sampai ke 35 dilancarkan. Peminat pages tersebut juga bertambah saat demi saat hasil pemerhatian penulis lebih daripada sejam. Rata-rata pengguna laman sosial facebook yang menyertai page berkenaan menyuarakan ketidak puasan hati mereka. Berikut merupakan print screen pada jam 8.08 pagi (11 Julai 2011).

Walaupun telah mencapai sasaran, pages tersebut terus mendapat sambutan memberansangkan. Kunjungan tidak putus daripada ornag ramai masih berterusan. Apakah mungkin ini isyarat jelas sebagai nasib Husni Mubarak yang digulingkan melalui kebangkitan yang bermula di media sosial? Tunggu dan lihat.

04 July, 2011

Titah Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan

sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Pepatah Melayu ada menyebut "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah", justeru Sultan Mizan selaku Yang DiPertuan Agong seharusnya menjadi payung bagi rakyatnya. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik samada di pihak pemerintah maupun pembangkang.

Penulis yakin Sultan Mizan sendiri cukup sedar dan tahu apakah yang sedang melanda negara sejak beberapa dekad lalu. Dari masalah rasuah, penyelewengan dan jenayah bunuh kejam terhadap warga Mongolia, Altantuya, kematian misteri Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Sarbani. Juga kes remaja yang ditembak mati oleh Polis.

Sebagai rakyat, penulis merasakan sudah sampai masanya YDP Agong
campurtangan dalam situasi mutakhir ini, khususnya tindakan gila pihak Polis menangkap rakyat yang berbaju kuning bagi menghalang himpunan Bersih 9 Julai ini gagal. Dan Agong sendiri tahu Polis bertindak bukan atas lunas undang-undang, tapi menurut arahan politik sempit kerajaan UMNO BN yang semakin takut dengan kebangkitan rakyat.

Setahu penulis, semua Suruhanjaya terletak di bawah YDP Agong, bukannya Perdana Menteri. Justeru Sultan Mizan berhak bertindak atas bidang kuasanya terhadap mana-mana suruhanjaya yang didapati melanggar amanah dalam menjalankan tugas mengikut kehendak parti pemerintah yang terbukti korup dan zalim.

Apakah masih tidak cukup lagi bukti di depan mata betapa dahsyatnya permainan politik keji UMNO selama ini yang menjadikan pembangkang sasaran fitnah mereka sesuka hati.

DUA kes jenayah besar, yaitu pembunuhan kejam Altantuya dan fitnah liwat II terhadap DSAI, penulis kira sudah cukup bagi Agong untuk membuat penilaian semula tentang politik kotor dan jahat UMNO selama ini. Kedua-dua kes ini merupakan penanda aras betapa parti yang memerintah sanggup melakukan apa saja demi mempertahan kuasa, termasuk memperalatkan Polis, Peguam Negara dan Mahkamah bagi menghalalkan tindakan mereka.

Baginda Sultan Mizan juga tidak harus lupa bagaimana UMNO mengkhianati rakyat Terengganu dengan merampas hak royalti minyak negeri itu hanya kerana PAS memerintah pada 1998/2004, sedangkan sebelum itu royalti 5% dibayar kepada kerajaan UBN Terengganu.

Sebagai rakyat, penulis mengharapkan Sultan Mizan dapat berbuat sesuatu demi kepentingan dan kesejahteraan seluruh rakyat, juga demi masa depan negara yang lebih cemerlang.

Apakah Baginda rela membiarkan saja memanda PM Najib melakukan apa saja demi kuasa rakus politiknya hingga negara kini di ambang bankrap, kemrosotan mendadak indeks FDI membuktikan pelabur asing hilang keyakinan terhadap kerajaan UMNO BN, belanjawan defisit 13 tahun berturut-turut mengakibatkan negara menanggung hutang hampir RM500 bilion.

Penulis yakin Sultan Mizan lebih profesional dan peka terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara mutakhir ini.

Berikut adalah teks penuh titah Baginda

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Wallahu'alam

01 July, 2011

Rugi Sehari atau Rugi 50 TAHUN lebih???

sumber: http://suaragunung.blogspot.com



Fenomena kuning telah melanda hampir diseluruh negara. Malah ada juga 'virus' kuning ini terlepas ke sempadan antarabangsa. Hal ini telah menyebabkan pihak berkepentingan telah melatah tak tentu pasal 'bak cacing kepanasan'. Ramai yang melatah menyokong fenomena ini malah tidak terkecuali ada juga puak-puak yang tidah bersetuju malah ada yang sanggup 'berjihad' dan 'mati syahid' untuk menghalang fenomena ini dari terus berlaku.

Kehangatan amat terasa oleh pihak pemerintah yang mengaku bahawa mereka sudah cukup banyak berikan 'kebajikan' kepada rakyat. Hal ini terbukti bilamana rakyat sudah mula hidup dalam kemiskinan dan merana selama lebih 50 tahun. Pihak pemerintah juga telah berjaya memberikan 'kesejahteraan' kepada rakyat, buktinya rakyat hidup dalam keadaan bimbang terhadap kejadian jenayah yang bukan sahaja berlaku di luar rumah malah di dalam rumah sendiri sekalipun sudah dikunci dengan sekurang-kurangnya 5 kunci solex.

Banyak tindakan cekap pihak pemerintah bagi menghalang agar fenomena kuning ini tidak terus berleluasa. Salah satu mereka gunakan pihak berkuasa polis(takpalah, memang kerja dia tangkap orang politik bukan penjenayah). Terbaru penangkapan Sasterawan Negara hanya kerana alasan mereka ada perkataan BERSIH dalam rangkap puisi beliau(dan mungkin juga beliau pakai baju warna KUNING kot).

Tak cukup dengan itu, cuba pula mencucuk golongan peniaga sekitar KL(yang setiap hari dapat untung) bahawa mereka akan rugi SEHARIAN kalau perarakan aman(kalau FRU tak kacau) berlaku. Rugi sehari bagi mereka bagaikan rugi seUMUR HIDUP dan takkan untung-untung lagi sampai bila-bila. Walhal tak pernah pun ada dikalangan peniaga yang nampak keRUGIAN selama 50 TAHUN lebih atas keAMANan yang dikecapi sellama ini.

Mungkin masanya sudah tiba, siapa tahu. Mesir dah buktikan, Tunisia dah buktikan, Libya on progress dan siapa tahu lepas ni Malaysia pula. WALLAHua'lam.

Apa-apa sekaipun, jom kita semarakkan lagi fenomena kuning yang telah berjaya menggerunkan 'mereka'.

9 Julai 2011 ni kita gegarkan sekali lagi KL!!!


SG : Memang susah nak BERSIHkan semua kotoran, tapi skarang ni dah terlalu KOTOR, jadi kena la juga BERSIHkan walaupun xmampu.

27 April, 2011

"Telingak-Telingak & Jalan-Jalan"

sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com



Salam alayk. Situasi peperiksaan yang melanda di kampus-kampus seluruh Malaysia sekarang ini menyebabkan keghairahan para mahasiswa untuk menjadi lebih "ulat buku" daripada biasa biarpun dalam pecutan yang terakhir.


Sibuk mencari nota-nota yang diperlukan dan kertas-kertas soalan exam yang lepas-lepas, membuat latih tubi, merapatkan ukhuwwah dengan pensyarah, membuat study group serta melebihkan masa berada di dalam bilik-bilik kolej kediaman adalah diantara taktik hasil daripada perancangan strategi untuk memburu "kemenangan" di dalam peperiksaan.


Tidak dinafikan juga "sindrom" seperti ini telah melanda anak-anak usrah penulis. Melihat gelagat mereka yang juga mempunyai kelainan daripada biasa dengan sibuk ber"puasa" facebook, blog, aktiviti TJ (tarbiyyah jasadiyyah) dan yahoo messenger. Namun alhamduliLlah, liqa al-mathurat group muslimin yang diadakan dua kali setiap hari selepas solat Subuh dan Asar seperti biasa masih dalam keadaan yang konsisten dengan bilangan kehadiran yang tidak kurang daripada 15 orang. Inilah juga diantara faktor 'rating' hormat penulis kepada mereka semakin meningkat.


'Telingak-Telingak'


Menjadi kebiasaan untuk anak-anak usrah penulis yang berjumlah 30 orang yang terdiri daripada dua group usrah yang berbeza iaitu group muslimin dan group muslimah mengamalkan 'study group' di masjid iaitu di bilik dan ruang yang berbeza. Dalam ruang masa dua minggu inilah yang juga dikenali sebagai 'study week atau revision week' dihabiskan oleh penulis bersama anak-anak usrah yang bermacam ragam.


"Cuba pinjam dulu tu telingak-telingak..", kata salah seorang anak usrah penulis


Ayat yang ringkas, namun amat payah untuk ditafsirkan. Satu 'ayat permintaan' yang dilontarkan oleh salah seorang anak usrah penulis, Azman Bakri (bukan nama sebenar) kepada sahabat penulis yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid bertemankan 'headset'. Sahabat penulis sedikit keliru dengan istilah yang digunakan dan baginya amat sukar untuk 'memberi' satu perkara yang 'permintaan'nya kurang jelas mungkin kerana disebabkan keduanya datang daripada suku kaum yang berbeza dan tidak dinafikan ia mempengaruhi bahasa komunikasi.




Namun, akhirnya kami mengetahui bahawa istilah 'telingak-telingak' itu merujuk kepada 'headset'. Amat merah padam muka kami menahan kegelian hati setelah memahami sepenuhnya permintaan itu.


"Jalan-Jalan"


Suatu ketika di masjid..


Anak Usrah A: Ba, bagi jalan-jalan dulu kipas tu.
Anak Usrah B: Apa yang mau kasi jalan-jalan dengan kipa nie?.
Anak Usrah A: Kipas tu, kasi pusing-pusing supaya semua kena angin.
Anak Usrah B: Oh.


Satu lagi istilah yang spontan dilontarkan, selepas "telingak-telingak". Kali ini, menyandarkan pula perbuatan "jalan-jalan" kepada kipas angin. Tidak dinafikan sungguh ramai mereka yang mengamalkan berkomunikasi dengan gaya bahasa yang sebegitu. Inilah salah satu keunikan pada ragam bahasa yang sentiasa diimplementasikan dalam kehidupan.




Bahkan bukan itu sahaja, istilah 'ramai' disandarkan kepada 'jamak' bagi barang yang tidak bernyawa.


Hal seperti ini biarpun ia merupakan sesuatu yang menggelikan hati namun jika para da'ie mengambil 'istilah-istilah' seperti ini untuk dipraktikkan dalam kehidupan berusrah bersama mad'u sebagai satu jenaka, ia mampu dijadikan sebagai salah satu tarikan ataupun kaedah dalam merapatkan lagi jurang ataupun ikatan ukhuwwah diantara kedua-dua pihak.


p/s: Nampaknya, mungkin selepas ini banyak lagi 'ragam bahasa' yang akan dihadapi. Heh.

18 April, 2011

Kemenangan itu apa?

sumber: http://bayugunung.blogspot.com

The Father of India

Orang lain mungkin sudah agak lama mengkhatamkan buku ini, 'The Life Of Mahatma Gandhi'.


Selepas Yusufqardawi 'Aku dan Ikhwan Muslim' - Kuasa Kepimpinan Al Fateh - Nelson Mandela 'Long Walk to Freedom' dan kini sedang dalam proses menghayati kisah seorang lagi tokoh pejuang rakyat iaitu The father of India...

Mungkin untuk melepaskan bosan kerana tidak mendapat peluang ke PRN Sarawak kali ini selepas 2 tahun beraksi sepenuh masa, tulisan Louis Fischer menjadi santapan.

Ada beberapa sahabat dan kawan-kawan dari PR bertanya suasana perkembangan kempen pilihanraya sebelum pengumuman rasmi. Mungkin kerana terbiasa melihat saya dimana-mana saja ada program-program besar politik.

Tapi Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini tidak....berehat di bangku simpanan.

Saya hanya mampu menjawab, 'tidak dapat pergi, diarah menjaga kubu kali ini'

Sejenak sebelum pengumuman rasmi PRN Sarawak, saya mungkin juga kawan-kawan lain diluar sana seolah-olah terpukau dek kemenangan yang seakan begitu dekat melalui laporan dan perkembangan menjelang detik-detik terakhir kempen.

Berita yang begitu meyakinkan tersebut, melalikan sekejap perhatian kepada beberapa aspek yang penting yang menjadi kebiasaan untuk kemenangan berpihak kepada PR kali ini.

Tergesa-gesa, gopoh atau ?

atau kita yang teruja sangat mahu melihat kemenangan itu dengan jalan yang mudah?

Jika sebelum pengumuman rasmi statement ini dikeluarkan, tentu tidak siapa yang mahu ambil peduli..pesimistik! kata setengah orang yang tidak bersetuju.

Tanya mereka-mereka di Kelantan dan Kedah, bagaimana PR melalui hari-hari yang memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit. Gerun saya, andai itu ujiannya sebagai syarat Allah mahu kurniakan sebuah kemenangan.

Mestikah begitu jalan yang kita lalui untuk harga kepada kemenangan ?

Jika diukur dari sudut kesinioritian di Borneo, PAS Kawasan Tawau boleh dijadikan rujukan sejak sekian lama menjadi Kawasan yang tidak pernah kendur menghadapi Pilihanraya. Sudahkah kita belajar dari mereka, tentang apa yang mereka telah lalui?

Tidak bertujuan untuk mengkondem atau menjatuhkan motivasi petugas-petugas yang baru pulang dari Sarawak.

Tahniah kepada mereka. Merekalah pemain yang beraksi ditengah-tengah gelanggang sebenar.

Kepada yang hanya bertempik di luar padang, peluang masih ada lagi untuk pahala sebesar jihad, sebelum mulut terkedu ditanya soalan, oleh Dia yang memiliki hari pembalasan.

Sebelum kata mengguris rasa, mari saya hadiahkan sebuah makna perjuangan.

Dari nurani yang kuat untuk melihat kebahagian untuk semua, disana terbit kemahuan untuk membelah lautan dugaan dan rintangan. Biar tiada harta, biar berbenteng dada sekujur tubuh demi untuk mereka, ada insan yang tegar mengejar impian semua.

Dari mereka, di sana Allah mengajar kita tentang sunnah kemenangan yang ingin diberikan kepada sesiapa yang cuba mengintai. Mahatma Gandhi atau yang seangkatan dengan beliau, disana ada sunnah tentang kemenangan.

Belajar tentang kemenangan, izinkan saya terbang ke dunia Mahatma Gandhi...


di mukasurat mana saya berhenti tadi....

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.