01 August, 2011

Ramadhan & Negara Berkebajikan

Share

sumber: http://suaragunung.blogspot.com

"Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Fatihah, ayat ; 1)
Pentadbiran ALLAH adalah pentadbiran yang paling sempurna dan tiada cacat celanya. Buktinya adalah kejadian alam yang dilihat teratur dan tersusun tanpa berlaku kerosakan dan kemusnahan(kecuali kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri.)
Perjalan orbit yang berjalan dengan penuh aturan. Molekul sehalus-halus zarah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar berfungsi dengan sangat baik, memberi peranan yang sangat bermanfaat bukan sahaja kepada manusia malahan kepada sekalian alam ini samaada benda yang hidup ataupun tidak.
Tidakkah ini merupakan bukti 'Kebajikan' yang telah ALLAH berikan kepada kita. ALLAH tadbir dunia dengan dua sifatNYA yang Maha seperti makna dalam surah Al-Fatihah di atas. Dengan Rahman dan Rahim ALLAH, telah menyebabkan kita dapat menjadi seperti sekarang. Dan jika mengikut aturan Rahman dan Rahim ALLAH itu maka lagilah kita akan terlindung dengan segala 'Kebajikan' yang telah DIA janjikan iaitu dengan cara patuh pada perintahNYA dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.
Kebajikan acuan manusia adalah lemah dan tidak sempurna dan akan sempurna jika diatur mengikut celupan ALLAH. Firman ALLAH :
"Celupan ALLAH(Peraturan ALLAH), siapa yang lebih baik celupannya daripada ALLAH?, dan kepadaNYA kami menyembah."
(Surah Al-Baqarah,ayat;138)
Firman ALLAH lagi :
"Makanlah kamu dari rezki yang dianugerahkan Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya. Negerimu adalah negeri yang baik sedang Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Pengampun."
(Surah Saba',ayat;15)
Negeri yang baik ialah Negeri yang aturannya mengikut fitrah yang telah ditetapkan ALLAH, bukan semata-mata mengambil bahagian-bahagian tertentu dan menolak bahagian-bahagian tertentu. Dan yang lebih teruk adalah tidak yakin dengan peraturan ALAH dan menganggapnya tidak mampu menyelesaikan masalah terutamanya masalah melibatkan manusia. Tidak yakin dengan peraturan ALLAH bermakna tidak yakin dengan ALLAH, tidak yakin dengan ALLAH maka tercalar aqidah, mohon dilindungi ALLAH dari perkara yang tersebut.
Mulai esok semua umat Islam diseluruh dunia akan mula berpuasa. Bulan Ramadhan merupakan bulan ALLAH menilai dan memberi ganjaran terus kepada hambaNYA secara berlipatganda. Berpuasa di bulan Ramadhan sama tarafnya dengan kewajiban Solat Fardhu. Firman ALLAH :
"Wahai orang-orang yang beriman, sebagaimana diwajibkan berpuasa ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah, ayat;183)
Semoga sambutan Ramadhan kali ini kita dapat menyahut seruan ALLAH untuk menambahkan seberapa banyak manfaat daripada 'Kebajikan' yang telah ALLAH sediakan. Dan mudah-mudahan impak sebulan Ramadhan boleh menjadikan kita lebih taat dan meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH. Kerana hanya dengan Taqwa sahaja kita akan merasa 'Kebajikan' di dunia dan di akhirat.
SG : Ya ALLAH, jadikanlah kebaikan bagi kami di dunia, dan juga kebaikan di akhirat serta dijauhkan daripada azab api neraka.....amiiinnnnnn

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.