Showing posts with label Setempat. Show all posts
Showing posts with label Setempat. Show all posts

20 February, 2013

Rakyat Gesa Banner "Terima Kasih" Milik BN Di Masjid Negeri Sabah Ditanggalkan

Rakyat Muslim sekitar Kota Kinabalu khususnya Sembulan baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabila melihat Masjid Negeri Sabah (MNS) yang merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan masyarakat untuk menunaikan ibadah kini semakin kelihatan dipengaruhi oleh anasir parti-parti politik.


Banner milik Barisan Nasional yang digantung di pagar Masjid Negeri Sabah

Hal ini berikutan adanya banner yang tertulis "Terima Kasih, Ini Kali Lah Tolak Pembangkang" mencetuskan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya ahli jemaah masjid. Tindakan ini menggambarkan bahawa parti komponen Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya menggunakan fasiliti kawasan Masjid Negeri Sabah sebagai cara mudah bagi mendapatkan sokongan politik.

Bukan setakat itu, beberapa pihak juga berpendapat bahawa tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan dan akan mencemarkan institusi Masjid Negeri Sabah (MNS) yang sememangnya menjadi tempat tumpuan kuliyyah ilmu. 

Susulan tindakan ini, masyarakat Muslim Kota Kinabalu memberi tindakbalas dengan membina satu page "Ratusan Rakyat Tolak Banner Terima Kasih BN  Di Pagar Masjid Negeri Sabah" di laman sosial Facebook bagi mendesak pihak pengurusan MNS untuk menanggalkan banner tersebut secepat mungkin. Tindakan desakan ini dijangkakan lebih agresif jika tidak diendahkan oleh pihak yang berwajib. Link page tersebut boleh dicapai pada alamat https://www.facebook.com/pages/Ratusan-Rakyat-Tolak-Banner-Terima-Kasih-BN-di-Pagar-Masjid-Negeri-Sabah/480548895325784 


Paparan Page di Facebook 

Bagi meredakan kemarahan masyarakat Muslim, dicadangkan agar pihak pengurusan Masjid Negeri Sabah (MNS) lebih teliti dan hanya membenarkan banner kuliyyah ilmu dan berunsurkan kepada aktiviti-aktiviti Islami sahaja digantung di pagar masjid untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. -SBS Media-



13 February, 2012

Tanah adat: Kenapa perlu rampas hak anak Sabah?


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 12 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi anak negeri ke atas pemilikan tanah di Sabah.  
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan menyifatkan tafsiran yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.
 “Kita amat kesal dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah dibawah undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.
 
Menurutnya, PAS cukup sangsi dengan keupayaan beliau sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan Anak Negeri Sabah.
 
“Isu ini bukan perkara yang sepatutnya dibuat main-main oleh kerajaan. Ianya perlu dibawa ke muka pengadilan yang seadilnya bagi memastikan tanggungjawab kerajaan mempertahankan hak Anak Negeri Sabah tidak terabai dan dipandang rendah,” jelasnya.
 
PAS juga berpendirian bahawa, hak asasi Anak Negeri Sabah mesti dipertahankan dan meminta mana-mana pihak yang merampas tanah-tanah adat negeri sama ada melalui pemalsuan dokumen dan identiti diri dapat memulangkan semula hak anak negeri tersebut kepada pemiliknya.
 
“Hak Anak Negeri Sabah perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin. Ini hak kita, ini tanah kita... kenapa perlu mereka merampas hak kita?
 
“Di mana suara pemimpin-pemimpin kerajaan kita... yang selama ini merekalah mendabik dada memperjuangkan hak. Di mana mereka ketika ini?
 
“Anak-anak Negeri Sabah hidup dibelenggu ketakutan dan ancaman,” jelas Julpikar.

UMS gedung ilmu, bukan gedung rasuah

sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com/


KOTA KINABALU, 5 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan kebimbangan mengenai gejala rasuah dan penyelewengan yang didakwa berlaku melibatkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terkemuka di negeri ini.

Ketuanya, Lahirul Latigu menyatakan kegusaran tersebut setelah hebat diperkatakan di media massa terutama beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatanDaily Express pada 3 Februari lalu.

“Kita (PAS) kecewa dengan perkembangan ini. Macam mana sebuah universiti boleh mula terjebak dengan gejala tidak bermaruah seperti ini.


“Kita (PAS) tidak kisah sekiranya Umno Bn yang terlibat sebab ini kerja dia. Tapi, ini universiti, yang tempatnya untuk mereka yang berilmu sahaja... kalau mereka itu budak-budak tak mengapalah... ini dah tua, ilmu banyak, akademik tinggi,” jelasnya dalam nada kecewa.

Pada 3 Februari yang lalu, akhbar Daily Express melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat beberapa pegawai Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di universiti tersebut.

Turut dilaporkan ialah, seorang ahli politik Sabah bergelar Datuk yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian yang turut terheret dengan penyelewengan ini.

Menurut Lahirul, sekiranya laporan SPRM itu benar maka ianya akan menjejaskan nama baik UMS yang sememangnya terkenal dengan kepesatan pembangunan akademik dan keindahan kawasan persekitaran.

“Jika ini benar, maka untuk apa lagi UMS berselindung. Bersihkan segera institusi ini daripada ‘tangan-tangan jahat’.

“Ini gedung akademik. Pelajar datang nak belajar dengan cemerlang, dengan kemudahan yang mereka dapat, suasana yang diperoleh... bukan mereka merasai apa yang berlaku ini. Jangan ajar pelajar-pelajar ini rasuah dan menyeleweng,” tegas Lahirul.

Tambahnya, persepsi masyarakat terhadap universiti itu akan terjejas berikutan pendedahan tersebut.

“Ada juga kemungkinan, persepsi masyarakat akan terjejas. Oleh itu, perlu sekiranya langkah tindakan pantas SPRM dan UMS dilakukan dengan segera,” katanya.

10 November, 2011

Jalan Sinua sesuai untuk laluan kereta kebal


sumber: harakahdaily.net
Mohd Firdaus
  
KENINGAU, 10 Nov: PAS Kawasan Pensiangan melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang lewat menyiapkan projek naik taraf jalan Sinua dekat Sook, Keningau.
Yang DiPertua PAS kawasan, Hishammudin Sulaiman mendakwa pihaknya amat kecewa dengan sikap kementerian terbabit kerana lewat menyiapkan naik taraf jalan berkenaan.
“Kami berasa kecewa dan sedih kerana rakyat melalui jalan yang tidak berturap yang sesuai dilalui untuk laluan kereta kebal,” jelasnya.
Menurutnya, kesan balingan batu yang jelas dilihat dipapan tanda projek berkenaan juga membuktikan bahawa kemarahan rakyat sudah mencapai kemuncak.
“Ini merupakan kesan balingan batu, kesan kemarahan rakyat terhadap jalan yang tidak dibina dan pembangunan yang dibuat oleh Barisan Nasional,” katanya.
Dalam perkembangan lain, PAS Pensiangan juga menyumbang sebanyak 40 kepingan zink kepada Kampung Sinaron, Terusmadi untuk digunakan bagi pembangunan surau di kampung tersebut.
Turut hadir memberikan sumbangan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Selangor, Husni Zaim Mohmadan dan seluruh pimpinan PAS Kawasan Pensiangan.

27 October, 2011

Masjid Al-Amal, Kg. Luanti Baru

sumber: http://cermin-maya.blogspot.com

Singgah makan durian di tepi  jalan bersebelahan masjid Al-Amal Kg. Luanti Baru, Ranau, aku berkesempatan menziarahi masjidnya. Masjid tersebut mengingatkanku program Jambori Amal yang diadakan di kampung Luanti Baru beberapa tahun yang lalu. Pada ketika itu, masjid tersebut terbiar dan tidak bernama. Hasil gotong royong peserta Jambori Amal dengan warga kampung, masjid itu disalurkan bekalan air dan dibersihkan.

PAS TAWAU BERSAMA PAS KUNAK DEKATI MASYARAKAT KUNAK

Sumber: http://pemuda-tawau.blogspot.com/


23-10-2011 AHAD : Bertempat di Kampung Buang Sayang, Kunak Jaya, rombongan PAS Tawau & PAS Kunak bekerjasama dan turun padang bagi melihat keadaaan penduduk disitu yang sudah tentu nasib mereka tidak terbela.

14 October, 2011

DPPNS bantu mangsa banjir

sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

BEAUFORT, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah menyampaikan sumbangan keperluan beras kepada keluarga mangsa banjir di sekitar Daerah Beaufort di sini, Ahad lalu.

13 October, 2011

PAS DESAK POLIS SABAH HENTIKAN SANDIWARA

sumber: sabahkini.net


Oleh : HAJI HAMZAH ABDULLAH
TAHNIAH kerana Polis Sabah telah berjaya menangkap tertuduh dalam kes bunuh paling kejam di Sabah, Inspektor Ahmad Rizal Omar, yang juga kekasih gelap mangsa, Kartini Binti Borhan.
PAS Sabah menghargai tugas serta tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh PDRM terutama Polis Keningau sehingga tertangkapnya suspek utama yang terlibat dengan pembunuhan kejam teman wanitanya di Taman Adika, Keningau.
Bagaimanapun, PAS Sabah berharap agar PDRM tidak menjadikan kes bunuh ini sebagai ‘Sandiwara’ atau ‘Pintomin’ untuk menutup imej buruk polis kerana sebelum ini kes ini diklasifikasikan sebagai mangsa rompak dan bunuh.
Kebijaksanaan polis untuk mencari pembunuh sebenar amat diharapkan, maka sewajarnya Inspektor Rizal yang ditahan reman mengikut Seksyen 117 didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kesalahan atas niat membunuh.
Jika penangkapan tersebut hanya atas dakwaan bersubahat (abetting), maka PAS Sabah sangat sangsi tentang siapakah pembunuh Kartini dan menggambarkan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.
Sehubungan itu, PAS Sabah mendesak agar siasatan ini diambil alih Bukit Aman agar lebih telus dan bagi mengelakkan polis Sabah campurtangan kerana melibatkan banyak pihak.
PAS juga menggesa Polis Sabah agar menjalankan siasatan dan mendakwa PATI yang mencederakan AJK Surau Al Gayah Nur Salam di Kampung Lamak Bukit, Silam, Haji Wahab Nonong dan dua orang anaknya; serta menggesa Polis Lahad Datu menghenti ugutan ke atas mangsa untuk diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana terlibat memberi kenyataan di dalam Videoklip 

PAS KESAL INSIDEN PATI CEDERAKAN AJK SURAU

sumber: sabahkini.net

Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung jenayah yang cuba diselindungkan PDRM kerana ingin melindungi PATI yang menjadi Ketua Cawangan UMNO.
PAS Kawasan Silam kesal di atas insiden memukul, menyerang dan mencederakan seorang AJK Surau Al Gayah Nur Salam, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok oleh PATI yang mendapat IC Projek, Haji Abdul Wahab Nonong dan anak-anaknya sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net melalui artikel ‘Pati Rampas Surau Dilindungi Polis?’
Sehubungan itu, PAS Kawasan Silam mendesak agar Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Samsuddin Mat dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menjalankan siasatan dan menangkap PATI yang melakukan perbuatan jenayah di negara ini sehingga mencemar kedaulatan undang-undang.
Sebagai Setiausaha PAS Kawasan Silam, saya amat kesal kerana perbuatan jenayah sebegini dipandang remeh oleh PDRM, seolah-olah mereka bersekongkol dengan penjenayah dan PATI yang mendapat IC Projek.
Budaya memukul dan mencederakan seseorang hanya semata-mata kerana perbezaan fahaman politik, bukan budaya rakyat Malaysia. Mungkin ia adalah suatu yang lumrah di negara jiran Filipina, tetapi telah menular ke negara ini akibat kebanjiran masyarakat luar yang tidak menghormati adat resam masyarakat tempatan.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perbuatan terkutuk ini dari berleluasa serta tidak terkawal, maka PAS menuntut supaya pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendakwa pihak yang terlibat dengan insiden yang memalukan umat Islam ini.
Apakah kerana Presiden PAS, Datuk Haji Abdul Hadi Awang ingin mengadakan lawatan ke Madrasah berkenaan dalam masa terdekat, maka PDRM sengaja membiarkan PATI ini ‘memberi pengajaran’ kepada AJK Madrasah berkenaan semata-mata untuk menakut-nakut penduduk kampung dan Ahli PAS agar tidak menziarahi surau kontroversi berkenaan?
Jika Menteri Dalam Negeri inginkan bukti PATI mendapat IC Projek, seharusnya menjadikan Haji Abdul Wahab Nonong sebagai ‘Alibi’ kerana hampir semua penduduk Kampung Silam mengetahui latar belakang PATI berkenaan.
Salam Hormat,
USTAZ HANAFI AHMAD,

11 October, 2011

Jalan ditutup mengundang rasa tidak puas hati


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 11 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penutupan jalan pintas dari Jalan Bersatu 1 menuju Sabah Medical Centre (SMC).

Banjir tak berpenghujung di Beaufort

sumber: http://www.malaysiakini.com

Sebagai anak jati Kampung Bukau saya merasa terpanggil memberi respons terhadap laporan media tentang banjir kilat yang mengganggu perjalanan.

06 October, 2011

Masyarakat Pensiangan tidak akan terpedaya dengan MU PBRS..!



GULA-GULA


Itulah ungkapan salah seorang penduduk KG yang usianya mencecah 51 tahun apabila jalanraya dikawasan Pensiangan (sook -  sinua) sedang proses untuk di naik taraf (aspal). 

05 October, 2011

Lima tahun hidup bergelap


Sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/


Sarikei, 3 Okt. - Ketiadaan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik di Rumah Panjang Selat, Ulu Sungai Janting, dekat sini, ternyata menyukarkan lebih 180 penghuninya melakukan aktiviti pada waktu malam.

03 October, 2011

Jalan Pekan Telupid : Sampai Bila?



Jalan dari Pekan Telupid menuju ke Sandakan-Tawau yang berbahaya terus begitu sejak sekian lama.

Bilakah berakhirnya keadaan berbahaya ini?? Di mana ahli Parlimen Beluran?

23 September, 2011

ISU TANAH: PAS PENSIANGAN TURUN KE MAHKAMAH

Sumber: http://paspensiangan.blogspot.com/

KENINGAU,20 SEPTEMBER 2011-Kehadiran lebih 100 orang penduduk kampung Alab Lanas Sook berkenaan tuntutan penduduk kampung di atas tanah NCR yang diceroboh Syarikat Borneo Timber. Penduduk Kampung yang majoritinya beragama kristian datang menuntut bela berkenaan kes rampasan tanah oleh syarikat kroni kerajaan itu.

Penduduk melakukan sesi ritual mereka dengan ketua mereka menikam tanah di perkarangan mahkamah dengan keris panjang sebagai satu signal kepada adat dan kepercayaan mereka. YDP Pas kawasan Pensiangan yang hadir ke mahkamah berkenaan diberikan sokongan dan tepukan kerana selama ini membantu membela nasib mereka tanpa mengira agama dan keturunan. Pas Pensiangan menghulurkan simpati dengan memberikan menaja makanan dan minuman mereka semasa berhimpun di perkarangan mahkamah.

Kes rampasan tanah ini terlalu banyak berlaku di Sabah dan di mana-mana sahaja. Apabila perasaan tamak haloba menguasai individu tertentu maka rintihan penduduk kampung dibiarkan tanpa pembelaan. Mengharapkan YB-YB UMNO/BN/PBRS jauh panggang dari api dan disifatkan "bagai kacang lupakan kulit', semasa pilihanraya mereka datang dengan muka ceria mengharap undi penduduk namun apabila penduduk dirampas tanah mereka senyap membisu.

Tahniah kepada Hisammuddin Sulaiman, yang merupakan YDP Pensiangan merangkap Presiden NGO TABAH (BELA TANAH RAKYAT SABAH) yang bertungkus lumus berkerja dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat!.

            Upacara adat, tikam tanah, seakan mahu menikam BN/UMNO/PBRS ini kali pilihanraya.

Rumainid yang akan dibaca pertuduhan ke atas beliau ini kerana menghalang jentolak yang mahu rampas tanah.

                             Hisammuddin memberi bantuan semampu mungkin.Pas GANTI PBRS!

Orang kampung,panas dihati seterik mentari namun berehat jua sekajap di bawah rimbunan pokok di perkarangan mahkamah.

15 August, 2011

KONVOI RAMADHAN PEMUDA PAS TAWAU

sumber: http://landasanukhwah.blogspot.com

SABTU, 14-08-2011 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui Lajnah Sukan & Kebudayaannya mengadakan Konvoi Ramadan. Seramai 10 Buah Motor dan siap berikat dengan Bendera parti membuka mata masyarakat sekitar jalan apas petang semalam

Konvoi yang bergerak dari lokasi tempat berkumpul iaitu di Markaz Tarbiah PAS Tawau yang bermula seawal jam4.35 petang. Seramai 10 buah motorsikal yang terlibat dan sebuah kereta mengiringi konvoi tersebut.

Ketibaan rombongan konvoi kali ini disambut baik oleh Ajk Masjid Rahmatullah. Pihak masjid juga amat berbesar hati untuk menerima kunjungan Konvoi seterusnya bagi mengeratkan lagi hubungan.
Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan Sdr. Satuwo berkata, beliau amat berpuas hati dengan konvoi kali ini dan menganggap konvoi kali ini berjaya membuka mata masyrakat bahawa PAS tetap ada dimana-mana dan Anak Muda sentiasa bersama dengan PAS.

Beliau juga berkata bahawa, Pemuda PAS akan meneruskan konvoi ini pada minggu-minggu akan datang sepanjang bulan ramadan & akan terus mendekati masyarakat.pa

09 August, 2011

Janji pencapaian NKRA untuk pengetua sekolah hanya omongan kosong!?

sumber: http://islamreturn.blogspot.com

Salam Ramadhan..

Baru-baru ini setelah selesai kuliah bulanan (usrah kawasan Sepanggar) di Pejabat PASTI kawasan Sepanggar, aku disapa oleh seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Menurut beliau, sebelum ini pengetua sekolah-sekolah menengah telah dipanggil dan diberi taklimat berkaitan NKRA dan ditaburkan janji-janji. Antaranya ialah, bagi sekolah yang mendapat pencapaian terbaik iaitu peningkatan ranking melebihi angka tertentu akan diberi insentif kepada sekolah, guru dan pengetua. Namun apa yang terjadi, setelah sekolah beliau telah berjaya memenuhi syarat-syarat tersebut, janji-janji yang ditaburkan itu hanya tinggal janji.

Sekadar hiasan

Rupa-rupanya, insentif tersebut hanya diberikan kepada satu sekolah sahaja daripada keseluruhan sekolah di Malaysia. Pengetua dan guru-guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan telah berjaya, berasa tertipu dengan apa yang telah terjadi. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku seandainya Malaysia betul-betul ingin mencapai sebuah negara maju menjelang 2020. Malang sungguh Malaysiaku!


p/s: Budaya UMNO kini telah merebak dalam segenap kementerian kerajaan.. malang sungguh Malaysia berkerajaankan UMNO/BN. Kalau ragu-ragu dengan cerita ini, cubalah bertanya kepada pengetua-pengetua diluar sana.

02 August, 2011

Marhaban Ya Ramadhan!


sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Salam Ramadhan..

Kesempatan ini laman Islamreturn mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga puasa kali ini disertai dengan perjuangan menegakkan keadilan Islam.

.............................................................................



KEBERKATAN RAMADAN INI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGGAR SANGAT BERBESAR HATI UNTUK BERKONGSINYA DENGAN SELURUH UMAT ISLAM.

SEPANJANG RAMADHAN KALI INI, PAS KAWASAN SEPANGGAR AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM BAGI MENGIMARAHKAN BULAN YANG MULIA INI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARI PELBAGAI PIHAK BAGI MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.

SUMBANGAN BOLEH DI MASUKAN KE AKAUN SEMENTARA:

PASTI KAWASAN SEPANGGAR
100160-100-54443
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(SILA SMS JUMLAH SUMBANGAN KE NO. BERIKUT: 014-5551042)

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN TUAN/PUAN/DATO/DATIN UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN INI. SEMOGA IANYA MENJADI SEBAHAGIAN AMAL JARIAH YANG AKAN DILIPAT KALI GANDAKAN DIAKHIRAT KELAK.

PERUTUSAN RAMADHAN DARI MURSYIDUL AM PAS
KLIK 
DISINI
PERUTUSAN RAMADHAN DARI PRESIDEN PAS
KLIK
 DISINI
*Jumlah sumbangan terkumpul akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

01 August, 2011

Warga Sabah disembelih

sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Propaganda kerajaan UMNO BN "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkan oleh PM Najib Altantuya memang bertepatan dengan apa yang dilakukan terhadap rakyat hari ini. Memang betul rakyat didahulukan oleh pentadbiran Najib dan KM Sabah Musa Aman. Selaku negeri yang berada di ranking corot di sudut rakyat termiskinnya, hari ini kerajaan UMNO BN Sabah sekali lagi menyembelih rakyatnya dengan kenaikan menggila tarif elektrik.

Setakat ini penulis belum lagi dapat bil terkini, namun seorang sahabat yang menetap di Taman Indah Permai memaklumkan beliau terkejut dengan bil elektrik terkininya berjumlah RM200. Tegasnya, sebelum ini bil bulanan rumahnya sekitar RM120 saja.

Tak tahulah apa nak dicakap jika rakyat Sabah masih terus memberi undi pada UMNO BN dalam PRU13 nanti. Kalau berlaku juga, memang bangang sungguhlah.

Seharusnya kenaikan tarif elektrik yang tinggi ini dapat dijadikan sebagai iktibar kepada kita semua bahawa kerajaan UMNO BN yang sedang berkuasa sekarang bukan lagi kerajaan membela nasib rakyat tetapi menjadikan rakyat bawahan sebagai mangsa untuk 'disembelih' terlebih dahulu ekoran korupsi dan penyelewengan pemerintah.

Setelah membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas, kini sekali lagi warga Sabah dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik yang begitu tinggi.

Amat mendukacitakan bila mana rakyat terus merelakan diri mereka diperbodohkan dengan segala janji-janji manis setiap kali menjelang pilihanraya. Kalau sekali kena tipu, takpe juga... Ini tidak. Dah berkali-kali kena bohong pun, ehhh masih lagi dok undi UMNO BN.

Mungkin sekarang marahlah... Merungut dengan kawan-kawan "Celaka punya kerajaan. Bil elektrik aku bulan ni RM100. Sebelum ni cuma RM60 je. Lepas ni jangan haraplah aku nak undi BN lagi." Percayalah, suara-suara begini pasti mula kedengaran di kedai-kedai kopi. Namun boleh diyakinikah cakap-cakap mereka itu?

Bagi penulis, sukar untuk dipercayai sikap mereka yang merungut itu apatah lagi golongan Bumiputera. Esok bila tiba saja musim PRU13, bila diugut, ditabur wang dan janji-janji manis, mereka yang merungut tadi akan berubah semula pendirian dan kembali mengundi BN.

Mungkin ramai di kalangan rakyat masih tidak sedar bahawa memang menjadi dasar kerajaan UMNO BN selama ini untuk terus membiarkan golongan Melayu dan Bumiputera hidup dalam kemiskinan kerana hanya itulah saja cara untuk memperbodohkan mereka. Justeru apa jua ugutan yang dibuat oleh UMNO selama ini terhadap mereka terus laku dan laris.

Biasa kita dengar cakap-cakap seperti "Kami takut bah mahu undi pembangkang sebab nanti kami tak dapat bantuan." Ada juga yang kata "Maaflah sebab kami tinggal di perumahan awam kerajaan. Kalau kami sokong pembangkang, di mana kami mahu tinggal jika dihalau..." dan pelbagai bentuk ugutan dibuat untuk menakut-nakutkan mereka.

Semuga Ramadhan tahun ini memberikan kemerdekaan pada jiwa ummat Islam yang selama ini takut dengan pemerintah yang korup dan zalim.

Salam Ramadhan Al Mubarak.

28 July, 2011

Jurulatih Bola Sepak, hadiri Pelancaran Jentera PRU KEADILAN

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/

Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Pengarah Pilihanraya parti, Azmin Ali (gambar atas) sebentar tadi melancarkan jentera pilihan raya Cabang Tuaran.

Bercakap kepada Keadilandaily.com, Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Natassia Sarah Mohd Danny berkata, pelancaran itu diadakan di perkarangan pejabat cabang itu yang turut dihadiri Ketuanya, Ansari Abdullah (gambar bawah).Menariknya, majlis itu turut dihadiri bekas Jurulatih Bola Sepak Sabah, Kelly Tham dan bekas anggota Cabang itu yang keluar parti sebelum ini, Pajuddin Nordin.

Kelly Tham pernah membimbing pasukan bola sepak Sabah menjuarai Naib Juara Liga Perdana (kini Liga Super) pada 1994 serta memimpin pasukan itu dinobatkan selaku Juara Piala FA buat pertama kali untuk negeri itu pada 1995.

Lain-lain pimpinan yang turut hadir termasuklah Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simon, Ketua Cabang Kota Marudu, Anthony Mandiau, Ketua Wanita Cabang Tuaran, Begum Abdullah serta kira-kira 130 anggota parti dan masyarakat pelbagai kaum dari sekitar kawasan itu.

“Cabang Tuaran terdiri daripada 40 daerah mengundi dan sudah mengatur strategi dan cukup bersedia pada bila-bila masa dari sekarang untuk menumbangkan kerajaan Umno Barisan Nasional di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang kian hampir,” kata Natassia yang juga anggota parti di Cabang itu.

Parlimen Tuaran memiliki kompoisi kaum pengundi Bumiputera Islam sebanyak 43.8 peratus, Bumiputera Bukan Islam (48%), Cina (7.2%) dan lain-lain sebanyak (0.23%).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17733

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.