Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

20 February, 2013

Rakyat Gesa Banner "Terima Kasih" Milik BN Di Masjid Negeri Sabah Ditanggalkan

Rakyat Muslim sekitar Kota Kinabalu khususnya Sembulan baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabila melihat Masjid Negeri Sabah (MNS) yang merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan masyarakat untuk menunaikan ibadah kini semakin kelihatan dipengaruhi oleh anasir parti-parti politik.


Banner milik Barisan Nasional yang digantung di pagar Masjid Negeri Sabah

Hal ini berikutan adanya banner yang tertulis "Terima Kasih, Ini Kali Lah Tolak Pembangkang" mencetuskan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya ahli jemaah masjid. Tindakan ini menggambarkan bahawa parti komponen Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya menggunakan fasiliti kawasan Masjid Negeri Sabah sebagai cara mudah bagi mendapatkan sokongan politik.

Bukan setakat itu, beberapa pihak juga berpendapat bahawa tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan dan akan mencemarkan institusi Masjid Negeri Sabah (MNS) yang sememangnya menjadi tempat tumpuan kuliyyah ilmu. 

Susulan tindakan ini, masyarakat Muslim Kota Kinabalu memberi tindakbalas dengan membina satu page "Ratusan Rakyat Tolak Banner Terima Kasih BN  Di Pagar Masjid Negeri Sabah" di laman sosial Facebook bagi mendesak pihak pengurusan MNS untuk menanggalkan banner tersebut secepat mungkin. Tindakan desakan ini dijangkakan lebih agresif jika tidak diendahkan oleh pihak yang berwajib. Link page tersebut boleh dicapai pada alamat https://www.facebook.com/pages/Ratusan-Rakyat-Tolak-Banner-Terima-Kasih-BN-di-Pagar-Masjid-Negeri-Sabah/480548895325784 


Paparan Page di Facebook 

Bagi meredakan kemarahan masyarakat Muslim, dicadangkan agar pihak pengurusan Masjid Negeri Sabah (MNS) lebih teliti dan hanya membenarkan banner kuliyyah ilmu dan berunsurkan kepada aktiviti-aktiviti Islami sahaja digantung di pagar masjid untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. -SBS Media-



27 October, 2011

PAS TAWAU BERSAMA PAS KUNAK DEKATI MASYARAKAT KUNAK

Sumber: http://pemuda-tawau.blogspot.com/


23-10-2011 AHAD : Bertempat di Kampung Buang Sayang, Kunak Jaya, rombongan PAS Tawau & PAS Kunak bekerjasama dan turun padang bagi melihat keadaaan penduduk disitu yang sudah tentu nasib mereka tidak terbela.

04 October, 2011

Separuh Rakyat Malaysia Keturunan Penzina??

Sumber: HarakahDaily.Net.

Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap kebobrokan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan. Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya.

05 September, 2011

Lawatan Hospital Wanita Pakatan Rakyat Erat Hubungan

Sumber: http://paskawasankalabakan.blogspot.com/

TAWAU, 4 September – Untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat, pemimpin masyarakat dan organisasi lain seperti pihak hospital, Wanita Pakatan Rakyat Kawasan Tawau & Kalabakan telah mengadakan lawatan ke Hospital Tawau  semalam.

Menurut Pengarah Operasi yang diketuai oleh Pengerusi Wanita Pakatan Rakyat. Kawasan Tawau Pn Noor Ain Abdul Kadir, rombongan lawatan yang dihadiri oleh setiap parti komponen Pakatan Rakyat berasa teruja dengan sambutan baik oleh kakitangan pihak hospital.  

Rombongan Wanita Pakatan Rakyat seramai 15 orang telah dibawa melawat Wad Materniti berkesempatan beramah mesra dan memberikan buah tangan sebagai tanda ingatan Wanita Pakatan Rakyat atas usaha para ibu selama ini yang tidak dapat dinafikan  peranan besarnya dalam mencorak masa depan negara. 

Turut hadir pada lawatan ini, Ketua Dewan Muslimat  PAS Negeri Sabah Pn. Zaiton Ahmad dipetik berkata “Saya menyeru kepada seluruh kaum ibu, khususnya kepada pengundi muda yang hari ini jumlahnya mencecah 65 peratus supaya membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang semakin hampir. 

Para ibu antara mereka yang sangat terkesan dengan kenaikan harga barang dan meningkatnya kos sara hidup. Sudah sampai masanya untuk rakyat Sabah memilih sebuah kerajaan yang benar-benar dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa untuk generasi akan datang.


Lawatan bermula jam  3.00 petang itu berakhir pada jam 4.20 petang. Penghargaan dan setinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital atas perhatian dan  sokongan.

16 May, 2011

"Selamat Hari Guru... Cikgu"



Hari guru, 16 Mei mengingatkan aku tentang sebuah cerpen dalam buku Antologi, Sehijau Warna Daun tingkatan 1. Tajuknya “Hadiah Hari Guru”. Cerpen yang cukup membuat hatiku tersentuh…

Mengisahkan tentang seorang murid yang miskin bernama Ramli. Ayahnya sudah lama meninggal dunia, dia tinggal bersama dengan ibunya dan dua orang adiknya di sebuah rumah usang di pinggir kampung. Hidupnya kadang-kadang berbekalkan ihsan jiran-jiran yang prihatin dengan nasib mereka. Beras pun kadang-kadang tak cukup untuk mereka sekeluarga.

Dia rapat dengan cikgu Fatimah yang banyak membantunya dalam pelajaran. Sempena hari guru yang bakal menjelang Ramli berhajat untuk memberikan hadiah kepada gurunya walaupun dirinya serba kekurangan.


Rakan-rakannya yang berkemampuan semuanya berlumba-lumba memberikan hadiah yang menarik. Sudahlah mahal dibalut pula dengan pembungkus yang indah. Namun baginya yang serba kekurangan, itu bukan menjadi penghalang untuk memberikan penghargaan untuk guru yang banyak berjasa padanya.

Berikut sedikit petikan tentang harapan Ramli :
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah, mak. Dia baik kat Ramli.” Harapan itu disampaikan kepada ibunya ketika dia sedang makan bersama ibu dan adik-adiknya.

Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu.

“Ramai kawan-kawan Ramli bercakap-cakap di sekolah tadi. Mereka nak hadiahkan jam tangan. Ramli nak hadiahkan apa, mak? tanya anak itu lagi.

Mak Sopiah menuangkan air ke dalam pinggannya sambil membersihkan tangannya. Wajahnya menunduk keharuan. Air matanya bergenang di pelupuk matanya. Dia mengesat air mata itu dengan lengan bajunya.

“Eh! Mak dah sudah makan? Sikit sangat mak makan hari ini,” tegur Ramli.

“Kau makanlah. Mak dah kenyang,” ujar Mak Sopiah lagi.

Ramli tahu emaknya tidak kenyang, akan tetapi terharu kerana tidak dapat memberikan apa-apa hadiah untuk gurunya.

“Tak apa mak, kalau mak tak boleh bagi hadiah pada Cikgu Ramli tu. Cikgu Fatimah dah pesan beberapa kali kepada kami jangan susah-susahkan ibu bapa memberi hadiah padanya,” jelas Ramli dengan harapan menenangkan perasaan ibunya.
Menjelang hari guru, Ramli meletakkan sepucuk surat berserta sebuah hadiah berbungkus surat khabar lama di atas meja cikgu Fatimah. Menitis air mata cikgu Fatimah membaca surat itu, walaupun hidup susah namun Ramli masih menghargainya, surat yang ditulis cukup membuatkan hati cikgu Fatimah sebak.

Apabila dibuka bungkusan tersebut, ada pucuk ulam di dalamnya. Itulah “hadiah hari guru”. Pemberian Allah yang selalu menjadi santapan setiap kali Ramli makan, maklumlah itulah saja yang mudah di dapati bagi Ramli dan keluargnya sebab tumbuh meliar di belakang rumah. Murah dan tak perlu duit.

Bagi cikgu Fatimah “hadiah hari guru” itu paling bermakna. Aku juga menangis membaca cerpen tersebut. Pengakhirannya, guru tersebut mengambil murid berkenaan sebagai anak angkatnya, dia mahu mengurangkan beban si ibu tunggal yang tinggal sebatang kara.

Guru merupakan individu yang memberikan sumbangan besar dalam hidup kita, mereka sanggup bersusah payah mendidik bangsa yang pelbagai karenahnya. Bagi mereka bukanlah pelbagai pemberian yang mahal lagi cantik yang amat bermakna… tetapi keikhlasan hati murid-muridnya.

Semoga kita menjadi individu yang sentiasa menghargai dan mendo’akan guru-guru, ustaz-ustazah, pensyarah dan umumnya warga pendidik kita berada dalam redha-Nya.

“Selamat hari guru, cikgu…”

Info:

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Ianya berbeza bagi setiap negara. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

09 August, 2010

Banjir ke 2 di Pasir Putih 08/08/2010

sumber: http://mahkamah-akhirat.blogspot.com

Banjir ke 2 di pasir putih pagi Ahad 8/8/10.. seminggu lebih.. isu jambatan belum dibikin.. antara yang panasss! Siri 2

Lumpur masih menebal.. hampir kering, kembali lembab..

bukan senang nak memberi sumbangan dalam keadaan jalan yang menggunakan jambatan kayu yang goyah..

Sedih kan.. kalaulah rumah kita jadi begini.. anak kena utamakan!


apa yang anda lihat.. sungai.. namun, permandangan kabur berikutan banyak sampah memenuhi tepiannya..

jambatan sudah putus! Susah anak-anak dari seberang, BLOK B mahu ke SMK atau SK.. saya juga mendengar 'usikan manja'.. berenanglah! Berenanglah!

kelihatan seorang penduduk sedang menahan air menggunakan mesin sendiri.. bila banjir, air paip dimatikan..

Abang ini sedang membaiki jambatan dekat rumahnya... sedih wajahnya.. tak kelihatan di gambar.. rumah beliau betul-betul di tepi sungai..

barangan mahal kini uzur, dijual pon buat besi buruk sahaja sebahagiannya...

adik-adikku.. sabarlah! Esok sekolah yaa.. :)

Usapan kepala anak bertuah ini oleh Ketua Pemuda.. sayangkan jiwa mereka yang masih suci.. namun, masa depan pendidikan ntah macam mana lagi agaknya...

Berbual sejenak dengan orang kampong.. menjelaskan bahawa bantuan ini khusus untuk anak-anak Pasti.. bukan kedekut!

salah seorang pelajar yang menerima sumbangan...tubuh kerdil, jiwa besar!

27 April, 2010

Antara Punca Kejadian Rogol Di Keningau!

Sumber: http://mahkamah-akhirat.blogspot.com

berleluasa arak..

Kelab malam yang diluluskan Majlis Perbandaran tanpa kawalan

Kempen dipandang sepi.. dah lah mahal bener..

Pelajar dirogol semasa ke sekolah

KENINGAU 26 April - Seorang pelajar tingkatan tiga yang dalam perjalanan ke sekolahnya dirogol seorang lelaki di Jalan Bariawa-Keningau dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa yang berusia 15 tahun sedang berjalan sendirian sebelum ditarik ke dalam semak.

"Mangsa berjalan kaki ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Namun selepas berjalan kira-kira 600 meter dari rumahnya, mangsa tiba-tiba ditarik oleh seorang lelaki ke dalam semak dan dirogol," katanya di sini hari ini.

Menurut Zahari, mangsa telah menjalani rawatan di Hospital Keningau dan dibenarkan pulang ke rumah.

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.