Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

19 February, 2013

PAS Sepanggar Anjur Karnival Rakyat

PAS Kawasan Sepanggar bakal menganjurkan Karnival Rakyat yang akan diadakan pada 24 Februari 2013 di Padang Kampung Warisan, Sepanggar, Sabah. Karnival yang diadakan ini mensasarkan kehadiran pengunjung setempat bagi mendekatkan lagi dakwah masyarakat PAS sebagai sebuah parti berkebajikan.


Pengarah Program Karnival yang dikelolakan oleh Saudara Abdillah Yusro ini bakal menjalankan pelbagai program yang menarik seperti pemeriksaan kesihatan, sukan rakyat, sukan PASTI, ceramah umum dan banyak lagi. Justeru itu, pihak PAS Sepanggar kini masih membuka peluang kepada para peniaga yang ingin menempah 'booth' sempena karnival ini bagi memeriahkan program yang dianjur oleh PAS Sepanggar ini.



SBS Media mendapat maklumat daripada Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Saudara Saifuddin Samsuddin bahawa rakyat dari daerah lain juga akan turut serta memeriahkan karnival rakyat sebagai satu lonjakan ke arah memasyarakatkan PAS dan juga Pakatan Rakyat. Karnival dijangkakan akan dihadiri melebihi 500 orang. Tentatif program karnival rakyat ini akan dipaparkan kemudian. Berita lengkap menyusul. 

18 July, 2011

Dewan Muslimat PAS Kota Belud Mendekati Penduduk Kampung

sumber: http://wardahal-jannah.blogspot.com

Alhamdulillah hari ini selesai tanggungjawab Dewan Muslimat PAS Kota Belud mengadakan ziarah ke beberapa rumah penduduk kampung di sekitar Kota Belud. Timbul di benak hati ana mengucapkan syukur kehadrat kurniaan Illahi terhadap kecukupan rezeki yang tidak pernah putus-putus terhadap keluarga kami.

DMPKB melangkah ke rumah yg dituju

Pn. Faezah mewakili Timb. Dewan Muslimat Pas Negeri

rumah yg didiami oleh seorang pakcik berserta 4 orang anaknya dan seorang anak OKU

Kedaifan rumah pertama yg dituju, Kg. Taun Gusi 1
Melihat kemiskinan dan ketidak cukupan empat buah rumah yang kami ziarahi, timbul rasa insaf dan kasihan di dalam diri. Di era ini masih ada lagi rupanya rakyat yang miskin tegar dan mengharapkan simpati daripada wakil rakyat kawasan masing-masing. 4 buah rumah yand agak daif dengan pemilik rumah yang mengharapkan suara kecil mereka didengari oleh wakil rakyat langsung tidak diendahkan. Selama bertahun-tahun mereka cuba untuk memohon bantuan tetapi keputusan yang ditunggu-tunggu sangat mendukacitakan. Hari ini, Allah memberikan peluang untuk Dewan muslimat PAS KB mendengar keluhan dan luahan suara-suara kecil di teratak tempat mereka berteduh.

Rumah yg didiami oleh seorang ister berserta 3 orang anak yg masih bersekolah



Rumah ke dua yang dituju, Kg. Peladok

Berat hati untuk menyatakan wakil rakyat yang dimaksudkan. Tapi yang pahit itulah harus ditelan untuk menjadi ubat. Jangan sahaja menjadi pepatah berikut "kekayaan pemimpin UM*O-B* diutamakan rakyat terus dikemudiankan!".Wakil rakyat yang ana maksudkan iaitu YB Datuk Hj. Musbah Jamli yang mana beliau merupakan ADUN N06 Tempasuk. Saya mencadangkan agar Datuk turun sendiri melihat keadaan rakyat yang tidak terbela!
Rumah menteri yg tersergam indah
Wallahualam.

16 May, 2011

"Selamat Hari Guru... Cikgu"



Hari guru, 16 Mei mengingatkan aku tentang sebuah cerpen dalam buku Antologi, Sehijau Warna Daun tingkatan 1. Tajuknya “Hadiah Hari Guru”. Cerpen yang cukup membuat hatiku tersentuh…

Mengisahkan tentang seorang murid yang miskin bernama Ramli. Ayahnya sudah lama meninggal dunia, dia tinggal bersama dengan ibunya dan dua orang adiknya di sebuah rumah usang di pinggir kampung. Hidupnya kadang-kadang berbekalkan ihsan jiran-jiran yang prihatin dengan nasib mereka. Beras pun kadang-kadang tak cukup untuk mereka sekeluarga.

Dia rapat dengan cikgu Fatimah yang banyak membantunya dalam pelajaran. Sempena hari guru yang bakal menjelang Ramli berhajat untuk memberikan hadiah kepada gurunya walaupun dirinya serba kekurangan.


Rakan-rakannya yang berkemampuan semuanya berlumba-lumba memberikan hadiah yang menarik. Sudahlah mahal dibalut pula dengan pembungkus yang indah. Namun baginya yang serba kekurangan, itu bukan menjadi penghalang untuk memberikan penghargaan untuk guru yang banyak berjasa padanya.

Berikut sedikit petikan tentang harapan Ramli :
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah, mak. Dia baik kat Ramli.” Harapan itu disampaikan kepada ibunya ketika dia sedang makan bersama ibu dan adik-adiknya.

Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu.

“Ramai kawan-kawan Ramli bercakap-cakap di sekolah tadi. Mereka nak hadiahkan jam tangan. Ramli nak hadiahkan apa, mak? tanya anak itu lagi.

Mak Sopiah menuangkan air ke dalam pinggannya sambil membersihkan tangannya. Wajahnya menunduk keharuan. Air matanya bergenang di pelupuk matanya. Dia mengesat air mata itu dengan lengan bajunya.

“Eh! Mak dah sudah makan? Sikit sangat mak makan hari ini,” tegur Ramli.

“Kau makanlah. Mak dah kenyang,” ujar Mak Sopiah lagi.

Ramli tahu emaknya tidak kenyang, akan tetapi terharu kerana tidak dapat memberikan apa-apa hadiah untuk gurunya.

“Tak apa mak, kalau mak tak boleh bagi hadiah pada Cikgu Ramli tu. Cikgu Fatimah dah pesan beberapa kali kepada kami jangan susah-susahkan ibu bapa memberi hadiah padanya,” jelas Ramli dengan harapan menenangkan perasaan ibunya.
Menjelang hari guru, Ramli meletakkan sepucuk surat berserta sebuah hadiah berbungkus surat khabar lama di atas meja cikgu Fatimah. Menitis air mata cikgu Fatimah membaca surat itu, walaupun hidup susah namun Ramli masih menghargainya, surat yang ditulis cukup membuatkan hati cikgu Fatimah sebak.

Apabila dibuka bungkusan tersebut, ada pucuk ulam di dalamnya. Itulah “hadiah hari guru”. Pemberian Allah yang selalu menjadi santapan setiap kali Ramli makan, maklumlah itulah saja yang mudah di dapati bagi Ramli dan keluargnya sebab tumbuh meliar di belakang rumah. Murah dan tak perlu duit.

Bagi cikgu Fatimah “hadiah hari guru” itu paling bermakna. Aku juga menangis membaca cerpen tersebut. Pengakhirannya, guru tersebut mengambil murid berkenaan sebagai anak angkatnya, dia mahu mengurangkan beban si ibu tunggal yang tinggal sebatang kara.

Guru merupakan individu yang memberikan sumbangan besar dalam hidup kita, mereka sanggup bersusah payah mendidik bangsa yang pelbagai karenahnya. Bagi mereka bukanlah pelbagai pemberian yang mahal lagi cantik yang amat bermakna… tetapi keikhlasan hati murid-muridnya.

Semoga kita menjadi individu yang sentiasa menghargai dan mendo’akan guru-guru, ustaz-ustazah, pensyarah dan umumnya warga pendidik kita berada dalam redha-Nya.

“Selamat hari guru, cikgu…”

Info:

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Ianya berbeza bagi setiap negara. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

03 May, 2011

Ekspedisi Dakwah "Kembara Ilmu" Di Perkampungan Muallaf

sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com



Salam alayk'. Perjalanan berkampung selama dua hari iaitu pada 30hb April hingga 1 Mei 2011 di Kampung Senah Rayang, Padawan Sarawak memberikan seribu makna buat penulis. Program Ekspedisi Dakwah yang dinamakan "Kembara Ilmu" ini dianjurkan dengan oleh organisasi penulis dengan kerjasama daripada Darussyifa', Jabatan Kesihatan Negeri, Urusetia Saudara Kita (USK) dan juga JAKIM Cawangan Sarawak.


Tidak dinafikan dua tarikh program untuk ekspedisi ini menyebabkan penulis tidak dapat memberikan komitmen pada dua program yang lain kerana berlaku pertembungan. Sebelum itu, penulis meminta maaf kepada sahabat-sahabat kerana tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat agung (muktamar) yang merupakan medan muhasabah khususnya untuk para-para penggerak dakwah di bumi kenyalang yang dijadualkan diadakan di Sibu dan juga kepada sahabat mahasiswa daripada UNIMAS yang telah menjemput penulis untuk memberi pengisian di dalam program yang dijalankan, namun permintaan itu tidak dapat penulis penuhi.


Jalan Masuk Kampung & Anak Angkat






Perjalanan masuk ke kampung Senah Rayang daripada jalan utama sangat 'mencabar'. Jalan yang rosak dan tidak diperbaiki menyebabkan penulis berasa semacam berada di dalam roller-coaster biarpun menggunakan kenderaan 'pick-up' Ford Ranger. Sedang dalam perjalanan, penulis mendengus di dalam hati, "Siapalah pemimpin masyarakat di daerah ini??"




Selesai slot pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh dua pihak iaitu Jabatan Kesihatan Negeri (perubatan moden) dan Darussyifa' (perubatan alternatif). Slot "Pembahagian Anak Angkat" bermula dengan melibatkan penduduk keluarga Kg. Senah Rayang yang majoritinya berbangsa Bidayuh Islam. Penulis yang mendapat "mak angkat" iaitu Puan Rohani dan tiga orang adik angkat iaitu Akhmal (Mai), Haikal dan Azri. Alhamdulillah, mereka sungguh mesra terutama gelagat Azri yang sentiasa tidak lepas dari memegang tangan penulis dan seringkali mengajar penulis berbahasa Bidayuh.


Forum Bicara Ummah: "Akhlak Islamiyyah"


Pada sebelah petang hari yang pertama pula diadakan program riadhah bersama penduduk kampung iaitu dengan acara-acara menarik seperti perlawanan bola sepak (lelaki/bapa/belia), mengupas kulit epal (wanita/ibu) dan sukaneka (kanak-kanak), pada sebelah malamnya pula diadakan "Forum Bicara Ummah" dengan tajuknya "Akhlak Islamiyyah".


Dengan taklifan penulis yang menjadi moderator forum dan dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Kariah Bin Abd Rahman (Pen. Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak yang juga lulusan Ijazah Sarjana Dakwah & Kepimpinan dari UKM), Ustaz Mohd Syahnan Bin Mohd Zain (Pensyarah Politeknik Kuching dengan kelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Islam dari UTM Skudai) dan Ustazah Zainab Binti Mohd Ahmad (Pensyarah Politeknik Kuching lulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (Jinayah & Siasah) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara). Dengan kemantapan tiga orang ahli panel ini, slot forum pada malam itu berjalan dengan lancar dan proses perkongsian ilmu menjadi lebih mudah ditambah dengan senda gurau yang menjadi daya tarikan ahli panel.


Air terjun Kg. Senah Rayang

Pada hari terakhir, ceramah motivasi dilakukan di dua tempat pada masa yang sama iaitu Seminar Keibubapaan (ibu/bapa) di Surau dan Motivasi Pelajar (belia/kanak-kanak) di Dewan Serbaguna Kg. Senah Rayang. Majlis perasmian penutupan program ini diadakan pada jam 11.30 tengahari juga di dewan serbaguna kampung tersebut.


p/s: Penulis insyaALlah akan 'upload'kan keseluruhan gambar pada entri yang seterusnya. Waterfall Kg. Senah Rayang, tidak akan kulupakan!

18 July, 2010

Barang Naik (BN), rakyat tetap sokong BN, kata menteri

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com

Walaupun punca utama BN hampir tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu ialah akibat kenaikan harga barang terutamanya harga minyak, namun semua itu tidak pernah diambil iktibar oleh rejim BN.

Terbaru, seorang menteri di Sarawak, Larry Sng berpendapat, kenaikan harga barang secara serentak seperti yang diumumkan oleh bosnya, Najib beberapa hari lalu, tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang.

Menurut menteri itu, rakyat Sarawak pasti faham alasan kerajaan mengurangkan subsidi dua barangan tersebut dan meminta isu itu tidak dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu.

“Rakyat Sarawak pasti faham alasan kerajaan mengurangkan subsidi dua barangan tersebut.

Sudah pasti pembangkang akan mengeksploitasikan isu ini.

Jangan politikkan isu sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Belia Rock-On di pekarangan pusat beli-belah tHe Spring, di Kuching, semalam.

Terdahulul, harga petrol RON95 dan Diesel dinaikkan sebanyak lima sen seliter mulai semalam, manakala gula pula dilonjakkan kepada kepada RM1.90 sekilogram.

Alasan rejim BN menaikkan harga bagi barangan tersebut kononnya untuk membolehkan negara mengurangkan perbelanjaan lebih RM750 juta pada tahun ini.

Untuk rekod, majoriti kawasan di Sarawak masih lagi dikategorikan sebagai luar Bandar dan kira-kira 70 peratus daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak juga terletak di kawasan luar Bandar.

Apabila kenaikan harga barang seperti ini, kesan langsung yang akan menerima azabnya pastilah penduduk luar bandar.

Ini kerana, kawasan mereka yang jauh amat sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut dan apabila mereka membelinya, harganya akan meningkat sehingga lima kali ganda dari harga asal akibat kos pengangkutan yang dicaj oleh pihak tengah yang menjual barangan itu kepada mereka.

Semoga rejim BN akan tersungkur di bumi kenyalang pada pilihanraya negeri akan datang

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.