Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

17 February, 2013

PAS Perkukuhkan Kedudukan Di DUN Tanjung Aru

PAS Kawasan Putatan kini mengorak setapak lagi memperkukuhkan kedudukannya di kawasan DUN Tanjung Aru dalam Parlimen Putatan dengan penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya baru-baru ini.

Penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya pada kali ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh barisan pimpinan tertinggi PAS iaitu Datuk Paduka Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAS yang juga merangkap Exco Kerajaan Negeri Kelantan,  Tuan Haji Aminuddin Aling yang merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Haji Ag Laiman selaku Setiausaha PAS Sabah bersama beberapa pimpinan PAS Kawasan Putatan. 

Dalam majlis penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya tersebut, beberapa pimpinan PAS termasuk Datuk Paduka Hj Husam telah memberikan sedikit ucapan dan pemberian sumbangan beras kepada masyarakat.

Penyerahan borang keahlian bagi PAS Cawangan Pulau Gaya

Pimpinan PAS meredah lautan menuju ke Pulau Gaya


Ahli PAS Cawangan Pulau Gaya bergambar bersama pimpinan PAS 

PAS yang kini menjadi parti Pakatan Rakyat yang dominan di DUN Tanjung Aru kini diterima masyarakat dan hasil program PAS bertemu pengundi cina di sekitar DUN pada Tahun Baru Cina yang lepas menunjukkan rata-rata penduduk dari kaum tersebut kini gembira dengan kehadiran PAS yang juga popular melalui sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang meliputi kaum cina dan India. 

SBS Media melakukan tinjauan rawak ke beberapa lokasi di sekitar Tanjung Aru bagi mendapatkan respon pengundi cina dan hasilnya, SBS Media mendapati mereka berharap agar PRU-13 akan menyaksikan PAS mewakili PR menentang BN dalam perlawanan satu lawan satu di kawasan mereka.

16 August, 2011

LAWATAN KASIH RAMADHAN KE HOSPITAL LIKAS


http://balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt...

Di riwayatkan daripada Anas ra :Nabi Muhammad saw pernah bersabda ; " Tidak ada seorang pun di antara kalian di pandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.."

si ibu yang dikatakan mengandun anak kembar. :)

ahli Nisa' Sepanggar

seorang ibu yang teruja menerima kunjungan kami

Syukur alhamdulillah...pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada tanggal 13 Ogos 2011, selepas Zohor, Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah bersama dengan Nisa' Sepanggar dan juga MARSIS telah membuat satu kunjungan Ziarah Ramadhan ke Hospital Likas. Kunjungan tersebut di adakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan juga memberi kata-kata semangat kepada para pesakit yang menghuni hospital tersebut.





berlatih mendukung bayi...insyaAllah,akan tiba juga masanya


Muslimat Nisa' Sepanggar dan MARSIS telah membuat kunjungan ke Wad Kenanga iaitu wad wanita bersalin. Semasa kunjugan tersebut, sebungkus kurma dan juga risalah Doa Pelindung Diri turut di edarkan kepada para ibu-ibu dan juga bakal ibu-ibu di wad tersebut.

semoga menjadi anak yang soleh :)


seorang ibu yang baru sahaja melahirkan sepasang anak kembar lelaki... :)


Melihat kedatangan para muslimat secara mengejut membuatkan beberapa para ibu tersentuh hati dan terpujuk kerana masih ada yang prihatin dan datang menjenguk mereka tatkala orang lain sibuk dengan membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.


subhanallah..comeiilll

seorang ibu yang betul-betul memerlukan kekuatan dek kerana keadaan anak yang dikandung adalah songsang..semoga Allah memberi kekuatan kepadamu




Tidak ada apa-apa yang mampu di berikan oleh muslimat Nisa' Sepanggar dan juga MARSIS melainkan doa agar mereka ini kuat dan tabah dalam melahirkan dan meramaikan umat Islam di muka bumi ini. Semoga perkongsian masalah dan beberapa tips sebelum/selepas melahirkan anak dengan para ibu dan bakal ibu ini merupakan satu perkongsian yang bermakna buat mereka.




ahli MARSIS yang turut mengunjung



Semoga bayi yang bakal di lahirkan ,lahir dalam keadaan yang selamat dan lancar dan kepada bayi yang sudah di lahirkan, semoga cepat membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Kepada bakal ibu dan para ibu di sana, sungguh besar jasa dan pengorbananmu dalam melahirkan seorang bayi ke bumi ini. Semoga denga kelahiran tersebut, bisa mensucikan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Semoga Allah swt redha dan melindungimu senantiasa.

"Siapa yang tidak sayang pada manusia, maka tidak akan di sayangi oleh Allah swt..."
Hadis Riwayat Daud, Tirmizi, Baihaqi dan Bukhari..

~erti hidup dengan berkongsi~

JELAJAH DAKWAH NISA' SEPANGGAR - PEKAN TELIPOK DAN INDAH PERMAI


http://balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com/ 

Assalamualaikum wbt...
Kini, bulan Ramadhan sudah menjengah ke pertengahan...
tidak lama lagi Ramadhan yang dirindui bakal meninggalkan kita..
Di kesempatan yang ada ini, hargai setiap detik kita dengan melakukan amal soleh..ikhlas semata-mata kerana Allah...
Semoga segala amalan kita nanti akan di terima oleh Allah...
Insyaallah...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kpd seseorang hamba pd hari kiamat.."
Hadis Riwayat Imam Ahmad...
sedikit pengisian sebelum menjalankan aktiviti


Alhamdulillah..pada 17 Julai yang lepas, mungkin agak lambat mengupdate...Nisa' Sepanggar telah menjalankan Jelajah Dakwah Nisa' Sepanggar..

pembahagian tugas dan kumpulan sebelum turun padang


Seramai 13 orang ahli Nisa' Sepanggar yang turun dan juga turut di temani oleh Ketua Pemuda Pas Sepanggar turung ke Pekan Telipok dan juga Pekan Indah Permai bagi mendekati masyarakat yang ada di sana...

mendekati golongan muda di Pekan Telipok

Jelajah dakwah tersebut di adakan bukan semata-mata untuk meninjau keadaan realiti yang sedang berlaku di 2 kawasan tersebut tapi juga mendekati masyarakat bagi mengetahui permasalahan yang di hadapi oleh mereka.

berbual dengan makcik penjaja di pasar tamu Pekan Telipok

Selain itu juga, ahli Nisa' Sepanggar turut menjual badge 'Nisa' Sepanggar" sebagai satu promosi untuk mengajak orang ramai mengikuti Nisa' Sepanggar. Risalah Marhaban Ya Ramadhan turut di edarkan kepada masyarakat setempat bagi mengajak bersama untuk meraikan Ramadhan Kareem, bulan yang penuh rahmah, maghfirah dan keberkatan...

mendekati penjaja di bahagian luar



Hasil dari Program Jelajah Dakwah tersebut, kami mendapati bahawa masalah utama yang menimpa masyarakat terutama penggerai dan penjaja yang berniaga di Pekan Telipok adalah kadar sewa yang di kenakan oleh DBKK. Bagi penjaja yang berniaga di dalam 'rumah pasar' yang boleh di katakan agak selesa dengan keadaan yang berkipas, beratap dan berdinding hanya di kenakan bayaran sebanyak RM20 sahaja namun bagi penjaja yang menumpang berniga di bahagian luar, yang berbumbungkan sinaran mentari yang terik dan tidak berkipas serta berdinding dikenakan bayaran sebanyak RM90 sebulan. 
penjaja yang di kenakan sewa tapak yang tidak seimbang


Apabila di tanyakan bagaimana keadaan ini boleh berlaku, rata-rata makcik-makcik penjaja menjawab "susah...kami ni menumpang sahaja...".. Kesian, inilah realiti yang melanda masyarakat penjaja di Pekan Telipok. Semata-mata untuk mencari sesuap nasi, 'ketidak adilan' yang berlaku ini terpaksa di telan sebulat-bulatnya, sungguhpun perit untuk di telan masuk.

sesi 'post-morterm' di Indah Permai


Selain itu, bila di tanya kepada makcik/pakcik yang berjalan-jalan di Pekan Telipok mengenai permasalahan tanah ataupun tempat tinggal, rata-rata menjawab tiada sebarang masalah melainkan aktiviti pecah masuk yang sering berlaku di kampung sekitar.

Pada hari tersebut, ahli Nisa' Sepanggar turut bergerak ke Pasar Tamu Indah Permai yang rata-ratanya isu sewa kedai/gerai tidak mendatangkan sebarang permasalahan kepada mereka. 

Respon daripada makcik/pakcik yang berjaya di temubual, mereka melahirkan rasa bersyukur kerana dek kerana kesibukan yang terlampau, mereka tidak mempunyai masa untuk mencari doa-doa amalan harian, apatah lagi untuk bulan Ramadhan. Dengan risalah tersebut, mereka boleh menjadikan ia sebagai satu rujukan yang bermanfaat. Mereka juga melahirkan rasa berterima kasih kerana sudi mendekati mereka untuk mendengar masalah dan berkongsi cerita. Jarang mana-mana pihak mahu turun padang berjumpa dengan mereka.



Kepada saudara-saudara yang berada di luar sana, tak kiralah kereta jenis apa yang kita pakai, minyak wangi apa yang kita sembur, jam tangan jenis apa yang kita balutkan kat tangan, kerja engineer ke atau jual burger ke, setiap kita ini ,selagi masih hidup di mukabumi sementara ini sebagai seorang hamba Allah, adalah satu tanggungjawab besar untuk kita turun padang, mendekati masyarakat yang sangat memerlukan keprihatinan dan bantuan. Apa gunanya kita sibuk dengan aktiviti keduniaan tapi lupa untuk melakukan amalan untuk kita jadikan sebagai bekalan di akhirat nanti???

Rasulullah saw pernah menceritakan tentang kisah seorang lelaki di zaman dahulu yang melihat seekor anjing kehausan sehingga memakan tanah. Maka lelaki itu mengambil air dengan menggunkan kasutnya agar dapat di minum oleh anjing itu. Maka kata Rasulullah saw : "Maka allah memberikan lelaki itu penghargaan lalu memasukkannya ke dalam syurga" ..Hadis Riwayat al Bukhari.


***berbuat baiklah ke atas setiap ciptaan Allah swt***

~erti hidup dnegan berkongsi~

23 May, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN DPPKT VS TEAM UMAS-UMAS

sumber: http://landasanukhwah.blogspot.com

21-22 / 05 / 2011. Sabtu. Lajnah Sukan & Kebudayaan DPP Kawasan Tawau telah mengadakan perlawanan persahabatan Bola Sepak, Futsal, dan Badminton dengan pasukan Guru-Guru SMK Umas serta Team Kelab K-T Felda Umas.



Kuliah maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Rusli pada sebelah malam sebagai pengisian rohani bersama jamaah masjid Al- Muhajirin sebelum perlawanan bermula pada sebela malam.



Antara jamaah Masjid Al-muhajirin yang hadir mendengar kuliah.


Perlawanan kali ini merupakan perlawanan kali ke-3 antara DPPKT dan Team Umas-Umas. Pada sebelah malam perlawanan Badminton dan Futsal diadakan. 4 team Badminton daripada team Dppkt dan 1 Team Futsal dihantar bagi perlawanan antara Futsal dan Badminton.




Ucapan perasmian daripada Ketua Pemuda serta penyampaian cenderahati kepada pasukan lawan.



Team Kelab K-T Felda Umas


Penyampaian cenderahati kepada team bola sepak Belia Umas-umas.





Alhamdulillah perlawanan selesai jam10.00 pagi.


Program 2 hari itu berjalan dengan baik walaupun hujan renyai-renyai pada sebelah malam. InsyaALLAH jika berkesempatan kita akan perbanyakkan program sebegini bagi mendekati belia-belia serta anak-anak muda.


Orang Mude Geng Kite...

26 April, 2011

NISA' SEPANGGAR : WE CARE AND UP-TO-DATE

sumber: http://balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com



NISA’ SEPANGGAR yang baru di tubuhkan pada September tahun lepas merupakan satu NGO yang berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia. Dengan bertemakan “Kita Laksanakan Impian Bersama” melalui 3 misi iaitu kebajikan, kemanusiaan dan juga kemasyarakatan, objektif NISA’ SEPANGGAR akan tercapai melalui program-program yang di rancang dengan teliti, di semai dengan kasih sayang dan di sampaikan dengan penuh keikhlasan.

Di antara program-program yang telah di laksanakan oleh NISA’ SEPANGGAR adalah Usrah Nisa’, Ziarah Nisa’, Iftar Nisa’, Rehlah Nisa’, Misi Tahun Baru Nisa’, Nisa’ Team Building, Lawatan Amal Kasih dan sebagai fasilitator di dalam pelbagai program. NISA’ SEPANGGAR yang di dukung oleh srikandi-srikandi Sabah dan Sarawak turut di anggotai oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada adik-adik sekolah menengah rendah & atas, matrikulasi asasi, penuntut IPTA & IPTS malah turut di kenali oleh para ibu bapa di luar sana.

Alhamdulillah, keahlian NISA’ SEPANGGAR semakin bertambah dan kini sudah menjangkau 60 orang. Baru-baru ini pada 22 April 2011 yang lepas, bertempat di Superbowl, 1 Borneo, NISA’ SEPANGGAR sekali lagi telah mengadakan satu aktiviti iaitu NISA’ BOLING di bawah Unit Sukan dan Rekreasi. Seramai 14 orang ahli NISA’ Sepanggar telah hadir bagi menyertai perlawanan boling ini. Pelbagai lagak dan aksi telah di tonjolkan oleh ahli NISA’ SEPANGGAR ketika bermain boling. Ada bola yang masuk ke ‘parit’, bahkan ada juga bola yang di’lontar’kan ke belakang…Syukur pada ketika itu, keadaan di Superbowl 1 Borneo adalah sangat lenggang, menyuntik lagi semangat ahli NISA’ SEPANGGAR untuk menunjukkan aksi membaling boling yang ‘kreatif’…Kegembiraan jelas terpancar di kalangan ahli NISA’ SEPANGGAR. Kepenatan dalam bekerja dan juga menelaah pelajaran jelas hilang di riak wajah ahli NISA’ SEPANGGAR…Semoga dengan program sebegini mampu merapatkan lagi ukhuwwah di antara ahli NISA’ SEPANGGAR.












Sesi penyampaian hadiah merupakan tirai penutup NISA’ BOLING pada hari tersebut. Nampak gayanya, johan, tempat kedua dan tempat ketiga telah di menangi oleh pimpinan NISA’ SEPANGGAR. Kepada adik-adik, perlu berusaha ‘lebih’ sedikit untuk mengalahkan orang-orang ‘kuat’ boling Sabah dan Sarawak…


Aktiviti ahli NISA’ SEPANGGAR tidak terhenti setakat itu sahaja pada hari tersebut. Ketika menikmati makanan tengahari bersama, satu sms telah masuk, meminta ahli NISA’ SEPANGGAR untuk pergi menziarahi seorang pesakit kanser payudara di Telipok. Seusai solat zohor, ahli NISA’ SEPANGGAR bergegas ke rumah pesakit yang terletak berhampiran dengan Politeknik Sabah dengan bertemankan Ust. Nazri dan juga seorang muslimin. Kehadiran kami pada ketika itu di sambut oleh Kak Hasyimah yang duduk di atas tilam di tengah ruang tamu rumah.



Bekerja sebagai seorang jururawat di Klinik Kesihatan Kerajaan, Kak Hasyimah mula menghidap kanser payudara sejak Oktober 2009. Ibu kepada 4 orang anak ini sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali dan di sahkan berada pada tahap 4, suatu tahap yang cukup membahayakan bagi seorang penghidap kanser. Alhamdulillah, berkat doa dan juga sokongan dari kaum keluarga dan kenalan, Kak Hasyimah selamat menjalani pembedahan membuang payudara pada Jun 2010. Segala perbelanjaan pembedahan dan juga rawatan di tanggung oleh Kak Hasyimah sendiri. Walaupun beliau turut menerima bantuan dari hospital kerajaan, namun rawatan susulan yang memerlukan lebih kurang RM1000 lebih untuk sekali rawatan sahaja amatlah membebankan kerana rawatan yang perlu di ambil bukanlah sekali sahaja, tapi berkali-kali.




Sesungguhnya Allah swt itu menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Tidak lama selepas pembedahan tersebut, doktor mengesahkan bahawa hati Kak Hasyimah telah di jangkiti oleh kuman. Sudah jatuh di timpa tangga, itulah realiti yang melanda diri Kak Hasyimah. Berulang alik ke Hospital Likas bagi mendapatkan rawatan seterusnya menyebabkan Kak Hasyimah hampir berputus asa dengan takdir yang melanda diri. Kak Hasyimah ketika di temu bual oleh ahli NISA’ SEPANGGAR, kelihatan lemah dan juga terpancar riak putus asa di wajahnya. Dengan keadaan hati yang telah di jangkiti kuman, menyebabkan Kak Hasyimah tidak boleh banyak bergerak. Alhamdulillah, tuntutan solat tetap di tunaikan dalam keadaan duduk dan baring.

Kami, ahli NISA’ SEPANGGAR yang datang hanya dengan sedikit buah tangan dan juga Majalah Solusi keluaran 30, berasa simpati dan insaf melihat keadaan kak Hasyimah. Suntikan semangat dan kasih sayang sesama insan dan juga doa, itu sahaja yang mampu kami kongsikan dengan Kak Hasyimah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…Sama-sama kita doakan agar Kak Hasyimah diberi kekuatan dalam mengharungi ujian Allah swt ini dan pulih seperti sedia kala. Sesungguhnya sakit yang melanda itu adalah satu nikmat dan juga satu kifarah dosa…Kepada insan yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi mana-mana ahli NISA’ SEPANGGAR di NISA SEPANGGAR Sedikit sumbangan mampu mengurangkan segunung bebanan.




InsyaAllah,pada Mei – Jun nanti, NISA’ SEPANGGAR akan mengadakan Lawatan Amal Kasih Siri II, NISA’ Small Kindness di Rumah Harapan, Picnic Nisa’ dan Nisa’ Camp di Kinabatangan. JOM SERTAI NISA’ SEPANGGAR!!!!

“IMPIKAN KEHIDUPAN YANG CERIA & LEBIH BERMAKNA? MASA DEPAN YANG CEMERLANG & TEMAN YANG MEMAHAMI???JOMMMMMMMMM JOIN NISA’!!!!KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA…..”

~erti hidup dengan berkongsi~

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.