Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

15 April, 2011

APABILA ARTIS MENDEKATI PAS

sumber: http://abunuha.wordpress.com/

Sumber : Harakah Daily di sini

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS. Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya. Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur,” katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa. Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

“Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian,” katanya. Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit. Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

“Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah. Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai),” jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.

Bob Lokman (foto atas) & Blank, bekas penyanyi kumpulan Gamma (foto bawah).

14 April, 2011

Petugas PAS DUN Sadong Jaya bersemangat

sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Kehadiran lebih 150 orang petugas/jentera pilihanraya pada pagi tadi semasa sesi 'rocall' telah menyaksikan bahawa kekuatan PAS pada tahap maksimum untuk memastikan DUN Sadong Jaya menjadi milik PAS pada PRN kali ini.


Kelihatan petugas pilihanraya hadir untuk sesi taklimat seawal pagi 7.30pg lagi untuk pembahagian tugas dan penyelarasan aktiviti

Secara peribadi aku masih meletakan peringkat kemenagan PAS disini masih 50-50. Namun begitu BN telah melebelkan kawasan ini sebagai tahap 'Kelabu-Gelab' (maklumat dari risikan). Apa makna kelabu gelab aku pun tak tahu, namun agakan aku mugkin kawasan yang berpotensi untuk PAS menang. Melalui sembang-sembang dengan penduduk setempat, mereka menyatakan bahawa golombang kali ini berbeza dengan gelombang PRU-12 baru-baru ini. Kemahuan rakyat untuk menukar pemimpin yang sedia ada membuak-buak. Maklumat ini aku perolehi sendiri daripada ibu saudara kepada calon BN yang bertanding disini. Menurut beliau yang tidak mahu namanya didedahkan, walaupun beliau mempunyai ikatan saudara dengan calon yang mewakili BN, tetapi kepercayaan mereka terhadap kerajaan yang ada sekarang telah hilang. Apa yang mereka mahukan sekarang ialah Sarawak diperintah oleh Pakatan Rakyat.


Anggota rela dan Jabatan Pertahana Awam turut dikerah sepenuhnya untuk menyambut kehadiran PM


Bendera PAS (di atas DS Najib) menyambut kehadiran PM

......

catitan ringkas:

Selepas subuh pagi tadi, kami (petugas PAS Sabah) telah mengikuti tazkirah ringkas dari Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang juga ahli Parlimen PAS kawasan Pt.Buntar. Tazkirah yang mengingatkan bahawa kekuatan bukan diukur dari sudut bilangan, bukan dari sudut kelengkapan, bukan semata-mata dari sudut kewangan, tetapi kekuatan itu hasil dari keyakinan terhadap janji Allah. Teori ini telah dibuktikan oleh Allah s.w.t apabila tentera Ahzab yang terdiri dari 10,000 pasukan perikatan musriqin Quraish telah dikalahkan oleh kekuatan tentera Islam seramai hanya 3,000 orang dengan pertolongan Allah.


Dr.Mujahid ketika sedang menyampaikan tazkirah subuh pada petugas PAS Sabah

Semoga hasil usaha kami ini, ditulis sebagai amalan jihad fisabilillah..

p/s: sekarang dalam perjalanan ke Kg.Semera Laut yang akan menyaksikan majlis penubuhan penaja 6 cawangan PAS yang akan dihadiri sendiri oleh calon PAS. Nantikan berita selanjutnya..

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.