Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

15 August, 2012

Ada lagi pemimpin Umno keluar parti selepas Aidilfitri - Lajim

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com


Masdar Wahid

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengesahkan akan ada lagi pemimpin Umno Sabah yang akan keluar parti dalam masa terdekat atau seawalnya selepas sambutan Aidilfitri hujung Ogos ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada rangka lawatannya ke Sarawak atas jemputan KEADILAN negeri 12 Ogos lalu yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Sarawak.

Lajim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenainya walau didesak berkali-kali dan hanya menegaskan, "Mungkin selepas Hari Raya."

Lajim berkata, tindakan rakan-rakannya kelak meninggalkan Umno adalah sama dengan beliau iaitu enggan menerima salah guna kuasa dan penyelewengan Umno BN terhadap rakyat.

"Kami mahu kerajaan persekutuan mengambil maklum dan menyelesaikan masalah di Sabah, tetapi selepas 18 tahun banyak isu kekal tidak diselesaikan.

"Jika satu pihak gagal menyelesaikan masalah, apa yang untuk kita tunggu lagi? Oleh itu, kita beralih kepada pihak lain (Pakatan Rakyat) yang boleh membantu rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi," katanya lagi.

Selepas mengumum meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Pengerusi Umno BN Beaufort pada 29 Julai lalu, Lajim turut menubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang memfokuskan pengundi Melayu Muslim Sabah pada PRU akan datang.

25 April, 2012

Rakyat Sabah diajak turun ke Bersih 3.0


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di sini.

Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, ia merupakan himpunan lanjutan yang terpaksa diambil setelah pelbagai kaedah yang sama sebelum ini gagal diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri terutama melibatkan tanah rakyat.  

“Isu ini bukan pertama kali diketengahkan, bahkan kita juga sudah banyak menerima rungutan dan keluhan rakyat yang mengalami masalah tanah.

“Kita juga sudah membawa isu ini ke pengetahuan media dan perhatian Pejabat Ketua Menteri, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan dan perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan tidak dipedulikan malah menyulitkan lagi keadaan,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Sabah, dekat Kingfisher pagi tadi.

Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar dan bangkit dalam menuntut hak dan keadilan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya penindasan di kalangan rakyat.

“Sebagai rakyat, kita perlu sedar bahawa kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan. Seperti apa yang berlaku sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja mengelak untuk berjumpa dengan rakyat malahan melayan rakyat dengan cara yang tidak masuk akal.

“Tanah ini bukan untuk seminggu dua saja, tapi ianya digunapakai buat kepada generasi-generasi yang akan datang. Bila tanah kita ini dirampas dengan cara yang jahat, maka hak kita turut dinafikan oleh mereka.

Hisammuddin berkata, pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma terbaik dan bertindak secara adil untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

“Sudah menjadi kewajipan setiap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan cara yang bijak dan bukan dengan cara menindas golongan rakyat. Beberapa isu berkaitan perlu ditangani berkenaan seperti ketelusan dalam pemberian tanah, Tanah Hak Adat Sabah, pampasan dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau juga katanya akan memobilisasi rakyat bagi membangkitkan kesedaran untuk sama-sama turun dalam himpunan kelak yang juga turut dihadiri Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3.0  yang diadakan serentak pada hari berkenaan

23 February, 2012

Jalan utama kk/ranau ke sandakan/tawau runtuh..!


sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Berikut adalah gambar yang aku perolehi dari teman-teman FB. Jalan yang runtuh ini adalah jalan dari Ranau-Telupid. Inilah satu-satunya jalan utama untuk sampai ke Sandakan atau ke Tawau. Akibat dari rutuhan ini, pengguna jalanraya terpaksa berpatah balik ke simpang jalan ke Kota Belud-Kota Marudu-Pitas keluar ke simpang Sapi-Nangoh kalau mahu ke sandakan-tawau. Ini bermakna pengguna jalanraya terpaksa mengambil masa lebih 16jam untuk ke Tawau.

Pada aku, inilah akibatnya apabila penyelenggaran jalan raya yang teruk di Sabah. Pengguna-pengguna jalanraya sedia maklum dengan keadaan jalan raya di Sabah, malah aduan demi aduan yang dibuat seolah-olah tiada tindakan yang komprehensif dilakukan untuk mengatasi masalah kerosakan jalanraya di Sabah.




Inikah yang dikatakan kerajaan yang terbaik untuk rakyat.. Jalanraya pun tak boleh urus dengan baik, belum sebut lagi kemudahan elektrik dan air.. Jawab aku.. INI KALI LAH...

Teks Debat Antara Guan Eng dan Soi Lek di dedahkan...!!!

sumber: sahabat blog sabah media 


Pendahuluan, Lim Guan Eng:

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana menyiarkan secara langsung debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk "diperalatkan" oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!

Tema hari ini "Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum", sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang "kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya", ini adalah sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!

UMNO selalu melaung-laungkan "Ketuanan Melayu". Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan "Ketuanan Melayu", apa yang kita mahu ialah "Ketuanan Rakyat"! Anwar bukan sahaja bercakap tentang "Ketuanan Rakyat" di depan orang bukan Melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan "Ketuanan Melayu" tetapi menyokong "Ketuanan Rakyat".

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu - ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allahyarham Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.

Pihak lawan saya selalu berkata, "Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang". Ini salah sama sekali. Sebenarnya, "BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan" barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.

Soalan daripada moderator:

Moderator (Tang Ah Chai gambar kanan): Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak tahun 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?

Jawapan daripada LGE: 

Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi "negeri polisi" dan bukan negeri polis. Sekian.
Jawapan bagi Sesi Soaljawab:

LGE: Tadi itu EXCO Perak Mah Hang Soon, kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.

Soaljawab sesama lain:

CSL (gambar kiri): Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem "wang gandakan wang". Sistem ini menekankan empat aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.

Oleh itu, dalam empat tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip "wang gandakan wang" ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!

Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab & Penutup, LGE:

Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta Cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.

Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap "Tak Nak" kepada UMNO?

Kenapa harus cakap "Tak Nak" kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya "tip of the iceberg". Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira?

Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja saki baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak "buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN", rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!

Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.

*Teks ini disediakan dari pejabat Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

26 January, 2012

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR 2012

sumber: http://ikhwannain.blogspot.com 




23 JANUARI 2012. – Sebuah program Rumah Terbuka Pakatan Rakyat sempena  sambutan Tahun Baru Cina telah berlangsung di Dewan Kian Kok, Likas. Program dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Kinabalu. 

Orang ramai mula berkunjung sebelum jam 9 pagi, program turut dihadiri oleh wakil parti politik PAS, DAP, SAPP dan juga STAR. Kehadiran pengunjung dianggarkan melebihi 1000 orang. Program bukan sahaja mendapat sambutan daripada masyarakat tiong hua tetapi juga pelbagai lapisan masyarakat sabah. Dewan menjadi hangat dengan kedatangan tetamu kehormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 12.50 tengah hari yang disambut dengan persembahan tarian singa. 

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyeru agar diwujudkan kerjasama antara SAPP, STAR bersama komponen Pakatan Rakyat dalam PRU13. Ini bagi memastikan agenda menjatuh BN menjadi satu kenyataan. - Ikhwan Nain

17 January, 2012

Rakyat Sabah diajak bersama Pakatan Rakyat


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 16 Jan: Rakyat di negeri ini diajak untuk bersama Pakatan Rakyat  membina sebuah negeri dan negara yang maju, adil dan beramanah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 memandangkan Umno BN sudah tidak berdaya dan lemah dalam membangunkan nasib dan hak rakyat.
 
Ketua Penerangan, Mohd Julpikar Abd. Mijan berkata, selain kenyataan penghinaan pemimpin Umno BN terhadap Sabah sebagai deposit tetap, terdapat juga beberapa faktor yang membenarkan rakyat untuk memastikan Umno BN terutama dinegeri ini ditumbangkan.


“Rakyat Sabah perlu sedar bahawa, kekerapan beberapa kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin Umno BN yang menjadikan Sabah sebagai fixed deposit (deposit tetap) merupakan kenyataan berbaur penghinaan dan tidak layak untuk dituturkan oleh seseorang pemimpin yang memiliki jiwa dan berhati rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata, hasil bumi dan kekayaan Sabah yang tinggi berbanding di negeri-negeri lain seluruh Malaysia dan dalam masa yang sama, kadar kemiskinan rakyat Sabah yang tinggi juga menimbulkan tanda tanya mengenai pembangunan rakyat yang dibawa Umno BN negeri ini.

“Semua kita maklum bahawa, Sabah mempunyai hasil kekayaan yang tinggi. Lebih tinggi daripada mana-mana negeri yang ada di Malaysia ini.

“Tapi, apakah kita percaya bahawa Sabah juga mencatatkan kadar kemiskinan yang jauh lebih tinggi juga berbanding di negeri-negeri seluruh Malaysia. Ikut dari logik dan matematik, semakin tinggi hasil hasil dan kekayaan bumi maka semakin senanglah hidup rakyat,” kata Julpikar.

Katanya, kegagalan kerajaan negeri menguruskan masalah setinggan di negeri ini menambahkan lagi jurang pendapatan dan keselesaan yang dialami rakyat.

“Isu setinggan, sampai sekarang tidak mampu ditanggani dengan baik oleh kerajaan negeri.
“Projek-projek perumahan banyak didirikan, namun kehidupan rakyat masih dihantui kesempitan dan ketidakselesaan mengurus kehidupan,” ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa penghuni setinggan yang dipindahkan ke pusat penempatan turut dihalau keluar akibat kesempitan membayar sewa dan kemudahan infrastruktur yang lain.

“Kita (PAS) mempunyai maklumat dan bukti yang benar mengenai isu ini. Penghuni setinggan yang tidak mampu bayar sewa di penempatan baru terpaksa dihalau keluar.

“Beginikan caranya pihak kerajaan menyelesaikan masalah?” katanya dalam nada kekesalan.

Keseriusan Ahli Parlimen Sabah menyuarakan hak dan kebajikan rakyat negeri ini juga dipertikai memandangkan kegagalan mereka menyuarakan dan membangkitakan isu ini di Parlimen.

“Kita (PAS) melihat, terdapat beberapa Ahli Parlimen yang lantang menyuarakan kebenaran... yang lain hanya angguk dan geleng mengatakan ‘yes bos’.

“Sudahlah enak menikmati gaji dan elaun yang tinggi, duduk pula di kerusi-kerusi empuk dan tilam yang lembut. Tapi, amat lembap dan lemah meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

Katanya, Sabah akan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan dinaungi kerajaan adil yang beramanah sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang memimpin negeri ini dan negara secara keseluruhannya.

29 November, 2011

PAS Sabah adakan lawatan muhibbah ke negeri Pakatan Rakyat


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mengadakan lawatan kerja seminggu ke negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Lawatan yang berteraskan muhibbah dan semangat setiakawan itu akan mengadakan perbincangan dua hala mengenai tawaran Pakatan Rakyat, pilihan raya dan kerjasama ekonomi.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan berkata, PAS Sabah sedang berusaha membawa keluar rakyat di negeri itu dari kepompong kekuasaan dan kerakusan pemimpin di bawah kerajaan Barisan Nasional.

“Kita mengadakan lawatan ke negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini, bukan sahaja akan mengambil manfaat keseluruhan peluang malah akan membincangkan juga mengenai apa tawaran kita selaku parti dalam komponen Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah,” jelasnya.

Menurutnya, generasi muda pada hari ini sudah mula sedar dengan suasana perubahan yang turut dirasai oleh rakyat Sabah yang berada di semenanjung.

“Kita melihat ini merupakan mood perubahan dalam diri rakyat, terutama golongan muda.

“Mereka tidak sekadar melihat dan menonton apa yang dihidangkan... tapi apa yang mereka lakukan ialah mencari sebanyak mana sumber isu untuk dijadikan pelengkap kepada sesuatu dakwaan,”  ujarnya.

Kata Zulfikar, lawatan ini juga secara langsung akan membincangkan persediaan menghadapi pilihanraya yang akan berlaku pada bila-bila masa.

“Kesediaan pilihanraya pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat mencabar.

“Kita akan menggunakan seluruh medium penyebaran yang ada untuk menyebarkan apa sahaja maklumat yang benar mengenai Sabah dan Malaysia kepada rakyat,” katanya.

Katanya, beliau juga tidak menolak kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa pilihanraya pada kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya umum.

“Pemuda akan memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan dengan perlawanan satu lawan satu.

“Kita juga percaya, mereka tidak senang dengan kerja kita. Tapi, apa salahnya kalau kita bekerja dan bersaing secara sihat,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Sepanggar.

Lawatan yang disertai Ketua Pemuda, Lahirul Latigu bersama kepimpinan PAS Sabah itu bermula di Selangor pada 26 Nov lalu hingga 29 Nov akan turut berkunjung ke Kedah (30 Nov – 1 Dis) dan berakhir di Kelantan (2 Dis – 3 Dis).

17 November, 2011

PAS Sabah anjur Wacana Rakyat


sumber: anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 14 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) akan menganjurkan satu wacana berkonsep perundangan bagi mengetengahkan isu berkaitan perundangan Sabah dan Persekutuan.

Ketuanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata wacana tersebut yang julung kali diadakan ini bakal menyaksikan tumpuan ramai terutama rakyat Sabah dalam mengetahui perkara berbangkit sama ada berkaitan perkara 20 mahupun institusi perlembagaan negara.



Katanya, pengetahuan rakyat umum kepada aspek berkaitan perlembagaan dan enakmen negeri Sabah adalah perlu bagi memastikan setiap warga Sabah mengetahui hak dan kebajikan yang perlu dipertahankan.

“Sudah sampai masanya rakyat Sabah memahami dengan jelas apa sebenarnya perkara 20 dan apakah disebalik pembentukkan perkara berkenaan.

“Kita ingin mengajak rakyat bagi sama-sama untuk ‘celik’ undang-undang terutama berkait dengan negeri Sabah ini,” katanya semasa di temui di pejabat Pemuda PAS di sini.

Menurut Lahirul lagi, perkembangan positif untuk rakyat mengetahui mengenai perkaitan undang-undang juga mesti dipupuk dan disemai memandangkan peredaran perubahan zaman telah berlaku.

“Sudah 54 tahun negara ini mencapai kemerdekaan. Sudah banyak revolusi sistem, baik pendidikan, ekonomi, budaya dan sebagainya. Hari ini, kita ingin turut sama melihat rakyat sama-sama boleh bercakap mengenai undang-undang dan hak.

“Kita sudah tidak boleh untuk duduk sekadar hanya menerima sahaja. Rakyat boleh menyuarakan pandangan dan perbezaan pandangan bakal dilihat sebagai satu persaingan dan perkembangan positif,” ujarnya.

Beliau turut mengajak rakyat seluruhnya untuk turut sama menjayakan program tersebut. Hal ini katanya, peluang berbicara mengenainya tidak banyak yang menganjurkan, dan PAS merupakan agen utama membawa masyarakat ke arah perubahan.

“Pihak pemuda PAS mengajak seluruh rakyat yang berkelapangan untuk sama-sama mengikuti program ini,” katanya.

Wacana bertajuk “Perkara 20 dan Perlembagaan Malaysia” tersebut akan diadakan pada 19 November di Likas Square, Kota Kinabalu ini bakal menyaksikan penglibatan aktif Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang juga merupakan Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penyertaan tersebut terbuka kepada semua warga dengan bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM10 setiap seorang.

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti wacana berkenaan, bolehlah merujuk terus kepada Salman Muhammad Amin di talian 019-8963075 atau Mohd Firdaus Bin Muhammad Nor (013-5409308/ 088-430832).

25 October, 2011

Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah Cabar Musa Aman

KOTA KINABALU, 26 Okt: “Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah”. Itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

24 October, 2011

ISU RAMPASAN TANAH DI KAMPUNG-KAMPUNG SEKITAR KOTA BELUD

KG. TABURON, KOTA BELUD- Pada 23 Oktober 2011 bersamaan dengan hari Ahad yang lalu, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, DAP dan NGO telah turun bersama-sama penduduk  Kg. Taburon dalam mengadakan demonstrasi rampasan tanah. 

21 October, 2011

Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah lancar kempen


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 16 Okt:  Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) yang komited dan serius terhadap isu penjualan pulau Sabah ke pihak asing, hari ini melancarkan kempen Selamatkan Pulau-pulau Sabah.

23 September, 2011

Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 di Sabah

sumber: http://bm.harakahdaily.net
oleh: Siti Salasiah Salamun     

Pendahuluan
Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.
Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Tawaran PR
Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.
Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.

Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan ‘tandas segera’, tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

PAS mengukuh di Sabah 
Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.
20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki ‘fixed deposit’ BN ini.

Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.
Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi ‘pemanis mulut’ sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.
Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.

Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi ‘fixed deposite’ BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan “merakyatkan PAS di Sabah” telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.

Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.

Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu ‘Menegakkan Perjuangan’, ‘Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan’ yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai ‘Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia’ yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Jaringan PAS dan NGO
Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.
Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu ‘hint’ awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.

Keberkesanan pendidikan rendah PAS
Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.
Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara ‘bil hikmah’ melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.

Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.

Rintangan seteru politik
Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.

Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.
Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.

Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu ‘orang besar’ masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.

Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.

Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?

Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.

Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.

Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.
Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?

Masalah setinggan
Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan ‘zero setinggan’ walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.

Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi ‘front liner’ mempertahankan penduduk.

Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya ‘menyayangi’ mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.

Isu PATI
Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.

Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.

Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.

Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.
Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.
Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.

Penutup
 Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.

22 September, 2011

Konvensyen Pakatan Sabah : Dedahkan penyelewengan Umno - Wan Azizah

Sumber:http://masdarwahid.blogspot.com

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyeru Pakatan Rakyat Sabah bekerja keras bagi memastikan Umno Sabah tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Antara perkara penting yang perlu diusahakan ialah membongkar dan mendedahkan kepincangan dan penyelewangan pentadbiran Umno di negeri itu.

"Kita sudah lama tahu pentadbiran Umno terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah tetapi tidak semua rakyat tahu. Kita mesti rajin mendedahkannya," katanya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu 16 September lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum dari pelusuk negeri itu, hadir sama.

Wan Azizah berkata, pendedahan itu membantu rakyat memahami isu sebenar sekali gus memudahkan mereka memilih kerajaan negeri secara adil tanpa ditipu media arus perdana.

Sejak puluhan tahun Umno memerintah, katanya, kekayaan negeri hanya dirasai segelintir kecil kroni sedangkan majoriti rakyat Sabah kekal miskin.

Pada 2010, Pengarah Sektor Unit Pembangunan Manusia, Jabatan Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Emmanuel Jimenez mendedahkan Sabah adalah negeri paling miskin di Malaysia.

Pada 2009, Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi negara iaitu 6.1 peratus, lebih tinggi berbanding kadar peringkat kebangsaan iaitu 4 peratus.

Sabah dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang terpalit dengan skandal rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membisu.

SPRM ialah antara institusi kerajaan yang direformasikan Pakatan Rakyat jika gabungan itu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ia terkandung dalam Buku Jingga yang mengandungi sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, PAS dan DAP.

07 September, 2011

Rakyat Sabah Mesti Berani Ubah

sumber: sabahkita.net

KINABATANGAN ; Rakyat bukanlah kuli penguasa dalam Negara yang merdeka ini. Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti disempurnakan oleh pemimpin dan rakyat. Masing-masing berperanan mengisi kemerdekaan dan berhak mendapat pembelaan dan maklumat yang benar daripada penguasa.

“ Rakyat tidak harus terus diperbodohkan, diugut, dilemah dan diletakkan dalam kemiskinan. Kekayaan Sabah dengan hasil sawit dan balaknya, mesti dipulangkan kepada rakyat” Ucap Anwar Ibrahim di majlis Aidilfitri di perkarangan Rumah Ketua Cabang PKR Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong. Turut hadir Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah, Tamrin Jainin.

Mengulas isu tanah Sabah, Anwar melahirkan kekecewaan atas sikap penguasa yang menjadikan sijil sebagai alasan untuk menghalalkan tanah rakyat dirampas dan diserahkan kepada syarikat kroni. “ orang kampong yang meneroka, tinggal zaman berzaman dan bergantung harap kepada hasil tanah, manalah tahu undang-undang dan mampu membaiyai peguam untuk memastikan hak mereka. Itu tanggungjawab wakil rakyat untuk memastikan dan membela hak mereka. Wakil Rakyat mesti menjiwai denyut jantung rakyat” Jelas Anwar.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor khususnya telah memberikan RM100 bagi anak yang baru lahir, masuk university RM1000, meninggal dunia RM2500, air percuma dan sebagainya demi memgembalikan hak rakyat. Sabah bagi bagi air hujan percuma. Sindir Anwar disambut tepukan gemuruh lebih 500 tetamu yang hadir.

Anwar menyeru rakyat Sabah khususnya warga Kinabatangan untuk melakukan perubahan. Memastikan Pakatan Rakyat memimpin perubahan.

“ Semua yang ada mesti berperanan, terang dan jelaskan beza pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN. Buat diam-diam, apa yang diberi pemimpin BN, ambil , kerana itu hak rakyat.Apa kita nak malu dan takut kepada perompak tanah rakyat.” Seru Anwar.

“ Kita jangan jadi hamba penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kemiskinan harta kita tidak bererti kita miskin semangat untuk terus diperbodohkan, diugut dan bermacam-macam lagi penindasan. Ketuanan rakyat mesti dimartabatkan” Gesa Anwar.

Anwar turut menyandarkan harapan kepada anak muda yang menjadi sebahagian besar tetamu dalam majlis tersebut untuk melakukan perubahan.

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.