Showing posts with label Tanah. Show all posts
Showing posts with label Tanah. Show all posts

14 March, 2012

TERKINI: Himpunan '123BANGKIT' berjaya menyerah memorandum (update)


sumber: http://islamreturn.blogspot.com

Seawal pagi lagi aku dah berada di tapak perhimpunan.. badan letih sangat.. tak larat nak tulis banyak, layan gambar himpunan ini.. apa2 pun terbaik kepada penganjur himpunan..!

 6.30 pagi lagi polis sudah bersedia di tapak perhimpunan

Rakyat berkumpul sebelum bergerak ke pejabat Ketua Menteri (berlatarkan banggunan Yayasan Sabah) 
Ucapan bersemangat oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Zulfikar Abd Mijan
Blogger Monazmuslim (ketua Umum SBS Media) bersama jurugambar bebas 
 Polis mengawal lalulintas
 Pergerakan rakyat ke pejabat Ketua Menteri Sabah
Hj. Hamzah, Tim. Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah turut serta bersama rakyat
Polis membuat halangan di hadapan jalan ke banggunan Ketua Menteri
Boleh tahan jugak FRU nie.. tapi tak seganas FRU Bersih ;)
 Bila lagi nak rasa lepak sebelah pickup polis, kalau ikutkan nak ambil gambar dari dalam.. haha..
 Bersama wakil kaum Iban dari Tawau
Ketua Pemuda, Setiausaha dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah
Aku cuba upload sebanyak mungkin gambar.. tapi berukband nie lembab.. nak mudahnya bleh terus ke laman rasmi himpunan.. gambar aku jugak tu.. klik disini (http://www.facebook.com/123bangkit/photos)

Himpunan juga diadakan di Semenanjung
 Mahasiswa di Pasar Seni, Kuala Lumpur

 Mahasiswa di Ayer Keroh, Melaka

Pembetulan: Memorandum tidak diserahkan, ini adalah kerana Ketua Menteri Sabah hanya menmghantar wakil. Pihak penganjur akan mengadakan tarikh baru untuk menyerah sendiri ke tangan Ketua Menteri. BERSEDIA untuk BANGKIT 2.0

12 March, 2012

Presiden ANAK dihalang masuk Sabah

sumber: http://www.malaysiakini.com


Jika sebelum ini, pemimpin NGO dan parti polik pembangkang dilarang daripada memasuki Sarawak, kini Sabah juga mengambil tindakan yang sama.

Kali ini, giliran, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman hari ini dihalang dari memasuki Sabah, malam semalam.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Mazlan berkata sebaik sahaja mendarat di Kota Kinabalu, beliau ditahan pihak imigresen negeri itu.

NONE“Sampai di Lapangan Terbang (Antarabangsa) Kota Kinabalu, Sabah (pada jam) 8.45 malam ini (semalam). Ditahan imigresen. Tidak dibenarkan masuk di bawah Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959 oleh pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah,” tulisnya.

Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan semua yang lain dibenarkan masuk kecuali diri Mazalan sahaja yang ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.

Beliau juga dipetik oleh portal rasmi PAS itu sebagai berkata beliau akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya.

Mazlan ditemani Pegawai Khas Lajnah, Fadhil Osman, Razman Zakaria (Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra, BAPA), Kolonel (B) Nazari (Kebajikan Tentera dan Veteran Angkatan Tentera, KERABAT) dan Abd. Rahman Ramli (Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan, BANGKIT).

Beliau dijadual menyertai himpunan aman ‘123 BANGKIT’ hari ini di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO KERABAT dan BANGKIT bagi peringkat negeri Sabah.

Himpunan itu bertujuan ‘membebaskan’ rakyat daripada dibelenggu "penindasan dan penyelewengan" hak pemilikan tanah di negeri berkenaan.

Pada perhimpunan sama dua tahun lalu, penganjur mendakwa berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Menurut Mazlan, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa dirinya ditahan, pegawai Imigresen berkenaan hanya menyatakan mereka cuma menjalankan tugas.

Setelah ditahan hampir sejam, beliau diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.

13 February, 2012

Tanah adat: Kenapa perlu rampas hak anak Sabah?


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 12 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi anak negeri ke atas pemilikan tanah di Sabah.  
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan menyifatkan tafsiran yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.
 “Kita amat kesal dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah dibawah undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.
 
Menurutnya, PAS cukup sangsi dengan keupayaan beliau sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan Anak Negeri Sabah.
 
“Isu ini bukan perkara yang sepatutnya dibuat main-main oleh kerajaan. Ianya perlu dibawa ke muka pengadilan yang seadilnya bagi memastikan tanggungjawab kerajaan mempertahankan hak Anak Negeri Sabah tidak terabai dan dipandang rendah,” jelasnya.
 
PAS juga berpendirian bahawa, hak asasi Anak Negeri Sabah mesti dipertahankan dan meminta mana-mana pihak yang merampas tanah-tanah adat negeri sama ada melalui pemalsuan dokumen dan identiti diri dapat memulangkan semula hak anak negeri tersebut kepada pemiliknya.
 
“Hak Anak Negeri Sabah perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin. Ini hak kita, ini tanah kita... kenapa perlu mereka merampas hak kita?
 
“Di mana suara pemimpin-pemimpin kerajaan kita... yang selama ini merekalah mendabik dada memperjuangkan hak. Di mana mereka ketika ini?
 
“Anak-anak Negeri Sabah hidup dibelenggu ketakutan dan ancaman,” jelas Julpikar.

23 September, 2011

ISU TANAH: PAS PENSIANGAN TURUN KE MAHKAMAH

Sumber: http://paspensiangan.blogspot.com/

KENINGAU,20 SEPTEMBER 2011-Kehadiran lebih 100 orang penduduk kampung Alab Lanas Sook berkenaan tuntutan penduduk kampung di atas tanah NCR yang diceroboh Syarikat Borneo Timber. Penduduk Kampung yang majoritinya beragama kristian datang menuntut bela berkenaan kes rampasan tanah oleh syarikat kroni kerajaan itu.

Penduduk melakukan sesi ritual mereka dengan ketua mereka menikam tanah di perkarangan mahkamah dengan keris panjang sebagai satu signal kepada adat dan kepercayaan mereka. YDP Pas kawasan Pensiangan yang hadir ke mahkamah berkenaan diberikan sokongan dan tepukan kerana selama ini membantu membela nasib mereka tanpa mengira agama dan keturunan. Pas Pensiangan menghulurkan simpati dengan memberikan menaja makanan dan minuman mereka semasa berhimpun di perkarangan mahkamah.

Kes rampasan tanah ini terlalu banyak berlaku di Sabah dan di mana-mana sahaja. Apabila perasaan tamak haloba menguasai individu tertentu maka rintihan penduduk kampung dibiarkan tanpa pembelaan. Mengharapkan YB-YB UMNO/BN/PBRS jauh panggang dari api dan disifatkan "bagai kacang lupakan kulit', semasa pilihanraya mereka datang dengan muka ceria mengharap undi penduduk namun apabila penduduk dirampas tanah mereka senyap membisu.

Tahniah kepada Hisammuddin Sulaiman, yang merupakan YDP Pensiangan merangkap Presiden NGO TABAH (BELA TANAH RAKYAT SABAH) yang bertungkus lumus berkerja dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat!.

            Upacara adat, tikam tanah, seakan mahu menikam BN/UMNO/PBRS ini kali pilihanraya.

Rumainid yang akan dibaca pertuduhan ke atas beliau ini kerana menghalang jentolak yang mahu rampas tanah.

                             Hisammuddin memberi bantuan semampu mungkin.Pas GANTI PBRS!

Orang kampung,panas dihati seterik mentari namun berehat jua sekajap di bawah rimbunan pokok di perkarangan mahkamah.

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.