07 November, 2010

Memuntahkan Emosi dengan Rasional.

Share

sumber: http://yuyushira.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim,

Semoga penulisan ini bebas dari sebarang emosi dan halusinasi.
Seorang pelajar memuntahkan kemarahannya kerana memikirkan dirinya ditinggalkan rakan akibat lambat, didenda rentetan tidak menyiapkan kerja rumah, diejek kerana memakai baju yang koyak. Lantas si pelajar beraksi memukul, melawan, memaki, membuli, ponteng, merajuk, mengumpat.

Tapi kemarahan itu hanya seketika. Jika ketika marah kita boleh berfikir, mengapa tidak bersabar dulu sebelum bertindak? Mengapa kita marah? Kita sering marah kerana kita merasakan kita tidak dihormati, kita tidak dilayan seperti sepatutnya, kita merasakan diri kita diabaikan, kita merasakan bahawa arahan kita tidak diikuti atau kita merasakan orang tidak melakukan perkara yang sepatutnya seperti yang diharapkan.

Mengapa orang tidak melakukan seperti yang kita mahukan? Adakah silap kita sendiri kerana kita tidak menjelaskan apakah yang dikehendaki oleh diri kita?
Sekadar contoh, dalam konteks daie(pendakwah) kepada mad'u(orang yang didakwah). Kita sering berfikir muslimah perlu menutup auratnya dengan rapi, pasangan bercinta perlu menumpukan cinta kepada Allah rasul dan ibubapa terlebih dahulu, anak-anak perlu berbakti kepada ibubapa, yang muda perlu hormat pada yang tua. Kita mahu mereka melakukan yang baik dalam kehidupan mereka. Persoalan adakah kita telah memaklumkan apa yang kita kehendaki? Adakah kita telah mengajar dan memaklumkan peraturan yang perlu dilakukan oleh mereka? Jika telah memaklumkan pun berapa kali pula kita saling mengingati dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka?

Kemarahan perlu kepada kawalan diri kerana kemarahan yang tidak terkawal akan menyebabkan kerugian pada diri sendiri. Mungkin kita terlalu marah pada suatu ketika tetapi apabila masa berlalu mungkin kemarahan telah lenyap dan pada ketika itu kita begitu sukar untuk membetulkan kesan daripada kemarahan yang telah kita lakukan.
Oleh sebab itu kita perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa kita perlu marah? Apakah dengan kemarahan itu akan menyelesaikan segala masalah yang sedang kita hadapi? Jika dengan kemarahan itu akan menyelesaikan masalah, maka kita perlu marah. Dan jika sebaliknya kita perlu mencari langkah-langkah penyelesaian yang lain bagi mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.

Penyesalan suatu yang sering dialami bagi mereka yang tiada kesabaran, kesabaran suatu yang perlu dibina didalam diri dengan mengingati Allah swt. Sekiranya kita marah kerana tidak dihormati maka kita perlu merasakan betapa kita sering tidak mengutamakan Allah swt didalam kehidupan kita. Sekiranya kita marah kerana tidak di puji, bukankah pujian itu sebenarnya milik Allah swt dan kita tidak ada kelebihan di sisi Allah swt. Sekiranya kita marah kerana orang tidak mengendahkan arahan kita mungkin kita perlu berfikir alangkah baiknya sekiranya Allah swt akan mengampunkan segala dosa-dosa kita kerana kita bersedia untuk memaafkan orang lain didalam kehidupan kita. Hanya dengan kembali kepada Allah swt segala yang sukar menjadi senang, segala kesombongan akan hilang, segala kepahitan akan menjadi manis dan segala kegagalan digantikan dengan kemanisan. Semua yang berlaku adalah didalam ketentuan Allah swt, kita hanya berusaha dan keputusan adalah milik Allah swt untuk menguji sejauh mana kita benar-benar berharap kepada Allah dan percaya Alah swt melihat apa yang kita lakukan dengan sebaik mungkin.
Wallahu 'alam..

sumber bacaan dan diedit oleh empunya blog.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.