sumber: http://monazmuslim.blogspot.com
Penulis pernah tanya dengan seorang sahabat lulusan Azhar Mesir tentang bahaya menyokong atau bersama dengan golongan munafiq kabir UMNO. Lalu dia menegaskan bukan saja tak boleh berkawan dengan golongan itu, malah berdiri dekat kubur mereka pun tak boleh sebab dibimbangi pada bila-bila masa saja Allah boleh turunkan bala' atas kubur musuh Islam itu, seperti panahan petir dan seumpamanya.
Kejadian ribut secara tiba-tiba yang melanda Port Dickson ketika Najib Rosmah berada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) baru-baru ini merupakan bala' yang Allah turunkan sebagai amaran kepada pasangan iblis No.1 negara itu dan kuncu-kuncunya, juga pada kita semua agar jangan bersama atau menyokong golongan pemimpin zalim dan jahat.
Penulis bersimpati atas kerosakan harta-benda seperti kenderaan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis perbarisan tamat latihan hari itu termasuk milik ahli keluarga para pelatih tentera yang hadir untuk meraikan hari tamat latihan mereka.
Sebagai Muslim, tentunya kita mengimani bahawa segala kejadian yang berlaku adalah di dalam genggaman Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Hanya orang yang tidak beriman saja beranggapan kejadian ribut yang melanda itu hanyalah fenomena alam saja.
Jangan kita lupa kejadian tsunami besar yang melanda Acheh pada 2002 yang meragut lebih 200 ribu nyawa penduduk Acheh dan kemusnahan teruk harta-benda. Dalam kejadian ombak setinggi lebih seratus kaki yang menghempas pantai Acheh dan meranapkan segala bengunan, rumah dan kenderaan serta meragut nyawa ratusan ribu, namun Masjid Baitul Rahman terus berdiri megah tanpa sebarang kerosakan sedangakan bangunan di sekelilingnya musnah sama-sekali.
Beringatlah, ketika Allah menurunkan bala'-Nya ekoran perbuatan zalim dan maksiat segolongan manusia, nescaya bala' itu akan menimpa semua pihak tanpa mengira yang mana baik ataupun jahat. Bagi golongan yang beriman, bala' yang ditimpa ke atasnya adalah sebagai ujian, penghapus dosa atau peningkatan darjat keimanan. Manakala bagi golongan jahat dan zalim pula, ianya sebagai amaran bagi yang mahu berfikir. Bagi yang tidak mahu berfikir, ia sebagai balasan tunai atas perbuatan mereka sebelum menerima azab di Akhirat kelak.
Dan apabila rakyat sesebuah negara terus memberi mandat kepada golongan jahat dan zalim sebagai pemerintah, nescaya Allah SWT akan menarik balik segala keberkatan bagi negara itu dan menggantikannya dengan pelbagai bala' bencana atasnya.
Lihat saja apa yang telah dan sedang melanda Malaysia hari ini.
Setelah apa yang berlaku di PD itu, penulis nasihatkan agar jangan sekali-kali hadir di mana-mana program Najib Rosmah.
Berubahlah dalam PRU13.
1 ulasan:
golongan munafiq kabir UMNO (tak boleh berkawan dengan golongan itu, malah berdiri dekat kubur mereka pun tak boleh)
Masyallah.. sampai begitu sekali fatwa untuk sesama Islam (yang mengucapkan syahadah yang sama) hanya kerana POLITIK dunia. Tetapi sanggup pula sehati sejiwa dengan kafir (baca DAP) terang-terangan golongan yang lebih ramai membenci Islam.
Ya Allah, selamatkan lah jiwa2 kami supaya bersatu demi Islam, bukan dengan pemikiran sempit jumud sebegini.
Post a Comment