Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

20 February, 2013

Rakyat Gesa Banner "Terima Kasih" Milik BN Di Masjid Negeri Sabah Ditanggalkan

Rakyat Muslim sekitar Kota Kinabalu khususnya Sembulan baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabila melihat Masjid Negeri Sabah (MNS) yang merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan masyarakat untuk menunaikan ibadah kini semakin kelihatan dipengaruhi oleh anasir parti-parti politik.


Banner milik Barisan Nasional yang digantung di pagar Masjid Negeri Sabah

Hal ini berikutan adanya banner yang tertulis "Terima Kasih, Ini Kali Lah Tolak Pembangkang" mencetuskan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya ahli jemaah masjid. Tindakan ini menggambarkan bahawa parti komponen Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya menggunakan fasiliti kawasan Masjid Negeri Sabah sebagai cara mudah bagi mendapatkan sokongan politik.

Bukan setakat itu, beberapa pihak juga berpendapat bahawa tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan dan akan mencemarkan institusi Masjid Negeri Sabah (MNS) yang sememangnya menjadi tempat tumpuan kuliyyah ilmu. 

Susulan tindakan ini, masyarakat Muslim Kota Kinabalu memberi tindakbalas dengan membina satu page "Ratusan Rakyat Tolak Banner Terima Kasih BN  Di Pagar Masjid Negeri Sabah" di laman sosial Facebook bagi mendesak pihak pengurusan MNS untuk menanggalkan banner tersebut secepat mungkin. Tindakan desakan ini dijangkakan lebih agresif jika tidak diendahkan oleh pihak yang berwajib. Link page tersebut boleh dicapai pada alamat https://www.facebook.com/pages/Ratusan-Rakyat-Tolak-Banner-Terima-Kasih-BN-di-Pagar-Masjid-Negeri-Sabah/480548895325784 


Paparan Page di Facebook 

Bagi meredakan kemarahan masyarakat Muslim, dicadangkan agar pihak pengurusan Masjid Negeri Sabah (MNS) lebih teliti dan hanya membenarkan banner kuliyyah ilmu dan berunsurkan kepada aktiviti-aktiviti Islami sahaja digantung di pagar masjid untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. -SBS Media-



04 October, 2011

Separuh Rakyat Malaysia Keturunan Penzina??

Sumber: HarakahDaily.Net.

Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap kebobrokan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan. Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya.

8 'C' Lelaki Tidak Suka Dengan Perempuan.

Sumber: http://www.azizullemin.com/


CABAR

Lelaki itu punyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka @ pantang dicabar terutamanya oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak berasa tercabar. Contohnya jika wanita ini bergaduh dengan lelaki dan mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!". Kalau betul si lelaki mencari perempaun lain, wanita itu juga yang putih mata. Menangis tak berlagu nanti. So hati2 dengan kata2 anda itu.Lelaki itu punyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka @ pantang dicabar terutamanya oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak berasa tercabar. Contohnya jika wanita ini bergaduh dengan lelaki dan mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!". Kalau betul si lelaki mencari perempaun lain, wanita itu juga yang putih mata. Menangis tak berlagu nanti. So hati2 dengan kata2 anda itu.

23 May, 2011

28/5/2011 MARI TENTUKAN KIBLAT KITA

sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com

بسم الله الرحمن الرحيم

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).



Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…


Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.



Ihsan Falak Online


Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.

Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.

Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.

Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.

Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. ( Rujuk gambar di atas )

Tandakan arah qiblat.

Selepas.

Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.

Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat http://www.blogger.com/img/blank.gifbuat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

WAllahu Ta’ala A’lam

29 March, 2011

Tubuh Seorang Perokok

sumber: http://albelurani.blogspot.com

Bismillah...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Kepada perokok tegar atau yang kurang tegar atau yang cuba - cuba mentegarkan diri. Lihatlah tubuh anda yang sebenar.

Mungkin anda merasa nikmat dengan rokok tapi hakikatnya anda telah membunuh rakyat dan saudara seIslam kita di bumi Palestin. Maaf, mungkin kata - kata ini menyakitkan hati anda sebagai perokok tapi itulah hakikatnya.

Rokok antara penyumbang terbesar kepada Israel laknatullah, tidak mustahil rokok yang berharga RM8 lebih itu anda sumbangkan untuk negara Yahudi itu dalam rangka mereka menghancurkan umat Islam.

Fikir dan bermuhasabah untuk sedia berubah.

14 February, 2011

Surat Bantahan 'Program Hari Valentine'

sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.


Berikut adalah isi kandungan surat bantahan tersebut :


Bantahan kami ini adalah bersandarkan atas beberapa faktor berikut :

Untuk mengelakkan berlakunya budaya sosial di dalam Politeknik Kota Kinabalu terutamanya mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Kota Kinabalu.

Untuk menjaga aqidah mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Kota Kinabalu daripada menyeleweng.

Untuk mengelakkan pembiakkan cinta berdasarkan naluri nafsu antara lelaki dan perempuan, seterusnya akan medorong kepada berbual melalui telefon, dating, pergaulan bebas dan akhirnya boleh membawa kepada melakukan zina. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada struktur sosial masyarakat politeknik khususnya.

Bertentangan dengan visi Politeknik Kota Kinabalu dimana visi tersebut adalah ` Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015 `.

Berikut disertakan e-Fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia berkenaan Hukum Menyambut Hari Valentine.


Saya berharap muslimin dan muslimat mendoakan kejayaan kami untuk menghantar surat bantahan ini.

Wallahu'alam.

Oleh :

AL MUTAHHARA KAMARUDDIN,
Yang Di Pertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Politeknik Kota Kinabalu,
Sabah.

30 December, 2010

Futsal persahabatan antara DPP Sepangar dan Belia Ble'rong

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

26hb Dis: Bertempat di Gelanggang Futsal Tuaran, baru-baru ini telah diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara DPP Sepangar dengan pasukan futsal belia Ble'rong Karambunai. Perlawanan persahabatan ini merupakan retetan daripada aktiviti kemasyarakatan yang telah diadakan di kampung berkenaan baru-baru ini.

Seramai lebih 20 belia Ble'rong telah menyahut cabaran untuk beraksi di gelanggang futsal. Program yang pertama kali diadakan ini adalah bertujuan merapatkan ukhwah antara pemuda PAS kawasan dengan golongan belia di kawasan Sepangar.

Perlawanan antara DPP (merah) dan Ble'rong (kuning)

Pasukan Ble'rong menguasai perlawanan namun keputusan perlawanan 2-2

Semangat kesukanan dan persahahabatan yang ditunjukkan pada perlawanan tersebut telah membuktikan bahawa keakraban serta setiakawan merupakan asas kepada kerjasama berpasukan. Saifuddin Samsuddin dalam ucapan beliau berkata kerjasama antara DPP Sepangar dan belia tempatan ini merupakan satu usaha yang amat terpuji bagi mengeratkan ukhwah, malah perlawanan persahabatan seperti ini akan sentiasa di adakan pada masa-masa akan datang.

Ucapan ringkas dari wakil DPP Sepangar

Penyampaian hamper kepada pasukan belia Ble'rong

Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai

06 December, 2010

Sinopsis Hilal Muharam 1432 Hijriah

sumber: http://albelurani.blogspot.com

Bismillah...


Hari ini 29 Zulhijjah 1431 H bersamaan 06 Disember 2010 merupakan hari terakhir kita berada di tahun 1431H. InsyaAllah petang ini, masuknya waktu maghrib maka bermulanya tahun baru hijriah 1432.

Bacaan doa akhir tahun dan awal tahun akan dilaksanakan pada petang ini oleh seluruh umat Islam. Di samping dengan beberapa program yang telah di atur samada pihak masjid ataupun pihak kerajaan di seluruh negeri di Malaysia. Semata - mata mengharapkan keredaan dan rahmat Allah SWT.

Lazimnya, saya bersama anggota Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah yang diketuai Pemangku Timbalan Mufti Negeri Sabah serta anggota teknikal seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah dan Unit Sains & Teknologi mengadakan cerapan Hilal Muharam 1432H. Bertempat di Balai Cerap Al-Biruni, Tg. Dumpil, Putatan, Sabah.

Jika tahun lepas kami menerima tetamu rombongan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur namun tahun ini dan sehingga kini belum ada lagi tetamu yang turut serta.

Hilal Muharam 1432H yang bekal dicerap petang ini berdasarkan data cerapan adalah berkemungkinan besar kelihatan dengan umurnya mencecah 16 jam, ketinggiannya lebih daripada 2 darjah serta jarak lengkungnya juga melebihi 2 darjah.

Bersama ini disertakan Sinopsis Hilal Muharam 1432 H di Balai Cerap Al-Biruni :


Faktor kenampakkan hilal juga bergantung dengan keadaan cuaca. InsyaAllah mudah - mudahan cuaca pada petang ini baik tidak berawan dan tidak hujan.


Keadaan Ufuk Barat berdasarkan azimut hilal bekal dicerap petang ni sekitar jam 11 pagi...

Akhirnya, albelurani mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, semoga kehidupan kita lebih bermakna dengan penambahan TAQWA dan IMAN bagi meraih KEBAHAGIAN di akhirat yang kekal abadi.

" SATU AQIDAH SATU UMMAH "

30 June, 2010

Klinik Falak

sumber: http://albelurani.blogspot.com

Bismillah...

 
Perasmian pameran dan ekspo jualan pagi tadi

Hari ini bermulalah pameran dan ekspo sempena majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan di Wisma MUIS, Kota Kinabalu Sabah. Pameran dan Ekspo ini telah dirasmikan pagi tadi oleh YB Datuk Hj. Nasir Tun Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri. Bermula pada hari ini 29 Jun 2010 dan berakhir pada 03 Julai 2010.

Pejabat Mufti Negeri Sabah turut serta pada pameran kali ini. Kami menyediakan perkhidmatan KLINIK FALAK. Melalui klinik tersebut anda akan mengetahui tarikh lahir anda pada bulan hijriah berserta hari anda lahir dan umur anda serta bilangan hari anda hidup dimuka bumi Allah SWT. Selain itu, anda juga akan mengetahui kaedah penentuan arah kiblat dan taqwim waktu solat.

Terdapat 2 klinik pada pameran ini iaitu kilinik falak dan klinik qiraah. Klinik qiraah ini dikendalikan oleh Ma'ahad Tahfiz Sabah di mana anda boleh diuji dan disemak pembacaan al-fatihah anda.

Di booth Pejabat Mufti Negeri Sabah juga anda akan diberi penerangan tentang fatwa dan bermacam - macam lagi. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini dan jika anda datang berziarah jangan lupa berkunjung ke booth pameran kami. AHLAN WA SAHLAN.

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.