Showing posts with label Putatan. Show all posts
Showing posts with label Putatan. Show all posts

20 February, 2013

Rakyat Gesa Banner "Terima Kasih" Milik BN Di Masjid Negeri Sabah Ditanggalkan

Rakyat Muslim sekitar Kota Kinabalu khususnya Sembulan baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabila melihat Masjid Negeri Sabah (MNS) yang merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan masyarakat untuk menunaikan ibadah kini semakin kelihatan dipengaruhi oleh anasir parti-parti politik.


Banner milik Barisan Nasional yang digantung di pagar Masjid Negeri Sabah

Hal ini berikutan adanya banner yang tertulis "Terima Kasih, Ini Kali Lah Tolak Pembangkang" mencetuskan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya ahli jemaah masjid. Tindakan ini menggambarkan bahawa parti komponen Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya menggunakan fasiliti kawasan Masjid Negeri Sabah sebagai cara mudah bagi mendapatkan sokongan politik.

Bukan setakat itu, beberapa pihak juga berpendapat bahawa tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan dan akan mencemarkan institusi Masjid Negeri Sabah (MNS) yang sememangnya menjadi tempat tumpuan kuliyyah ilmu. 

Susulan tindakan ini, masyarakat Muslim Kota Kinabalu memberi tindakbalas dengan membina satu page "Ratusan Rakyat Tolak Banner Terima Kasih BN  Di Pagar Masjid Negeri Sabah" di laman sosial Facebook bagi mendesak pihak pengurusan MNS untuk menanggalkan banner tersebut secepat mungkin. Tindakan desakan ini dijangkakan lebih agresif jika tidak diendahkan oleh pihak yang berwajib. Link page tersebut boleh dicapai pada alamat https://www.facebook.com/pages/Ratusan-Rakyat-Tolak-Banner-Terima-Kasih-BN-di-Pagar-Masjid-Negeri-Sabah/480548895325784 


Paparan Page di Facebook 

Bagi meredakan kemarahan masyarakat Muslim, dicadangkan agar pihak pengurusan Masjid Negeri Sabah (MNS) lebih teliti dan hanya membenarkan banner kuliyyah ilmu dan berunsurkan kepada aktiviti-aktiviti Islami sahaja digantung di pagar masjid untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. -SBS Media-



17 February, 2013

PAS Perkukuhkan Kedudukan Di DUN Tanjung Aru

PAS Kawasan Putatan kini mengorak setapak lagi memperkukuhkan kedudukannya di kawasan DUN Tanjung Aru dalam Parlimen Putatan dengan penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya baru-baru ini.

Penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya pada kali ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh barisan pimpinan tertinggi PAS iaitu Datuk Paduka Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAS yang juga merangkap Exco Kerajaan Negeri Kelantan,  Tuan Haji Aminuddin Aling yang merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Haji Ag Laiman selaku Setiausaha PAS Sabah bersama beberapa pimpinan PAS Kawasan Putatan. 

Dalam majlis penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya tersebut, beberapa pimpinan PAS termasuk Datuk Paduka Hj Husam telah memberikan sedikit ucapan dan pemberian sumbangan beras kepada masyarakat.

Penyerahan borang keahlian bagi PAS Cawangan Pulau Gaya

Pimpinan PAS meredah lautan menuju ke Pulau Gaya


Ahli PAS Cawangan Pulau Gaya bergambar bersama pimpinan PAS 

PAS yang kini menjadi parti Pakatan Rakyat yang dominan di DUN Tanjung Aru kini diterima masyarakat dan hasil program PAS bertemu pengundi cina di sekitar DUN pada Tahun Baru Cina yang lepas menunjukkan rata-rata penduduk dari kaum tersebut kini gembira dengan kehadiran PAS yang juga popular melalui sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang meliputi kaum cina dan India. 

SBS Media melakukan tinjauan rawak ke beberapa lokasi di sekitar Tanjung Aru bagi mendapatkan respon pengundi cina dan hasilnya, SBS Media mendapati mereka berharap agar PRU-13 akan menyaksikan PAS mewakili PR menentang BN dalam perlawanan satu lawan satu di kawasan mereka.

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.