Showing posts with label PASTI. Show all posts
Showing posts with label PASTI. Show all posts
31 October, 2011
Aisyah Mahfuzah dan Nur Nassahel dianugerah pelajar terbaik Ibnu Sina Konvokesyen PASTI Kota Kinabalu
KOTA KINABALU, 31 Okt: Aisyah Mahfuzah Bachotang dan Nur Nassahel Hassan telah dianugerahkan pelajar terbaik (Ibnu Sina) 2011 sempena Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Kota Kinabalu kali ke-21 yang diadakan di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Ahad lalu.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Hishammudin Sulaiman. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa anak-anak yang dilahirkan perlu diberikan pendidikan sempurna termasuk menyematkan asas agama.
“Anak-anak ini, jika kita asuh dengan baik maka jadi baik. Agama dalam diri anak-anak perlu disematkan supaya menjadi benteng kepada musuh-musuh akhlak dan peribadi.
“Amat malang sekiranya anak-anak ini dibiarkan tanpa asas agama yang kuat yang akhirnya menjadi mangsa keadaan pada kemudian hari.” katanya.
Seramai 253 pelajar daripada 16 buah PASTI kawasan Kota Kinabalu yang mengambil bahagian telah menerima sijil konvokesyen masing-masing yang disampaikan oleh Hishammudin Sulaiman. Konvokesyen itu yang menampilkan ucapan wakil pelajar oleh Aiman Hakim Suparlan dari PASTI Al-Amal, Likas turut diserikan dengan persembahan nasyid dan pengenalan pengajaran al-Quran menerusi teknik Al-Baghdadi oleh pelajar PASTI Puterajaya dan PASTI Al-Amal.
Turut hadir sempena konvokesyen tersebut ialah Pengarah 1 PASTI zon Pantai Barat, Muhammad Shuaib; Naib Ketua Muslimat PAS Sabah, Faizah Antong; Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Sepanggar, Nazri Sulaiman; Pengarah Konvokesyen, Abdul Fakar Shaari dan para ibu bapa pelajar.
02 October, 2011
24 May, 2011
MPS ANTI ISLAM?
sumber: http://sabahkini.net
27 April, 2011
Kurus - Kurus VS Boroi - Boroi
sumber: http://albelurani.blogspot.com
Bismillah...Masih lagi bercerita mengenai Hari Keluarga PASTI 2011 di Tg. Aru ahad lepas. Antara aktiviti bagi kaum bapa ialah perlawanan bola sepak pantai. Sesungguhnya saya tidak bersedia mengikuti sebarang aktiviti malah saya hanya mengetahui aktiviti - aktiviti selain mewarna untuk anak - anak setelah saya hadir ke sana.
Namun, sudah agak lama saya tidak bermain bola dan memang minat dengan bola sepak saya tidak memikir panjang menyertai aktiviti kali ini walaupun hanya berseluar slaid bukan seluar sukan.
2 pasukan dan satu pasukan disertai tujuh orang. Yang dahsyatnya, 2 pasukan ini dinamakan pasukan kurus - kurus melawan pasukan boroi - boroi... waduh. Walau saya ditempatkan dipasukan boroi - boroi kami tetap menang setelah menewaskan pasukan kurus - kurus dengan jaringan 2 - 1.
Alhamdulillah meriah dan menyegarkan dengan aktiviti - aktiviti bermanfaat walaupun hanya masa yang singkat.
25 April, 2011
Hari Keluarga PASTI 2011 (1)
sumber: http://albelurani.blogspot.com
Bismillah...Hari ini 24 April 2011 telah diadakan Hari Keluarga Pasti 2011 yang melibatkan PASTI seluruh kawasan Putatan. Majlis ini berlangsung di Tg. Aru Beach bersebelahan dengan Restoran Rohayu dan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga PASTI seluruh Putatan bersama dengan ahli keluarga masing - masing.
Berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya :
1. Mewarna untuk kanak - kanak
2. Masakan tersedap
3. Pecah belon
4. Cabutan bertuah
5. Bola sepak pantai 7 sebelah
6. Kanak - kanak berhias
Majlis diatur sederhana tetapi cukup meriah. Jika sebelum ini kehadiran saya dalam majlis - majlis berkaitan PASTI hanya sebagai menyumbangkan tenaga untuk sedikit amanah yang diberikan tetapi kali ini kehadiran saya disebabkan anak sulung saya merupakan pelajar PASTI bermula tahun ini dan yang telah menjadi kanak - kanak PASTI.
Tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa di atas usaha ini semoga Allah memberikan kebaikan kepada antum sekalian.
09 April, 2010
Sukaneka PASTI Zon Sandakan Ke 10 Gamit Kemeriahan
Sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/
SANDAKAN : Setelah sekian lama, padang majlis Bandaran Sandakan menjadi medan anak-anak PASTI Zon Sandakan menampilkan bakat dan keupayaan mereka dalam bidang sukan, kini Komplek Sukan Sandakan menjadikan sukaneka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.Kompleks Sukan Sandakan dipenuhi dengan pelajar PASTI, ibubapa dan para penjual yang menyertai dan menyaksikan sukaneka PASTI yang melibatkan 13 buah PASTI dari Sandakan dan Kinabatangan. Berbagai acara telah diatur oleh pihak penganjur yang melibatkan penyertaan pelajar PASTI, ibubapa dan orang ramai. 7 tahun ke atas disediakan pertandingan melukis dan mewarna, manakala untuk golongan dewasa pula mereka dilibatkan dalam pertandingan menganyam ketupat, menendang bola menggunakan tumit, menimbang takraw dan pertandingan tarik tali.
Pertandingan tarik tali dewasa telah dimenangi oleh pasukan ibubapa PASTI Darul Ulum, Kinabatangan manakala pelajar PASTI Darul Ulum muncul naib johan pertandingan tarik tali setelah tewas kepada PASTI Saidina Osman.Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan pesuruhjaya PAS Sabah ketika merasmikan sukaneka PASTI Sandakan ke 10 mengucapkan terima kasih atas sokongan ibubapa yang sanggup hadir atas usaha sendiri untuk menjayakan sukaneka PASTI kali ini.
Menurut beliau lagi, sukaneka dan PASTI itu sendiri telah berjaya menyatukan pelajar dan ibubapa sekalipun berbeza latar belakang, sosial ekonomi, politik dan sebagainya.
" Program sukan yang mengutamakan budaya Islam patut diterapkan sejak rebun(kanak-kanak pra sekolah) lagi bagi membuktikan Islam agama yang lengkap dan menyeluruh. Penekanan dan pembudayaan diharapkan akan terbawa-bawa hingga ke sekolah rendah ".
Sementara itu sdr Haris Bahar selaku Pengarah Program mengharapkan sukeneka ini akan dapat mengukuhkan ukhwwah dan jalinan saliturrahim yang erat antara seluruh warga PASTI. Program ini juga diharapkan dapat dimunafaatkan demi menjana kualiti diri anak-anak PASTI.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.













