sumber: http://monazmuslim.blogspot.com
Selepas menggelabah dengan kebangkitan rakyat pada Bersih 2.0 9 Julai lalu serta layanan 'baik' Polis terhadap peserta himpunan, kini pentadbiran Najib Altantuya melalui penasihat Yahudi APCO cuba memainkan semula isu Wahabi bagi mengaitkan beberapa individu yang dilihat condong kepada PR. Walau isu terroris yang cuba dikaitkan dengan Wahabi, namun ianya hanya gimik bagi 'menutup mulut' bekas Mufti Perlis yang sejak kebelakangan ini kerap melontarkan pandangan sinis terhadap pentadbiran Najib.Kita kena faham, UMNO memang memusuhi Islam sejak dari awal penubuhannya. Tertubuhnya UMNO adalah hasil rancangan jahat penjajah Inggeris yang ada agenda tersendiri di sebalik kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Ringkasnya, UMNO merupakan anak-didik penjajah Inggeris yang hanya meneruskan saja dasar pemerintahan sekular dalam negara hingga ke hari ini.
Yang pasti UMNO sanggup melakukan apa saja bagi menghalang gerakan Islam tanahair daripada menjadi pemerintah. Tindakan ini merupakan kesinambungan daripada apa yang dirancang oleh penjajah Inggeris melalui draf perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid.
Liciknya pihak musuh Islam dalam merencana agenda jangka panjang bagi memastikan Islam terus ditekan dengan cara terancang serta halus.
Jahatnya UMNO dalam memerangi gerakan Islam memang tak boleh disorok lagi. Sejarah pembunuhan pimpinan, ulama' dan aktivis PAS telah bermula sejak dulu lagi. Antaranya;
1- Pembunuhan pertama yang melibatkan pimpinan PAS berlaku pada tahun 1959 bila Ketua Pemuda PAS Tanah Melayu ketika itu, Abdul Samad Gul Ahmad telah dikapak di kepalanya oleh individu yang tidak dikenali sewaktu mahu masuk ke keretanya.
2- Konspirasi membunuh Prof Ustaz Zulkifli Muhammad. Pada 6 Mei 1964, semasa dalam perjalanan pulang dari Bachok Kelantan ke rumah ayahnya ke Kuala Kangsar, Ustaz Zulkifle Muhammad berada di dalam kereta jenis Fiat bernombor JB 9977. Kira-kira jam 7.00 malam, sesampainya di suatu jalan sempit, batu 4½ , Jalan Kuantan Pahang, keretanya telah berlanggar dengan sebuah Land Rover yang datang dari arah depan. Isterinya meninggal serta-merta di ribanya, manakala beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
3- Pada 18 Januari 1985, tercetusnya ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi PRK Parlimen Padang Terap. Dalam kejadian itu, dikatakan lebih 200 ahli UMNO telah menyerang petugas pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia pada keesokan harinya.
4- 19 November 1985, berlaku peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali oleh Kerajaan UMNO BN dengan mengerahkan kira-kira 4,000 anggota Polis bersenjata M-16 dan kereta perisai. Dalam kejadian yang menyayat hati itu, pihak Polis secara biadap telah menembak dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya serta mencederakan 8 yang lain. Yang ditahan seramai 161 orang termasuk kanak-kanak.
Selain pimpinan dan aktivis PAS yang dizalimi dan dibunuh, Anwar Ibrahim turut menjadi mangsa kerakusan kuasa pimpinan UMNO. Pada 20 September 1998, cubaan membunuh Anwar telah dilakukan oleh KPN masa tu, Rahim Nor. Anwar dibelasah teruk hingga berlumuran darah, mata lebam dan cedera teruk pada tulang belakangnya. Pihak Suruhanjaya Bebas yang menyiasat kes mata lebam itu telah mengesahkan bahawa memang ada cubaan untuk membunuh Anwar.
Lantaran dosa-dosa besarnya terhadap Islam, jenayah bunuh, rasuah, penyelewengan, fitnah jahat terhadap PR dan pimpinannya serta menzalimi rakyat, kini UMNO semakin panas dan begitu terdesak bagi menghadapi PRU13.
Justeru, bagi meraih kembali sokongan orang Melayu, maka ditimbulkan semula isu Wahabi dan teroris. Tujuannya, mahu menimbulkan keresahan di hati rakyat, khususnya ahli UMNO yang bebal hingga terlupa pada isu sebenar seperti kezaliman Polis dalam Bersih 2.0 hingga menyebabkan kematian, penyelewengan ratusan juta wang rakyat dalam skandal pembelian 2 buah kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya, kenaikan harga minyak dan barangan, kenaikan tarif letrik, lesapnya RM52 bilion saham Bumiputera daripada jumlah RM54 bilion yang diperuntukkan, kerugian dan penyelewengan yang berlaku dalam Felda dan Felcra dan lain-lain isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat jelata.
Bagi penulis, UMNO merupakan musuh No.1 kepada Islam itu sendiri. Segala tindak-tanduk parti MUNAFIQ KABIR itu dah tak boleh disorok lagi. Malah orang bukan Islam sendiri turut sedar siapa UMNO sebenarnya. Hakikat kemunafiqan UMNO itu diakui sendiri oleh seorang lelaki Hindu yang penulis temui semasa himpunan Bersih 2.0 lalu.
Secara jujur lelaki itu bagitau "UMNO memang jahatlah. Bila terdesak, mereka mainkan isu agama. Tapi bila dah kuat, mereka tendang agama. Tengoklah apa mereka buat pada kerajaan PAS Kelantan...."
Penulis merayu kepada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan UMNO sementara masih ada hayat. Rayuan ini dibuat atas tanggungjawab penulis sebagai seorang Muslim. Jika mati dalam UMNO, nescaya Neraka adalah tempat kembali. Ini bukan soal main-main tapi melibatkan soal 'Aqidah umat Islam.
Apakah balasan orang yang menyokong pemimpin yang sesat dan jahat? Sila renungkanlah Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud;
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
Salam pagi Jumaat
0 ulasan:
Post a Comment