27 April, 2011

"Telingak-Telingak & Jalan-Jalan"

Share
sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com



Salam alayk. Situasi peperiksaan yang melanda di kampus-kampus seluruh Malaysia sekarang ini menyebabkan keghairahan para mahasiswa untuk menjadi lebih "ulat buku" daripada biasa biarpun dalam pecutan yang terakhir.


Sibuk mencari nota-nota yang diperlukan dan kertas-kertas soalan exam yang lepas-lepas, membuat latih tubi, merapatkan ukhuwwah dengan pensyarah, membuat study group serta melebihkan masa berada di dalam bilik-bilik kolej kediaman adalah diantara taktik hasil daripada perancangan strategi untuk memburu "kemenangan" di dalam peperiksaan.


Tidak dinafikan juga "sindrom" seperti ini telah melanda anak-anak usrah penulis. Melihat gelagat mereka yang juga mempunyai kelainan daripada biasa dengan sibuk ber"puasa" facebook, blog, aktiviti TJ (tarbiyyah jasadiyyah) dan yahoo messenger. Namun alhamduliLlah, liqa al-mathurat group muslimin yang diadakan dua kali setiap hari selepas solat Subuh dan Asar seperti biasa masih dalam keadaan yang konsisten dengan bilangan kehadiran yang tidak kurang daripada 15 orang. Inilah juga diantara faktor 'rating' hormat penulis kepada mereka semakin meningkat.


'Telingak-Telingak'


Menjadi kebiasaan untuk anak-anak usrah penulis yang berjumlah 30 orang yang terdiri daripada dua group usrah yang berbeza iaitu group muslimin dan group muslimah mengamalkan 'study group' di masjid iaitu di bilik dan ruang yang berbeza. Dalam ruang masa dua minggu inilah yang juga dikenali sebagai 'study week atau revision week' dihabiskan oleh penulis bersama anak-anak usrah yang bermacam ragam.


"Cuba pinjam dulu tu telingak-telingak..", kata salah seorang anak usrah penulis


Ayat yang ringkas, namun amat payah untuk ditafsirkan. Satu 'ayat permintaan' yang dilontarkan oleh salah seorang anak usrah penulis, Azman Bakri (bukan nama sebenar) kepada sahabat penulis yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid bertemankan 'headset'. Sahabat penulis sedikit keliru dengan istilah yang digunakan dan baginya amat sukar untuk 'memberi' satu perkara yang 'permintaan'nya kurang jelas mungkin kerana disebabkan keduanya datang daripada suku kaum yang berbeza dan tidak dinafikan ia mempengaruhi bahasa komunikasi.




Namun, akhirnya kami mengetahui bahawa istilah 'telingak-telingak' itu merujuk kepada 'headset'. Amat merah padam muka kami menahan kegelian hati setelah memahami sepenuhnya permintaan itu.


"Jalan-Jalan"


Suatu ketika di masjid..


Anak Usrah A: Ba, bagi jalan-jalan dulu kipas tu.
Anak Usrah B: Apa yang mau kasi jalan-jalan dengan kipa nie?.
Anak Usrah A: Kipas tu, kasi pusing-pusing supaya semua kena angin.
Anak Usrah B: Oh.


Satu lagi istilah yang spontan dilontarkan, selepas "telingak-telingak". Kali ini, menyandarkan pula perbuatan "jalan-jalan" kepada kipas angin. Tidak dinafikan sungguh ramai mereka yang mengamalkan berkomunikasi dengan gaya bahasa yang sebegitu. Inilah salah satu keunikan pada ragam bahasa yang sentiasa diimplementasikan dalam kehidupan.




Bahkan bukan itu sahaja, istilah 'ramai' disandarkan kepada 'jamak' bagi barang yang tidak bernyawa.


Hal seperti ini biarpun ia merupakan sesuatu yang menggelikan hati namun jika para da'ie mengambil 'istilah-istilah' seperti ini untuk dipraktikkan dalam kehidupan berusrah bersama mad'u sebagai satu jenaka, ia mampu dijadikan sebagai salah satu tarikan ataupun kaedah dalam merapatkan lagi jurang ataupun ikatan ukhuwwah diantara kedua-dua pihak.


p/s: Nampaknya, mungkin selepas ini banyak lagi 'ragam bahasa' yang akan dihadapi. Heh.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.