05 October, 2011
21 July, 2011
Jom Tawan 15 kerusi Parlimen - Anwar
sumber: http://masdarwahid.blogspot.com
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa jentera Pakatan Rakyat Sarawak memfokuskan persediaan ke arah menawan sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen di negeri itu.Bercakap dalam satu majlis di Parlimen Mambong yang majoritinya masyarakat Bidayuh, Anwar menegaskan jika gabungan KEADILAN, PAS dan DAP berjaya memenuhi hasrat itu, impian membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang lebih cerah.
“Jika kita boleh memenangi 15 kerusi di Sarawak, ia akan menjadi ‘batu loncatan’ bagi kita untuk membentuk kerajaan baru pada PRU akan datang.
“Sebab itulah kita mesti menang di (Parlimen) Mambong (ini) dan (juga) kawasan lain di bandar dan di luar bandar,” kata Anwar pada 16 Julai.
Turut serta, Naib Presiden KEADILAN berketurunan Bidayuh, Dr John Tenewi Nuek yang juga Pengerusi Biro Integrasi Nasional parti itu.
Dua lagi Parlimen majoriti Bidayuh di negeri itu ialah Mas Gading dan Serian dengan sokongan kaum itu antara yang konsisten terhadap KEADILAN sejak 2008 hingga kini. (3+)
Sebelum ini, dalam satu ceramah di Papar, Sabah, Anwar menyasarkan Sabah dan Sarawak perlu menang masing-masing minima 10 kerusi Parlimen bagi memastikan Pakatan Rakyat menang pada PRU akan datang.Difahamkan, sasaran bertambah menjadi 15 kerusi Parlimen itu berdasarkan sokongan rakyat terhadap Pakatan yang kian meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berakhir 16 April lalu.
Berdasarkan keputusan itu, Pakatan Sarawak sudah pun menang di enam kerusi Parlimen majoriti masyarakat Cina iaitu, Stampin, Sarikei, Lanang, Miri, Sibu dan Kuching seperti diakui ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Dr Lee Boon Chye dalam satu ceramah di negeri itu baru-baru ini.(6+)
Manakala Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu semasa berucap di Miri menekankan partinya bersama Pakatan Rakyat turut komited untuk menawan Parlimen Baram, Sibuti, Batang Lupar, Petra Jaya, Limbang dan Batang Sadong yang kombinasi pengundinya adalah Bumiputera Sarawak.(6+)
(Secara matematiknya, 6 + 6 + 3 = 15 Parlimen Sarawak).
Parlimen Limbang pada PRU lalu misalnya, KEADILAN hanya tewas 676 undi sahaja.
Manakala bagi DUN Beting Maro pada PRN lalu, PAS hanya tewas 391 undi dengan kubu kuat BN itu majoritinya Melayu/Melanau.
Sementara itu, dakwaan sesetengah pihak kononnya Pakatan sukar menang di kawasan luar bandar dinafikan terus melalui kemenangan KEADILAN di DUN Ba'kelalan, Sarawak pada PRN lalu.
DUN itu yang diakui sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai antara kawasan terpencil dan bermasalah samada dari segi insfraktuktur dan perhubungan menyaksikan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian menang selepas menewaskan calon BN yang juga peguam di DUN itu.
Menariknya, Najib sendiri berkempen di DUN itu di saat-saat akhir sebelum pengundian pada 16 April lalu melalui pelbagai peruntukan yang belum pasti ditunaikan.
Dalam bahasa mudahnya, Anwar mahu pembentukan kerajaan baru pada PRU akan datang memerlukan gabungan kerusi Parlimen dari semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagaimana dasar Buku Jingga yang mengiktiraf kedua-dua negeri borneo itu.
09 June, 2011
Tawan 10 Parlimen Sarawak - Mat Sabu
sumber: http://masdarwahid.blogspot.com
Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan untuk memenangi minimia 10 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu.Antara kerusi itu, kata beliau termasuklah Parlimen Miri, Parlimen Baram dan Parlimen Sibuti.
"Walaupun pilihanraya Sarawak baru berakhir, kita jangan terlalu leka kerana PRU ke-13 kian hampir.
"Ada yang cakap (PRU akan diadakan pada) Julai atau November (tahun ini) atau awal tahun depan, maksudnya ia (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya di Miri baru-baru ini.
Sebelum ini, Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye berkata, PR Sarawak hampir pasti menawan empat kerusi Parlimen di negeri itu berdasarkan keputusan pilihanraya Sarawak lalu.
“Jika kita terjemahkan keputusan Pilihanraya Sarawak lalu kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) mendatang di Sarawak, saya berpendapat PR hampir pasti menambah empat lagi kerusi Parlimen berbanding dua ketika ini,” katanya pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Stampin baru-baru ini.Pada PRN lalu, PR menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, DUN Kota Sentosa dan DUN Batu Kawah yang terletak di bawah Parlimen Stampin, manakala DUN Repok dan DUN Meradong (Sarikei), DUN Bukit Assek dan DUN Dudong (Lanang) serta DUN Piasau dan DUN Pujut (Miri) dengan ke semua kawasan itu majoritinya masyarakat Cina.
Menurutnya, angin perubahan dalam PRN lalu tidak hanya berlaku dalam kalangan masyarakat Cina tetapi juga kaum-kaum lain seperti yang berlaku di DUN Beting Maro yang majoritinya masyarakat Melayu/Melanau apabila PR hanya tewas majoriti 391 undi.
“Pilihan raya ini membuktikan keputusan KEADILAN bersama DAP dan PAS untuk membentuk parti berbilang kaum adalah keputusan tepat dan pastinya usaha untuk memastikan sebanyak mungkin kerusi Parlimen di tawan PR pada PRU akan datang kian giat dijalankan di Sarawak," tambahnya.
Ketika ini PR Sarawak hanya memiliki dua Parlimen iaitu di Sibu dan Kuching yang diwakili DAP.
Sementara itu, beberapa tahun lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah di Sabah menegaskan, bagi memudahkan PR menawan Putrajaya, gabungan KEADILAN, PAS dan DAP perlu menang minima 10 kerusi Parlimen di Sabah dan 10 lagi kerusi Parlimen di Sarawak.
02 June, 2011
Kit siang puji komitmen PAS
sumber: http://masdarwahid.blogspot.com
Penasihat DAP, Lim Kit siang memuji komitmen tinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kekal bersama perjuangan Pakatan Rakyat walaupun menerima pelbagai habuan dari Umno termasuk jawatan menteri.“UMNO tidak sepatutnya mencadangkan kepada PAS untuk membentuk 'kerajaan perpaduan'. Jika ada cadangan ia sepatutnya melibatkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya berkomplot untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.
“Kami turut mendengar PAS ditawarkan jawatan Menteri Besar di lima negeri. “Tetapi apa yang jelas, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat,” kata Kit Siang di Bau, Sarawak pada 31 Mei lalu.
Mengulas lanjut, Kit siang menegaskan partinya bersama KEADILAN dan PAS komited bagi memastikan ketiga-tiga gabungan itu berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Lim mengulas tindakan terdesak Umno yang tidak habis-habis memujuk PAS untuk bersamanya atas nama 'Kerajaan Perpaduan'.
“Kami tidak akan membenarkan mereka (Umno BN) memecahbelahkan Pakatan Rakyat.
“Kami akan terus menjadi sebuah unit untuk menentang BN dalam pilihan raya yang akan datang.
“Ini adalah pendirian DAP, KEADILAN dan PAS dan kami mahu Pakatan Rakyat sebagai kerajaan (persekutuan) menjadi kenyataan," tegasnya yang juga Ketua DAP di Parlimen.
Ajakan Umno itu timbul semula selepas Mursyidul Am PAs yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkannya ketika bertemu anak-anak Kelantan di Dengkil, Selangor pada 31 Mei lalu.
Nik Aziz dilaporkan berkata, baru-baru ini beliau didatangi wakil Umno berpangkat 'Datuk' dan merupakan 'pesara kerajaan' yang menawarkan PAS tiga jawatan menteri jika bersetuju bersama Umno membentu 'Kerajaan Perpaduan'.
Bagaimanapun, Nik Aziz menolaknya dan menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.
Difahamkan, pujukan Umno itu adalah kali kelima terhadap Nik Aziz yang sejak menerajui Kelantan difitnah dan diaibkan dengan pelbagai gelaran dari Umno dan kuncu-kuncunya.
Umno juga membiarkan blogger upahannya memburukan Nik Aziz termasuk memprojeksikan gambar Nik Aziz dalam keadaan lucah melalui super impose.
Laporan polis yang dibuat mengenainya didiamkan Umno BN sehingga kini.
Peliknya, dalam keadaan Nik Aziz difitnah sedemikian rupa, di sisi lain pula, Umno memujuknya kononnya atas nama perpaduan.
Sesuatu yang pasti, Umno tidak pernah ikhlas setiap kali mengajak Umno walau atas apa nama sekalipun kerana pujukan 'bersatu' hanya datang setiap kali Umno terdesak atau kalah dalam pilihanraya.
Ini terbukti apabila selepas tragedi 13 Mei, PAS bersetuju bersama Umno dalam BN. Namun, selepas Umno kuat, PAS ditendangnya sekaligus merampas Kelantan.
Begitu juga pada PRU lalu apabila Umno BN hilang 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri, mereka memujuk lagi PAS termasuk menawarkan jawatan Menteri Besar dan Exco kepada parti Islam itu di Perak, Kedah dan Selangor.
Namun, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat sekaligus menolak ke semua jawatan dan habuan menteri itu.
Secara logiknya, PAS rugi jika bersama Pakatan Rakyat, kerana di Selangor, mereka hanya dapat Exco dan bukan Menteri Besar manakala di Perak mereka hanya dapat seorang Exco semasa negeri itu diterajui Pakatan Rakyat.\
Namun PAS sejak dulu adalah parti yang konsisten bersama mana-mana gabungan pembangkang dan tidak pernah meninggalkan gabungan termasuklah dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada dan Barisan Alternatif (BA) pada 1999.
Dalam APU, PAS ditinggalkan Parti Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razalegih Hamzah dan DAP keluar BA akibat fitnah Utusan dan media Umno BN yang memecahkan kesatuan itu.
Kini, selepas 8 Mac 2008, media pencacai umno BN melakukan taktik sama dan semakin cuba memecahkan Pakatan, semakin itu jugalah kesatuan ini kekal mantap muafakat.
DAP juga selepas cemerlang pada pilihanraya Sarawak turut diajak bersama BN tetapi ditolak melalui kenyataan rasmi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Manakala serangan sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak ialah cubaan mengharamkan KEADILAN dengan kerjasama pendaftar Pertubuhan yang kesnya disebut pada 8 Jun ini.
19 April, 2011
KALAU ADA MARUAH DAN BERJIWA BESAR, HE SHOULD RESIGN FROM CONTINUING TO BE PRIME MINISTER
sumber: http://iskhandarzulkarnain.blogspot.com/
18 April, 2011
N20 Sadong Jaya: Catatan Akhir
sumber: http://islamreturn.blogspot.com
Mungkin ramai juga yang menjengok blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini, namun aku minta maaf kerana sepanjang hari pengundian yang lalu dan sehinggalah semalam, langsung tidak berkesempatan untuk menulis sebarang ulasan. Seawal pagi dah terpacak di depan Sek. Ren. Keb. Jemukan sebagai perayu undi. Kekuatan anggota yang tidak ramai dan kekurangan dari perayu undi tempatan menyebabkan aku tidak dapat meninggalkan kubu walaupun seketika. Bermula pukul 7.30 pagi hingga 3.30 ptg, aku bersama sdra mustaman dan lain-lain teman dari Sabah setia terpacak dipintu pagar sekolah sebagai perayu undi.
Pada awal proses pengundian, berlaku juga sedikit kekecohan kerana SPR tidak meletakkan garisan kuning sebagai sempadan perayu undi. Ini menyebabkan ada dikalangan parti yang bertanding membuka 'barong' di dalam kawasan sekolah. Sedikit yang memelikkan aku pada plihanraya kali ini ialah, BN langsung tidak keluarkan payung, topi atau t-shirt kepada petugas pilihanraya mereka semasa hari pengundian. Sehingga ada dikalangan petugas mereka berpayung dibawah payung PAS dek kerana kepanasan. Ada juga suara-suara yang menyatakan bahawa, kerana mereka menyangkakan bahawa mereka akan kalah pada PRN kali ini. Walllahhu'aklam.
Secara ringkasnya, kecenderungan mengundi pada hari terakhir telah memihak kepada BN. Mungkin benar juga kata salah seorang orang tempatan yang menyokong PAS kepada aku. Beliau menyebut bahawa, sifat penduduk disini kebanyakannya semangat (untuk undi selain BN) hanya 2,3 hari sebelum mengundi, tapi bila tiba hari mengundi semuanya sejuk. Sekiranya dilihat dari sudut jentera dan program/aktiviti, sebenarnya PAS telah mendahului, namun mungkin nasib pada kali ini masih lagi tidak memihak kepada PAS.
Sebelum bergerak ke Kuching pada pukul 4.30 petang kerana mengejar penerbangan MAS jam 8.50mlm, sempat juga aku membuat sedikit analisis ringkas pola pegundian UPU Jemukan. Walaupun undi salurun 2 sangat berkurangan memihak pada PAS berbanding pada PBB-BN, namun secara keseluruhan undi PAS pada kali ini ada peningkatan (walaupun angkanya sangat sedikit). Menurut orang tempatan, kebanyakkan pengundi muda yang memberi sokongan kepada PKR pada pilihanraya yang lepas, terpaksa bekerja diluar kawasan dan tidak sempat untuk pulang mengundi, inilah yang menyebabkan pengundi-pengundi saluran 2 berkurangan dan yang ada pun hanya mereka yang kerja di kampung dan tidak mendapat maklumat. Selain dari itu terdapat gangguan calon bebas yang turut bertanding disini, menyebabakan banyak undi yang berpecah.
Sekalung Penghargaan
Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hj. Rashid (tuan rumah) sekeluarga kerana memberi kemudahan tempat tinggal kepada kami sepanjang PRN Sarawak. Beliau dan keluargalah yang menyediakan sarapan pagi buat kami (PAS Sabah) setiap kali selepas solat subuh. Bukan sekadar tempat tinggal dan makan minum, malah kenderaan beliau juga turut beliau berikan untuk digunakan. Sepanjang aku disana, kalau tidak kerana jasa motosikal beliau, mungkin aku tidak mampu untuk ke pekan Sadong Jaya dan ke serata tempat bagi mendapat sumber maklumat untuk 'update' blog ini. Semoga Allah melimpahkan rezki dan ketenagan pada beliau sekeluarga di atas jasa dan pengorbanan beliau.Terima kasih dari kami PAS Sabah dan jentera media SBS. Juga sekalung tahniah kepada jentera PAS Selangor yang bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal erti penat lelah.
Keseluruhannya, aku bangga dengan sifat rakyat Sarawak yang mesra dan hormat-menghormati. Ada teman yang berpandangan, inilah sifat sebenar masyarakat setempat sekiranya parti yang bertanding bukan dari UMNO. Kerana sekiranya ideologi UMNO masuk ke dalam jiwa masyarakat, maka hati mereka akan menjadi kering dan akhirnya timbul sifat permusuhan. Namun, apa yang aku lihat di depan mata aku sendiri, walaupun mereka penyokong kuat PBB, namun sifat menghormati tetamu (orang luar) sangat-sangat mendalam di dalam jiwa dan perbuatan mereka.
Dalam Ingatan: Sadong Jaya Bumi yang Subur
Setiba aku di Sadong Jaya, perkara yang menarik perhatian aku ialah buminya yang subur. Kelihatan pelbagai tanaman ditanam dan ianya mendatangkan hasil yang sangat baik. Apa yang lebih mengujakan, semua tanaman ini hanya ditanam ditepi jalan sahaja. Berikut adalah antara tanaman yang sempat aku cilok untuk ambil gambar, selainnya aku tak berkesempatan. Semoga suatu hari nanti bumi yang subur ini akan tertegaknya sebuah kebangkitan Islam yang subur dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah.
Catatan akhir aku disini aku akhiri dengan, "Kami telah tinggalkan benih-benih 'fitrah' disana, semoga ianya tumbuh memagari rakyat dan rimbunannya nanti akan menaungi rakyat untuk menumpang berteduh".
Kalah Besar : SNAP buat sidang media khas esok
sumber: http://masdarwahid.blogspot.com
KUCHING: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak enggan memberi sebarang komen mengenai kekalahan parti itu di ke semua 26 kerusi yang ditandinginya.“Jawapan saya ialah tunggu Selasa ini (esok), kami akan mengadakan sidang media selepas bermesyuarat di ibu pejabat parti… itu sahaja yang boleh saya katakan setakat ini,” katanya.
Pada masa sama Edwin mendakwa secara tidak rasminya SNAP memenangi satu daripada 26 kerusi yang dipertandingkan namun ‘calon’ itu tidak dapat didedahkan kerana belum mendapat surat kuasa daripada parti.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan memberitahu kenyataan yang lebih pasti hanya akan diketahui 19 April ini.
Pada pilihan raya kali ini, SNAP bukan sahaja gagal memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hampir kesemua calonnya hilang wang pertaruhan kecuali Jamal Abdullah yang bertanding di DUN Pakan.
SNAP yang bertelagah dengan KEADILAN berhubung agihan kerusi sebelum pilihanraya lalu berkeras dan yakin calonnya lebih mampu menang.
Malah, pemimpin tertentu SNAP juga mengugut akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tuntutannya ditolak.SNAP dan KEADILAN bertembung di 26 kerusi DUN sekaligus memecahkan undi pembangkang yang banyak memberi kelebih kepada BN.
Pakatan Rakyat melihat SNAP adalah parti yang didalangi BN bertujuan sengaja untuk memecahkan undi KEADILAN yang banyak bertanding di kawasan majoriti kawasan Orang Asal Sarawak berbanding PAS dan DAP.
Malah, SNAP dilihat akrab dengan Parti Kesejahteraan Rakyat Insan Tanah Air (KITA), pimpinan Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan KEADILAN kerana merajuk dan gagal dalam saingan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan KEADILAN hujung tahun lalu.Kelulusan parti KITA juga disegerakan Pendaftaran Pertubuhan tetapi pelik dengan pendaftaran Pakatan Rakyat yang sehingga kini gagal diluluskan semasa diuruskan Zaid.
Selain parti KITA, parti SNAP juga rapat dengan Parti Maju Sabah (SAPP), bekas sekutu BN Sabah yang menentang KEADILAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Pertembungan sesama SAPP dan KEADILAN pada PRK itu menjadikan laluan BN mudah untuk menang di situ.
Gambar di bawah ialah Presiden SNAP bersama salah seorang pimpinan SAPP.

Pada PRK bagi kerusi DUN Batang Air April 2009, seorang Timbalan Presiden SNAP membawa sekumpulan anggota parti itu membuat sidang media bahawa parti itu menyokong BN.
Pada PRK itu, KEADILAN tewas dengan majoriti lebih 1,000 kepada calon BN.
SNAP sebelum ini sudah 'mati' namun dihidupkan semula setahun sebelum pilihanraya Sarawak dan secara tiba-tiba mempeolehi dana untuk berdepan pilihanraya Sarawak kali ini.
Seorang pemimpin BN Sarawak semasa kempen baru-baru ini mengakui SNAP mungkin mendapat dana dari individu yang rapat dengan kepimpinan BN Sarawak.
Semalam, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing mengajak SNAP untuk menyertai BN.
Untuk rekod, PRS ialah serpihan SNAP.
17 April, 2011
Pejuang & Pendukung PAS di Sarawak : Kita sudah Menang
sumber: http://balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com
16 April, 2011
UJIAN KEMENANGAN DAN KEKALAHAN
Saat menerima berita satu demi satu maklumat keputusan pilihanraya negeri Sarawak, PAS kalah dikesemua kerusi, sementara PKR dan DAP mengutip mutiara kemenangan sedikit demi sedikit, tiada suatu pun yang menjadi penawar hati saya melainkan membaca ayat-ayat Allah SWT. Marilah kita menikmati mukjizat yang hidup ini bersama-sama :
137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
140. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar); dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan (menang dan kalah) antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
141. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.
142. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
143. Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati syahid (dalam perang sabil) sebelum kamu menghadapinya; maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri). Surah Ali Imran.
***
Saya sangat meyakini bahawa di sisi Allah SWT kita mungkin belum layak menerima anugerah kemenangan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh-Nya. Mungkin kerja-kerja organisasi dan strategi kita belum menepati piawaian-Nya, ibadah kita masih sedikit; mungkin berlaku sedikit sebanyak amal maksiat yang menghalang kemenangan diberikan. Mungkin terdapat sifat-sifat mazmumah di dalam diri, hati-hati masih belum bersatu, mungkin terdapat kelompangan daripada segi wala’ dan sebagainya.
Ikhlaskan diri beramal walaupun kemenangan pilihanraya masih belum diperolehi kerana pahala dijamin di sisi Allah SWT. Marilah bermuhasabah bersama-sama. Namun yang jelas, saya merasai nikmat persaudaraan dan perjuangan kerana Allah SWT.
PAS turunkan lagi majoriti BN di Beting Maro
sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/
PAS sekali lagi berjaya menurunkan majoriti BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro pada pilihanraya Sarawak kali ini.Calon Parti Islam itu yang juga seorang peguam, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus meraih undi sebanyak 2,678 berbanding majoriti BN sekadar 391 undi.
Walapun PAS tidak menang, namun itu sudah dianggap baik kerana DUN Beting Maro ini kerap menjadi tumpuan penting BN Sarawak.
Buktinya, sebelum dan semasa berlangsungnya pilihanraya ini, dari pimpinan tertinggi BN pusat termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin sehinggalah exco kerajaan negeri
Sarawak kerap berkampung di DUN ini.
Tidak menghairankan apabila Muhyiddin menjadi 'jembalang' seketika apabila mengeluarkan kenyataan agar PAS jangan diberikan peluang untuk menang.
BN tahu, sekali PAS menang walau satu kerusi di mana-mana kawasan, untuk BN merampas semula agak sukar. Ini dibuktikan dengan tindakan PAS menawan satu DUN di Pulau
Pinang dan Perlis sejak pilihan Raya Umum (PRU) 1999 yang sehingga kini Umno-BN gagal merampasnya.
Sebab itu pada PRU 2008, calon tunggal PAS di Parlimen Batang Lupar, Abang Addy Allyani membuatkan Exco kerajaan negeri Sarawak dan Datuk Seri Najib Razak yang ketika
itu Timbalan Perdana Menteri berkampung di situ untuk menghalang kemaraan PAS.
Walaupun begitu, PAS berjaya menambahkan undi di Parlimen itu termasuk pertambahan undi dari kaum Iban, kaum terbesar di Sarawak.
Najib ketika itu dilaporkan berkata;
"Walaupun PAS hanya bertanding satu kerusi, parti ini jangan sama sekali diberi peluang untuk menang, kerana parti ini, sekali dia menang di sesuatu kawasan, ia suakr
dirampas kembali. Malah cawangannya akan merebak ke seluruh Sarawak," kata Najib.
Jawapan Najib itu juga mirip dengan Muhyidin pada pilihan raya kali ini.
Bezanya, Najib mengungkapkannya tidak di siar media.
Saksi utama ucapan Najib ini ialah Abang Addy Allyanni yang juga Ketua Pemuda PAS Sarawak ketika ini.
N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868
1. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)........................3,069
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)........2,678
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,808
Peratus/Percentage...............................73.82%
Undi rosak/Spoilt votes.............................61
Majoriti/Majority..................................391
Penyandang/Incumbent: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,796
Majoriti/Majority: 895
Sementara itu, calon PAS di DUN Sebuyau yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak turut berjaya menurunkan BN dalam saingan tiga penjuru.
N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042
1. Ali bin Semsu (Bebas)............................67
2. Adam Ahid (PAS)...............................1,769
3. JULAIHI NARAWI (BN-PBB).......................4,045
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,968
Peratus/Percentage...............................74.35%
Undi rosak/Spoilt votes.............................87
Majoriti/Majority................................2,276
Penyandang/Incumbent: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,748
Majoriti/Majority: 2,448
Pas turut berjaya menurunkan majoriti BN di DUN Tanjung Datu yang ditandingi antara calon pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB).................4,218
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas).................215
3. Nani Sahari (PAS).............................1,002
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,497
Peratus/Percentage...............................69.52%
Undi rosak/Spoilt votes.............................62
Majoriti/Majority................................3,216
Penyandang/Incumbent: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,545
Majoriti/Majority: 4,136
Revolusi Sarawak
sumber: http://monazmuslim.blogspot.com
Kira-kira 8 jam lagi, seluruh rakyat Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih kerajaan yang dimahukan. Samada mengekalkan kerajaan sebelumnya atau memilih Pakatan Rakyat sebagai pilihan baru. Keputusan jam 8.00 malam esok akan menjelaskan segalanya. Yang pasti akan berlaku pertarungan sengit antara BN, Pakatan Rakyat, SNAP dan Bebas.
Setakat jam 7.30 malam, gelombang kebangkitan rakyat Sarawak amat ketara di mana-mana saja. Dua hari lalu penulis ke Kuching bersama 3 sahabat. Dalam perjalanan pulang ke Sadong Jaya, sempatlah singgah di warung tepi jalan berhampiran jeti feri Sungai Samarahan. Sambil minum dan update blog di situ, penulis bertegur sapa dengan peniaga di situ bagi mendapat respons tentang sikap politik dan kecenderungannya.
Respon yang diberikan amat mengejutkan dengan pengakuan "Kamek maok perubahan". Dan respon yang serupa juga diberikan oleh setiap individu yang ditemui di pekan Asahjaya dan Sadong Jaya.
Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum semalam, BN akan kehilangan Sarawak. Namun kajian ini tidak boleh dijadikan sandaran, sekadar menggambarkan kebangkitan rakyat secara menyeluruh. Penulis hanya meramalkan Pakatan Rakyat menguasai 30 DUN.
Gelombang 2008
Bila dilihat senario yang berlaku sejak hari pertama penamaan calon 6 April lalu, bolehlah disebut bahawa Gelombang 2008 yang berlaku dalam PRU12 telah merebak ke Sarawak dalam PR DUN kali ini. Gelombang ini dilihat semakin marak bila Taib Mahmud enggan memberi tarikh pengundurannya walau Najib dilihat cuba menyakinkan rakyat bumi kenyalang ketika membuat kenyataan bahawa Taib pasti berundur. Tindakan Najib sekadar gimik bagi meraih sokongan rakyat. Apa yang berlaku membuktikan Taib sememangnya menjadi liabaliti kepada BN Sarawak.
Najib sedar rakyat Sarawak cukup membenci Taib Mahmud dan mahukan Ketua Menteri terkaya di Malaysia itu berundur selepas PR DUN negeri itu. Namun dalam waktu yang sama Najib turut sedar yang dia tiada kuasa untuk mengarahkan Taib berundur. Atas dasar itulah, si Tok Uban hanya senyum je. Dan penulis cukup yakin Taib tidak akan sekali-kali melepaskan jawatan Ketua Menteri melainkan beliau mati atau penggantinya diyakini boleh melindungi segala kepentingan dan keselamatan seluruh harta milik kaum keluarganya, juga keselamatan mereka.
Melayu
Sebagaimana Melayu UMNO di Semenanjung, sikap pengundi Melayu di Sarawak ini turut membimbangkan. Bagi ahli dan penyokong kuat parti Tok Uban PBB, penulis dapati mereka masih enggan berubah walau hidup tidak sesenang mana. Namun bagi ahli biasa, begitu jelas sikap mereka yang semakin hilang keyakinan dengan parti itu bila sejarah tercipta pada malam semalam bila 341 ahli PBB telah bertindak keluar parti dan menyertai PAS di Kg Jaie, Sadong Jaya. Mereka menyertai PAS beramai-ramai dan menyerahkan borang keahlian kepada Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sambil diperhatikan oleh Dr Halimah Ali dan Dr Mariah Mahmud.
Sebenarnya penulis dan seluruh sahabat PAS yang bertugas di DUN Sadong Jaya turut terkejut dengan gelombang ini, namun jauh di sudut hati terus memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT yang menurunkan pertolongan-Nya di saat-saat akhir sebelum menjelang pagi 16 April esok.
Petang tadi, kira-kira jam 3.30 petang, lebih kurang 60 pemuda Kg Jemukan Laut telah menyertai Konvoi Motosikal PAS dengan mengelilingi hampir keseluruhan kawasan DUN Sadong Jaya sambil membawa dan menyebarkan risalah kepada penduduk. Terharu bila melihat sambutan anak muda terhadap PAS dan ianya sesuatu yang di luar jangka sama-sekali.
Cina dan Iban
Perubahan sikap yang paling ketara telah ditunjukkan oleh kaum Cina dan Iban. Walau tidak 100% di kalangan mereka yang akan mengundi Pakatan Rakyat, tapi penulis yakin lebih daripada 60% akan memilih calon Pakatan dalam pilihanraya ini.
Penulis rasa kagum dengan sikap masyarakat Iban yang semakin bijak berpolitik berbanding orang Melayu UMNO Johor yang kekal bodoh sehingga ke hari ini. Dalam keadaan hidup mereka yang serba kekurangan serta kekurangan maklumat, namun kaum asal Sarawak itu mampu berfikir secara rasional ekoran penindasan yang dilakukan terhadap kaum mereka oleh rejim BN Taib Mahmud. Tanpa segan-silu mereka meluahkan rasa marah dan kebencian pada Taib Mahmud.
Revolusi Rakyat Sarawak



















