sumber: http://monazmuslim.blogspot.com
Kejayaan himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu serta tindakan ganas Polis yang bertindak mengikut arahan parti pemerintah, hingga menyebabkan kematian seorang pejuang keadilan, sebenarnya isyarat jelas kepada kejatuhan rejim UMNO dalam PRU13 nanti. Jika Presiden Tunisia Ben Ali boleh jatuh sekelip mata dengan keberanian seorang pemuda Ahmad Bouzuzi hingga mencetuskan revolusi rakyat, maka tidak mustahil dengan syahidnya Allahyarham Baharudin Ahmad, ianya mampu mencetuskan kebangkitan rakyat sebagaimana di Tunisia.Himpunan 9 Julai lalu sebenarnya memberi kesan yang mendalam pada jiwa rakyat yang berhimpun dan yang mengikuti perkembangan melalui internet. Banyak pengajaran dan iktibar yang diperolehi serta menginsafkan diri bahawa betapa peri pentingnya memilih pemerintah yang adil, amanah dan bertanggungjawab.
Terlalu banyak perkara yang terjadi di luar jangkaan kita bila bersama dengan puluhan ribu rakyat pada hari Sabtu lalu. Antaranya;
Pertama, pelik bila memikirkan bagaimana puluhan ribu rakyat berjaya membolosi sekatan Polis yang dibuat seminggu awal di segenap penjuru jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Kedua, himpunan 9 Julai berjaya menyatukan hati rakyat dengan satu matlamat, yaitu mahukan pilihanraya adil dan bersih serta negara yang berdaulat. Bukan negara Polis dan diktator yang dikuasai oleh perasuah dan penjenayah. Penulis sendiri kagum melihat semangat kental rakyat pelbagai kaum dan agama berhadapan dengan keganasan Polis. Tiada seorang pun yang berganjak. Saling bantu-membantu bila melihat yang lain terkena semburan air dan gas pemedih mata.
Ketiga, bila penulis sendiri hampir pengsan kerana sukar bernafas, kulit muka dan tangan terasa bisa akibat terkena gas pemedih mata yang ditembak ke arah Maybank, telah dibantu oleh seorang yang tidak dikenali. Terasa benar kuatnya ikatan ukhwah persaudaraan antara kami yang sama-sama diserang oleh 'anjing-anjing pemerintah'.
Keempat, tindakan biadap Polis yang membelakangi Perlembagaan dengan sewenag-wenangnya menangkap pemakai, pembeli dan penjual baju Bersih 2.0 hinggalah kepada tindakan ganas pada hari himpunan dibuat, ianya hanya menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan UMNO BN dan menguatkan tekad untuk melakukan perubahan dalam PRU13 kelak.
Kelima, kematian Allahyarham Baharudin Ahmad merupakan bukti jelas kezaliman parti pemerintah sudah sampai ke kemuncaknya. Adakah rakyat akan berdiam diri je?
Keenam, berjaya membangkitkan kesedaran rakyat tentang segala pembohongan dan propaganda jahat parti pemerintah dan orang-orang mereka.
Ketujuh, rakyat dah tak takut lagi dengan pelbagai bentuk amaran dan ugutan dari pelbagai pihak yang mahu menggagalkan Bersih 2.0.
Kelapan, gagalnya sentimen perkauman yang cuba dipalu oleh rejim pemerintah. Semakin ditiup sentimen jahat itu, makin ramai rakyat berbilang kaum hadir dalam Bersih 2.0 termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Kesimpulannya, himpunan 9 Julai lalu berjaya memberi tekanan hebat kepada Najib dan UMNO, juga memberi impak maksima yang bakal menjana momentum besar dalam PRU13 nanti.
Wallahu'alam.
0 ulasan:
Post a Comment