21 March, 2012

Kerusi SAPP : PBRS vs PBS vs LDP vs UPKO vs Umno

Share

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com


KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata isu mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional negeri pada pilihan raya umum sebaiknya dibincangkan pada meja bulat dan bukan secara terbuka.

Beliau berkata ini bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan BN.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata agihan kerusi, yang diberikan dan dipersetujui oleh semua anggota parti komponen BN Sabah pada pilihan raya yang lepas, seharusnya menjadi asas rundingan.

“Cuma kerusi Parlimen dan negeri yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) (yang keluar daripada Barisan Nasional pada September 2008), perlu dibincang secara bersama oleh BN negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Air Sedunia peringkat negeri Sabah di sini kelmarin.

Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose pada Ahad lepas yang mahu BN mengkaji semula formula agihan kerusi dalam kalangan parti komponennya.

John dipetik sebagai berkata bahawa BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini yang menurutnya banyak mendatangkan keburukan kepada BN kerana berdasarkan amalan itu, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak.

“Beliau bebas memberi pandangan namun ada baiknya isu seperti ini dibincangkan melalui perundingan meja bulat,” kata Pairin.

Mengenai keinginan beberapa parti komponen BN negeri meletakkan calon daripada parti masing-masing untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sepanggar, yang dahulunya dimenangi oleh SAPP, beliau berkata: “Seperti juga parti komponen BN yang lain, PBS juga berminat untuk meletakkan calon di situ.”

SAPP keluar daripada BN pada 17 Sept 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi Parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.

Dua lagi kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP iaitu Elopura dan Tanjung Papat kekal dalam BN selepas wakil rakyatnya, Au Kam Wah dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, memutuskan untuk keluar daripada SAPP dan menyertai Gerakan.

Komen Via Facebook

8 ulasan:

gaman said...

baik semua parti komponen BN duduk berbincang dan selesaikan masalah tuntutan kerusi dikalangan komponen BN secara menang2..

gaman said...

berkenaan dengan kenyataan Datuk John Ambrose, beliau patut fikir apa yang akan berlaku sekiranya parti komponen yang mewakili kerusi itu akan kehilangan juga kerusi itu walaupun mereka telah melakukan yang terbaik di kawasan yang diwakili..

sudah tentu mereka akan bekerja sambil lewa memandangkan tidak ada apa2 jaminan bahawa kerusi itu akan kekal milik mereka sekalipun mereka berjaya membawa pembangunan dan menyelesaikan 100% masalah rakyat di kawasan yang diwakili.

Anonymous said...

Keputusan pemberian kerusi haruslah adil. Calon yang bertanding biarlah individu yang dipilih berdasarkan meritrokasi.

law said...

pengagihan kerusi pasti akan dilakukan dgn adil.

Anonymous said...

Perjuangan dalam BN adalah perjuangan parti dan bukan perjuangan individu, terutama dalam memastikan gabungan itu memenangi semua kerusi negeri dan parlimen, termasuk merampas semua kerusi yang tewas kepada calon-calon pembangkang

Anonymous said...

Datuk Seri Musa Aman telah menekankan kepentingan untuk semua ahli Umno dan BN untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang

Anonymous said...

He is optimistic that Sabah BN is capable of winning all seats in the State in the coming election.

Alimah said...

Itu sudah semestinya.. BN seperti satu keluarga. Maka setiap masalah yang berlaku perlulah diselesaikan sebaiknya begitu juga dengan pemberian kerusi.

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.