18 June, 2010

Banjir di Perancis, Bangladesh dan Afrika Selatan serentak!

Share


sumber: http://mahkamah-akhirat.blogspot.com

Banjir buruk di Bangladesh korbankan

55 orang

17/06/2010 3:10am

COX’S BAZAAR, Bangladesh 17 Jun - Pasukan penyelamat Bangladesh mengharungi jalan raya yang terhalang dan banjir untuk mengedarkan bantuan kecemasan ke kawasan pedalaman yang dilanda tanah runtuh mengorbankan 55 orang.

Para pegawai berkata, bekalan makanan kering dan alat pembersihan air diedarkan kepada beribu-ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal ekoran hujan lebat terburuk dalam tempoh sedekad yang melanda tenggara negara Bangladesh yang bersempadankan dengan Myanmar itu.

“Setakat ini, di daerah Cox’s Bazaar sahaja seramai 50 orang mati dan sekurang-kurangnya 34 yang lain cedera, kebanyakannya parah,” kata pentadbir daerah, Giasuddin Ahmed kepada AFP.
Menurut polis, lima mangsa lagi mati di kawasan penduduk padat di daerah Bandarban.

Sementara di Myanmar, kira-kira 40 orang dilaporkan hilang dan lebih 2,000 orang dipindahkan dalam banjir yang melanda bandar Maungdaw di negeri Rakhine, sempadan Bangladesh, kata pegawai tentera negara itu. - AFP

------------------------------

Korban banjir di Perancis menjadi 18 orang

17/06/2010 3:11am

DRAGUIGNAN, Perancis 17 Jun - Jumlah kematian akibat banjir kilat yang melanda persisiran pantai Laut Mediterranean di Perancis meningkat kepada 18 orang dan sekurang-kurangnya 10 lagi hilang semalam, dalam kejadian banjir terburuk yang pernah melanda daerah itu sejak tahun 1827, kata para pegawai.

“Bandar Draguignan mengalami kesan paling buruk dengan ratusan buah kenderaan dihanyutkan air,” kata penduduk tempatan, Hugues Parant.

Lebih 1,000 orang didapati berlindung di sekolah-sekolah serta beberapa bangunan lain selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.

Kira-kira 100,000 buah rumah terputus bekalan elektrik dan lebih 450 orang anggota penyelamat terlibat dalam misi menyelamat mengguna helikopter.

Menteri dalam negeri, Brice Hortefeux berkata, kira-kira 10 orang masih hilang dan jumlah kematian dijangka akan terus meningkat. - Reuters
-----------------------------------

Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana

17/06/2010 3:11am

CAPE TOWN 17 Jun - Bandar raya Cape Town yang menempatkan pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dilanda bencana teruk semalam selepas banjir dan kebakaran memusnahkan lebih 2,100 buah rumah kediaman penduduk sekitarnya.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.