sumber: http://islamreturn.blogspot.com
Baru-baru ini kawasan Sepanggar terpaksa bergelap beberapa jam oleh kerana kes kecurian kabel yang berlaku. Aku sendiri pada waktu itu hampir-hampir saja mengambil keputusan nak cari hotel di sekitar kk, kalau bukan kerana anak yang kepanasan tak dapat tidur. Malah jiran aku, membawa anaknya ke dalam kereta yang dipasang aircond bagi menidurkan anaknya itu. Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh rakyat apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab mencuri kemudahan-kemudahan penting seperti kabel elektrik. Berita sepenuhnya boleh dibaca dari keratan akhbar dibawah:
Namun, pernahkah kita terfikir akan kesengsaraan masyarakat pendalaman Sabah yang masih tidak dapat menikmati kemudahan elektrik. Persoalannya, bagaimanakah semua ini boleh terjadi..? Sedangkan Sabah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan sektor pelancongan. Kekayaan ini sepatutnya telah lama dirasai oleh rakyat melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan. Namun, hakikatnya rakyat Sabah yang tinggal di pendalaman, malah pinggir pekan (15-20km) juga turut menerima tempias penderitaan ini. Kemana peruntukan yang sepatutnya diterima untuk menyediakan kemudahan asas (elektrik). Alasan 'peruntukan telah diluluskan' sering dijadikan pemanis mulut bagi menyedapkan hati. Ini tahun 2011 bai! bukan tahun 1980.. peruntukan sepatutnya telah lulus 10-20 tahun yang lalu!
Akibat pemimpin mencuri khazanah negara, akhirnya yang menanggung derita ialah generasi kita.
Inilah pencuri yang sebenar! Kalau pencuri kabel kita maki kerana kita bergelap dan kepanasan, kenapa kita tidak pernah memaki pemimpin yang mencuri wang rakyat, menyebabkan masyarakat terpaksa bergelap dan langsung tidak menikmati nikmat cahaya pada waktu malam.
Itulah beza darjat antara Pencuri dan Pemimpin!
0 ulasan:
Post a Comment