sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com
BEAUFORT, 09 Okt: Nasib tiga beradik malang yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini, mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS).
SIAPA YANG AKAN PRIHATIN?
sumber: http://islamreturn.blogspot.com
Semalam aku dan beberapa sahabat pemuda Sepangar telah berjaya melaksanakan siri Kempen 'Wayang Pacak'. Lokasi kali ini ialah di Flat MPS Karamunting.
Program yang diaturkan ini adalah berkonsepkan tayangan video melalui skrin yang memaparkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional. Kg. Berembang, Kg. Bujal dan Kg. Rimba Jaya merupakan antara paparan kerakusan pemerintah dalam menindas rakyat.
Pada masa yang sama kami menyediakan juga teh tarik dan roti sosej percuma kepada tetamu yang hadir. Kehadiran orang ramai yang juga dikalangan penyokong BN telah membuka mata masyarakat bahawa BN merupakan sebuah kerajaan yang hanya mencari mencari kesempatan di atas kesempitan rakyat.
Sedikit gambar sekitar program
sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com
BATU SAPI, 3 Nov : Sudah tiga hari mahasiswa Sabah berada di Batu Sapi bersama masyarakat untuk memimpin mereka mencorak masa depan yang terletak di tangan mereka sendiri. Mahasiswa Sabah (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia-GAMIS Negeri Sabah).
Mahasiswa tidak memiliki kepentingan kepartian, apa yang penting bagi mahasiswa ialah prinsip bersih, amanah, telus dan adil perlu berfungsi sebaik mungkin di Batu Sapi.
Kedatangan mahasiswa ke Batu Sapi adalah bagi memastikan setiap pentas kempen sentiasa padat dengan kelantangan aktivis mahasiswa yang sentiasa optimis untuk membela rakyat.
Langkah yang baik diatur bagi menyampaikan amanah kepada masyarakat di Batu Sapi walaupun terpaksa berjalan di atas jambatan yang terlalu uzur. Inilah kegigihan mahasiswa yang patut dicontohi oleh seluruh mahasiswa yang bakal memimpin negara pada masa akan datang.
Keadaan jambatan yang tidak selamat.
Perjalanan mahasiswa memasuki kawasan perkampungan di Batu Sapi.
Alhamdulillah, kedatangan mahasiswa mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat di Batu Sapi. Mereka (mahasiswa) sempat beramah-mesra dengan masyarakat di sini.
Dialog bersama rakyat Batu Sapi.
(Mahasiswa berbaju jingga).
"Kami mahukan Ketua Menteri turun ke kampung kami..13 tahun kami menderita...",antara suara permintaan beberapa orang penduduk Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi.
Suara keperitan yang dialami oleh penduduk kampung yang telah dilontarkan kepada mahasiswa adalah satu bukti bahawa mahasiswa sudah diberikan kepercayaan oleh masyarakat untuk turun bersama masyarakat dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia yang akan datang.
Kelihatan penduduk kampung yang sempat beramah-mesra dengan mahasiswa.
(Mahasiswa berbaju hitam).
Mahasiswa (berbaju jingga) telah mengedarkan risalah kepada masyarakat di Batu Sapi.
Harapan mahasiswa Sabah kepada masyarakat Batu Sapi agar memilih (mengundi) pemimpin yang adil bagi menjamin kehidupan yang baik pada masa akan datang. Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud :
“Sesungguhnya, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar, Maha Teliti.”
"MEMURNIKAN GERAKAN, MEMAKNAKAN MAHASISWA"
Sumber: http://islamreturn.blogspot.com
Petang tadi selepas taklimat dari Ketua Pemuda PAS negeri Sabah, jentera pemuda akan meneruskan siri kempen melalui ops 'hit and run'. Berita lanjut tentang ops. tersebut boleh dilihat
disini.
Pada masa yang sama, pada sebelah malam beberapa ceramah kelompok akan diadakan dibeberapa buah kampung. Menurut maklumat yang diterima terdapat kampung yang akan menurunkan bendera dan poster BN. Maklumat kampung tersebut terpaksa aku rahsiakan.
Berikut sedikit berita bergambar:
Markas jentera pemuda PAS dikunjungi oleh adik Adi Putra
Taklimat gerak kerja jentera pemuda
Pasukan Ops. Hit and RunJentera pemuda sepangar bersedia bergerak untuk Ops. Hit and Run
sumber: http://islamreturn.blogspot.com
Sebentar tadi saya menerima call dari ust yusri yang juga salah seorang bloggar SBS. Beliau memaklumakan blog khas PRK Batu Sapi telah ada. Beliau meminta agar ianya menjadi sumber maklumat terkini berita disana dan diwar-warkan. Selain dari itu saudara Nurilhakim juga telah menyediakan lama FB untuk maklumat terkini. Berikut ialah laman media PRK terkini dari Batu Sapi.
PRK Batu Sapi BLOG:
http://prkbatusapi2010.blogspot.com/Juga boleh melayari BLOG:
http://sahabatblogsabah.blogspot.com/Facebook:
Bisik-Risik P185 Batu Sapi
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.