11 October, 2011

Tiga beradik mangsa kebakaran diberi bantuan

Share

sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

BEAUFORT, 09 Okt: Nasib tiga beradik malang yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini, mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS).

Dengan kerjasama PAS Kawasan Beaufort, kesemua mereka menerima sumbangan beras serta barang keperluan harian, semalam.   

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu berkata, pihaknya memang mempunyai dana khas kecemasan bagi membantu mereka terlibat dalam bencana alam seperti ini.
   
“Pada hari ini (semalam) kita membelikan kelengkapan harian termasuk beras dan pakaian agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa”, katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Beaufort bersama Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Saudara Mohd Julfikar Abdul Mijan serta rombongan sempat menghulurkan sumbangan beras kepada wakil penduduk Kampung Bukau yang terlibat dalam banjir baru-baru ini.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.