13 October, 2011

PAS DESAK POLIS SABAH HENTIKAN SANDIWARA

Share
sumber: sabahkini.net


Oleh : HAJI HAMZAH ABDULLAH
TAHNIAH kerana Polis Sabah telah berjaya menangkap tertuduh dalam kes bunuh paling kejam di Sabah, Inspektor Ahmad Rizal Omar, yang juga kekasih gelap mangsa, Kartini Binti Borhan.
PAS Sabah menghargai tugas serta tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh PDRM terutama Polis Keningau sehingga tertangkapnya suspek utama yang terlibat dengan pembunuhan kejam teman wanitanya di Taman Adika, Keningau.
Bagaimanapun, PAS Sabah berharap agar PDRM tidak menjadikan kes bunuh ini sebagai ‘Sandiwara’ atau ‘Pintomin’ untuk menutup imej buruk polis kerana sebelum ini kes ini diklasifikasikan sebagai mangsa rompak dan bunuh.
Kebijaksanaan polis untuk mencari pembunuh sebenar amat diharapkan, maka sewajarnya Inspektor Rizal yang ditahan reman mengikut Seksyen 117 didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kesalahan atas niat membunuh.
Jika penangkapan tersebut hanya atas dakwaan bersubahat (abetting), maka PAS Sabah sangat sangsi tentang siapakah pembunuh Kartini dan menggambarkan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.
Sehubungan itu, PAS Sabah mendesak agar siasatan ini diambil alih Bukit Aman agar lebih telus dan bagi mengelakkan polis Sabah campurtangan kerana melibatkan banyak pihak.
PAS juga menggesa Polis Sabah agar menjalankan siasatan dan mendakwa PATI yang mencederakan AJK Surau Al Gayah Nur Salam di Kampung Lamak Bukit, Silam, Haji Wahab Nonong dan dua orang anaknya; serta menggesa Polis Lahad Datu menghenti ugutan ke atas mangsa untuk diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana terlibat memberi kenyataan di dalam Videoklip 

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.