sumber: http://monazmuslim.blogspot.com
Propaganda kerajaan UMNO BN "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkan oleh PM Najib Altantuya memang bertepatan dengan apa yang dilakukan terhadap rakyat hari ini. Memang betul rakyat didahulukan oleh pentadbiran Najib dan KM Sabah Musa Aman. Selaku negeri yang berada di ranking corot di sudut rakyat termiskinnya, hari ini kerajaan UMNO BN Sabah sekali lagi menyembelih rakyatnya dengan kenaikan menggila tarif elektrik.Setakat ini penulis belum lagi dapat bil terkini, namun seorang sahabat yang menetap di Taman Indah Permai memaklumkan beliau terkejut dengan bil elektrik terkininya berjumlah RM200. Tegasnya, sebelum ini bil bulanan rumahnya sekitar RM120 saja.
Tak tahulah apa nak dicakap jika rakyat Sabah masih terus memberi undi pada UMNO BN dalam PRU13 nanti. Kalau berlaku juga, memang bangang sungguhlah.
Seharusnya kenaikan tarif elektrik yang tinggi ini dapat dijadikan sebagai iktibar kepada kita semua bahawa kerajaan UMNO BN yang sedang berkuasa sekarang bukan lagi kerajaan membela nasib rakyat tetapi menjadikan rakyat bawahan sebagai mangsa untuk 'disembelih' terlebih dahulu ekoran korupsi dan penyelewengan pemerintah.
Setelah membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas, kini sekali lagi warga Sabah dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik yang begitu tinggi.
Amat mendukacitakan bila mana rakyat terus merelakan diri mereka diperbodohkan dengan segala janji-janji manis setiap kali menjelang pilihanraya. Kalau sekali kena tipu, takpe juga... Ini tidak. Dah berkali-kali kena bohong pun, ehhh masih lagi dok undi UMNO BN.
Mungkin sekarang marahlah... Merungut dengan kawan-kawan "Celaka punya kerajaan. Bil elektrik aku bulan ni RM100. Sebelum ni cuma RM60 je. Lepas ni jangan haraplah aku nak undi BN lagi." Percayalah, suara-suara begini pasti mula kedengaran di kedai-kedai kopi. Namun boleh diyakinikah cakap-cakap mereka itu?
Bagi penulis, sukar untuk dipercayai sikap mereka yang merungut itu apatah lagi golongan Bumiputera. Esok bila tiba saja musim PRU13, bila diugut, ditabur wang dan janji-janji manis, mereka yang merungut tadi akan berubah semula pendirian dan kembali mengundi BN.
Mungkin ramai di kalangan rakyat masih tidak sedar bahawa memang menjadi dasar kerajaan UMNO BN selama ini untuk terus membiarkan golongan Melayu dan Bumiputera hidup dalam kemiskinan kerana hanya itulah saja cara untuk memperbodohkan mereka. Justeru apa jua ugutan yang dibuat oleh UMNO selama ini terhadap mereka terus laku dan laris.
Biasa kita dengar cakap-cakap seperti "Kami takut bah mahu undi pembangkang sebab nanti kami tak dapat bantuan." Ada juga yang kata "Maaflah sebab kami tinggal di perumahan awam kerajaan. Kalau kami sokong pembangkang, di mana kami mahu tinggal jika dihalau..." dan pelbagai bentuk ugutan dibuat untuk menakut-nakutkan mereka.
Semuga Ramadhan tahun ini memberikan kemerdekaan pada jiwa ummat Islam yang selama ini takut dengan pemerintah yang korup dan zalim.
Salam Ramadhan Al Mubarak.
1 ulasan:
"Setakat ini penulis belum lagi dapat bil terkini, namun seorang sahabat yang menetap di Taman Indah Permai memaklumkan beliau terkejut dengan bil elektrik terkininya berjumlah RM200. Tegasnya, sebelum ini bil bulanan rumahnya sekitar RM120 saja."
boleh buat kajian di rumah beliau ni, apa yang membezakan dari 120 tu ke 200. cadangan supaya memeriksa trend penggunaan lektrik saudara ni.
Post a Comment