Banner milik Barisan Nasional yang digantung di pagar Masjid Negeri Sabah
Hal ini berikutan adanya banner yang tertulis "Terima Kasih, Ini Kali Lah Tolak Pembangkang" mencetuskan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya ahli jemaah masjid. Tindakan ini menggambarkan bahawa parti komponen Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya menggunakan fasiliti kawasan Masjid Negeri Sabah sebagai cara mudah bagi mendapatkan sokongan politik.
Bukan setakat itu, beberapa pihak juga berpendapat bahawa tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan dan akan mencemarkan institusi Masjid Negeri Sabah (MNS) yang sememangnya menjadi tempat tumpuan kuliyyah ilmu.
Susulan tindakan ini, masyarakat Muslim Kota Kinabalu memberi tindakbalas dengan membina satu page "Ratusan Rakyat Tolak Banner Terima Kasih BN Di Pagar Masjid Negeri Sabah" di laman sosial Facebook bagi mendesak pihak pengurusan MNS untuk menanggalkan banner tersebut secepat mungkin. Tindakan desakan ini dijangkakan lebih agresif jika tidak diendahkan oleh pihak yang berwajib. Link page tersebut boleh dicapai pada alamat https://www.facebook.com/pages/Ratusan-Rakyat-Tolak-Banner-Terima-Kasih-BN-di-Pagar-Masjid-Negeri-Sabah/480548895325784
Paparan Page di Facebook
0 ulasan:
Post a Comment