23-10-2011 AHAD : Bertempat di Kampung Buang Sayang, Kunak Jaya, rombongan PAS Tawau & PAS Kunak bekerjasama dan turun padang bagi melihat keadaaan penduduk disitu yang sudah tentu nasib mereka tidak terbela.
Rombongan kali ini yang diketuai oleh Sdr Kasman Karate, YDP PAS Kawasan Kunak dan beberapa Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Mohd Mokhtar dan beberapa exco Kawasan Tawau yang juga turut hadir.
Jambatan Kampung Buang Sayang yang hanya tunggu masa untuk Patah.
Menurut penduduk kampung disini, mereka sudah lama mengadu kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan yang diambil.
lebih kurang 200 meter panjang jambatan tapi sehingga kini belum lagi dapat dibaiki
YDP PAS Kunak, Sdr Kasman menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung
Penduduk kampung Buang Sayang mengharapkan satu fenomena gelombang perubahan berlaku dalam PRU13 nanti dengan adanya PAS bertapak di Kunak ia merupakan petanda baik buat penduduk di kampung tersebut bagi menyampaikan hasrat mereka yang selama ini tidak diambil peduli oleh wakil rakyat atau kerajaan yang memimpin negeri tersebut.
0 ulasan:
Post a Comment