13 October, 2011

PAS KESAL INSIDEN PATI CEDERAKAN AJK SURAU

Share
sumber: sabahkini.net

Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung jenayah yang cuba diselindungkan PDRM kerana ingin melindungi PATI yang menjadi Ketua Cawangan UMNO.
PAS Kawasan Silam kesal di atas insiden memukul, menyerang dan mencederakan seorang AJK Surau Al Gayah Nur Salam, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok oleh PATI yang mendapat IC Projek, Haji Abdul Wahab Nonong dan anak-anaknya sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net melalui artikel ‘Pati Rampas Surau Dilindungi Polis?’
Sehubungan itu, PAS Kawasan Silam mendesak agar Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Samsuddin Mat dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menjalankan siasatan dan menangkap PATI yang melakukan perbuatan jenayah di negara ini sehingga mencemar kedaulatan undang-undang.
Sebagai Setiausaha PAS Kawasan Silam, saya amat kesal kerana perbuatan jenayah sebegini dipandang remeh oleh PDRM, seolah-olah mereka bersekongkol dengan penjenayah dan PATI yang mendapat IC Projek.
Budaya memukul dan mencederakan seseorang hanya semata-mata kerana perbezaan fahaman politik, bukan budaya rakyat Malaysia. Mungkin ia adalah suatu yang lumrah di negara jiran Filipina, tetapi telah menular ke negara ini akibat kebanjiran masyarakat luar yang tidak menghormati adat resam masyarakat tempatan.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perbuatan terkutuk ini dari berleluasa serta tidak terkawal, maka PAS menuntut supaya pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendakwa pihak yang terlibat dengan insiden yang memalukan umat Islam ini.
Apakah kerana Presiden PAS, Datuk Haji Abdul Hadi Awang ingin mengadakan lawatan ke Madrasah berkenaan dalam masa terdekat, maka PDRM sengaja membiarkan PATI ini ‘memberi pengajaran’ kepada AJK Madrasah berkenaan semata-mata untuk menakut-nakut penduduk kampung dan Ahli PAS agar tidak menziarahi surau kontroversi berkenaan?
Jika Menteri Dalam Negeri inginkan bukti PATI mendapat IC Projek, seharusnya menjadikan Haji Abdul Wahab Nonong sebagai ‘Alibi’ kerana hampir semua penduduk Kampung Silam mengetahui latar belakang PATI berkenaan.
Salam Hormat,
USTAZ HANAFI AHMAD,

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.