16 April, 2011

Revolusi Sarawak

Share

sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Kira-kira 8 jam lagi, seluruh rakyat Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih kerajaan yang dimahukan. Samada mengekalkan kerajaan sebelumnya atau memilih Pakatan Rakyat sebagai pilihan baru. Keputusan jam 8.00 malam esok akan menjelaskan segalanya. Yang pasti akan berlaku pertarungan sengit antara BN, Pakatan Rakyat, SNAP dan Bebas.

Setakat jam 7.30 malam, gelombang kebangkitan rakyat Sarawak amat ketara di mana-mana saja. Dua hari lalu penulis ke Kuching bersama 3 sahabat. Dalam perjalanan pulang ke Sadong Jaya, sempatlah singgah di warung tepi jalan berhampiran jeti feri Sungai Samarahan. Sambil minum dan update blog di situ, penulis bertegur sapa dengan peniaga di situ bagi mendapat respons tentang sikap politik dan kecenderungannya.

Respon yang diberikan amat mengejutkan dengan pengakuan "Kamek maok perubahan". Dan respon yang serupa juga diberikan oleh setiap individu yang ditemui di pekan Asahjaya dan Sadong Jaya.

Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum semalam, BN akan kehilangan Sarawak. Namun kajian ini tidak boleh dijadikan sandaran, sekadar menggambarkan kebangkitan rakyat secara menyeluruh. Penulis hanya meramalkan Pakatan Rakyat menguasai 30 DUN.

Gelombang 2008

Bila dilihat senario yang berlaku sejak hari pertama penamaan calon 6 April lalu, bolehlah disebut bahawa Gelombang 2008 yang berlaku dalam PRU12 telah merebak ke Sarawak dalam PR DUN kali ini. Gelombang ini dilihat semakin marak bila Taib Mahmud enggan memberi tarikh pengundurannya walau Najib dilihat cuba menyakinkan rakyat bumi kenyalang ketika membuat kenyataan bahawa Taib pasti berundur. Tindakan Najib sekadar gimik bagi meraih sokongan rakyat. Apa yang berlaku membuktikan Taib sememangnya menjadi liabaliti kepada BN Sarawak.

Najib sedar rakyat Sarawak cukup membenci Taib Mahmud dan mahukan Ketua Menteri terkaya di Malaysia itu berundur selepas PR DUN negeri itu. Namun dalam waktu yang sama Najib turut sedar yang dia tiada kuasa untuk mengarahkan Taib berundur. Atas dasar itulah, si Tok Uban hanya senyum je. Dan penulis cukup yakin Taib tidak akan sekali-kali melepaskan jawatan Ketua Menteri melainkan beliau mati atau penggantinya diyakini boleh melindungi segala kepentingan dan keselamatan seluruh harta milik kaum keluarganya, juga keselamatan mereka.

Melayu

Sebagaimana Melayu UMNO di Semenanjung, sikap pengundi Melayu di Sarawak ini turut membimbangkan. Bagi ahli dan penyokong kuat parti Tok Uban PBB, penulis dapati mereka masih enggan berubah walau hidup tidak sesenang mana. Namun bagi ahli biasa, begitu jelas sikap mereka yang semakin hilang keyakinan dengan parti itu bila sejarah tercipta pada malam semalam bila 341 ahli PBB telah bertindak keluar parti dan menyertai PAS di Kg Jaie, Sadong Jaya. Mereka menyertai PAS beramai-ramai dan menyerahkan borang keahlian kepada Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sambil diperhatikan oleh Dr Halimah Ali dan Dr Mariah Mahmud.

Sebenarnya penulis dan seluruh sahabat PAS yang bertugas di DUN Sadong Jaya turut terkejut dengan gelombang ini, namun jauh di sudut hati terus memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT yang menurunkan pertolongan-Nya di saat-saat akhir sebelum menjelang pagi 16 April esok.

Petang tadi, kira-kira jam 3.30 petang, lebih kurang 60 pemuda Kg Jemukan Laut telah menyertai Konvoi Motosikal PAS dengan mengelilingi hampir keseluruhan kawasan DUN Sadong Jaya sambil membawa dan menyebarkan risalah kepada penduduk. Terharu bila melihat sambutan anak muda terhadap PAS dan ianya sesuatu yang di luar jangka sama-sekali.

Cina dan Iban

Perubahan sikap yang paling ketara telah ditunjukkan oleh kaum Cina dan Iban. Walau tidak 100% di kalangan mereka yang akan mengundi Pakatan Rakyat, tapi penulis yakin lebih daripada 60% akan memilih calon Pakatan dalam pilihanraya ini.

Penulis rasa kagum dengan sikap masyarakat Iban yang semakin bijak berpolitik berbanding orang Melayu UMNO Johor yang kekal bodoh sehingga ke hari ini. Dalam keadaan hidup mereka yang serba kekurangan serta kekurangan maklumat, namun kaum asal Sarawak itu mampu berfikir secara rasional ekoran penindasan yang dilakukan terhadap kaum mereka oleh rejim BN Taib Mahmud. Tanpa segan-silu mereka meluahkan rasa marah dan kebencian pada Taib Mahmud.

Revolusi Rakyat Sarawak

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.