17 April, 2011

Pejuang & Pendukung PAS di Sarawak : Kita sudah Menang

Share

sumber: http://balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...KAMEK MAOK PERUBAHAN!!!!!hangat dari pelbagai media, mahupun dari bicara manusia, pilihanraya negeri sarawak yang ke-10.,,bermula sebelum penamaan calon sehinggalah pengumuman keputusan...kepada bumi kelahiranku, sarawak...terasa sangat bersalah kerana tidak turun ke padang bersama dengan petugas pas sarawak dan juga petugas pas yang lain...ketidak beradaanku di sana bukanlah sesuatu yg aku sengajakan,tapi di atas beberapa alasan yg tidak dapatku kongsikan bersama...namun yang pasti, sungguhpun diriku tidak berada di sana, aku tetap memastikan aura perjuangan sahabat2 di sana bersama dgn diriku di bumi bawah bayu ini...aku berusaha yang terbaik utk terus update kan diriku dan juga meng'update'kan teman2/kenalan di fb,page, dan juga blog-blog mengenai gelombang perubahan di sarawak...doaku tetap bersama dengan kalian...



Sungguhpun...PAS kalah di kelima-lima buah kerusi yang di pertandingkan...di N03 Tanjung Datu Kak Nani yang hanya mendapat undi 1002, kalah kepada BN Tan Sri Adenan Satem yang mencatatkan undi 4218, di N015 Muara Tuang pula, 3196 undi di raih oleh Kak Noraini, tewas kepada calon BN Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud yang mencatatkan undi sebanyak 11,039, Abg Eddy yang berjaya meraih 1074 di N20 Sadong Jaya, tewas kepada calon BN Aidel Lariwoo yang meraih 4008 undi, manakala di N22 Sebuyau, Hj Adam berjaya meraih 1769 namun tewas dengan calon BN Julaihi Narawi yang mencatatkan 4045 dan yang terakhirnya di N24 Beting Maro, Abg Kerdee berjaya meraih undi sebanyak 2678, tewas dengan calon BN Razaili Gapor yang meraih undi 3069, kita sebenarnya bukanlah KALAH!!!



Dengan berkurangnya undi ke atas calon BN dan bertambahnya undi ke atas calon PAS jelas membuktikan bahawa kini PAS mulai diterima oleh penduduk negeri sarawak. Ini merupakan satu amaran dan petanda awal kepada BN bahawa tidak selamanya BN akan memerintah dan terus meng'kaya'kan kroni dan keluarga mereka dan melupakan penduduk negeri sarawak.PAS tidak mendekati rakyat Sarawak hanya ketika musim pilihanraya sahaja...namun pendekatan dan keprihatinan pejuang PAS di sarawak ke atas penduduk sarawak adalah berterusan dan bukannya bersifat sementara mahupun 'plastik'...


KAMEK MAOK PERUBAHAN!!!!itulah slogan yang di laungkan oleh warga sarawak...perubahan yang berbentuk apa?bagaimana?bila?kenapa mereka mahukan perubahan???Sangat jelas terbukti dan nyata penyelewengen demi penyelewengan dan kebobrokan demi kebobrokan BN di sabah di bawah pimpinan ketua menteri yang paling kaya di Malaysia dan paling 'prihatin' dengan keluarga dan suku sakatnya....inilah yang mendorong kepada penduduk sarawak mengimpikan sebuah perubahan dik janji manis yang asyik dihamburkan namun tiada reaksi dan tindakan yang di aplikasikan...






Sarawak,bumi kenyalang yang sangat kaya dengan hasil buminya, memberi satu sumber kepada penduduk sarawak untuk di jadikan sebagai satu aset dalam meneruskan kehidupan.Namun begitu, sumber ini ternyata di bolot dan di'jamah' dengan rakusnya oleh kroni2 tok Uban dan Tok Uban sendiri..melupakan periuk nasi orang lain semata-mata menambah nasi di pinggan sendiri dan keluarga masing2 yang ternyata nasi tersebut sudah menggunung tinggi di atas pinggan mereka...

Owh penduduk sarawak yang menginginkan kepada sebuah perubahan, teruskan usahamu dlm mengubah realiti yang sedang melanda bumi sarawak...teruskan sokonganmu kepada PAS yang dengan ikhlasnya ku katakan di sini bahawa keprihatinan pejuang PAS bukanlah sesuatu yang palsu dan sementara...teruskan bersama PAS dalam mengubah nasib penduduk di sarawak!!!Kepada yang masih lagi mengundi BN, ku mendoakan agar suatu masa dan ketika, hatimu terbuka kepada sebuah kebenaran dan lali kepada sebuah kepincangan...








Kepada semua penyokong dan pendokong PAS, jazakallahu khairan khatira...kita bukanlah kalah malah tiada istilah kalah di dalam sebuah perjuangan!!!kita sudah menang....kerana kita sudah berjaya membuka mata penduduk sarawak kepada sebuah kebenaran dan membawa mereka ke sebuah perjuangan yang menjadikan islam itu sebagai wadah perjuangan!!!Allah swt di dalam al-quran menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-nasr dan al-fath uang masing-masingnya mempunyai perbezaan yang berbeza...kemenangan melalui istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu,masyarakat umum, dunia dan akhirat manakala kemenangan al-fawz pula merujuk kepada kemenangan dan kejayaan di akhirat. Kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya...


Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12 yang bermaksud:


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”


Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim...kita perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam...Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Kita lihat ayat 55 Surah al-Nur dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya...Surah al-Nur ayat 55 yang bermaksud:



Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”



Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w...bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi...firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’ yang bermaksud:



Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.


Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.”

Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku,yang Islam mendapat kebaikan,kemuliaan dan kehebatan,manakala yang kafir mendapat kehinaan,merasa kerdil dan membayar jizyah.”



Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia... janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah...








Oleh itu,kepada para pendukung perjuangan Islam tak kira lah sama ada di bumi sarawak atau di mana-mana sahaja, sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya...Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 126 Surah Ali ‘Imran dan 10 Surah al-Anfal yang membawa maksud:



"Dan Allah tidak menjadikannya (pemberian bala bantuan itu ) melainkan sebagai khabar gembira bagi kemenanganmu,dan agar hatimu tenang kerananya. Dan tidak adalah kemenangan itu, selain dari Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Ali- Imran : 126)



Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan...



Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana pula menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan...



Justeru itu, eetiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah...bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain...yakin dan percayalah dnegan kata-kataNya...



Oleh itu, para pejuang Islam khususnya kepada pejuang PAS perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan..Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26 yang bermaksud :


Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Semoga,segala apa yang kita hajati dan inginkan diperkenankan olehNya dan segala amalan kita dipermudahkan olehNya...kepada bumi kelahiranku yang tercinta, suatu masa nanti,ku pasti akan kembali ke sana, bersama menyemai dan menyuburkan 'tanaman' di sana agar bisa menjadi 'hasil' yang diredhaiNya...Insyaallah....teruskan perjuangan antum/na di bumi kenyalang..jangan patah semangat!!!ini baharu suatu permulaan...kepada semua petugas PAS yang ikhlas berkorban masa, wnag ringgit dan tenaga dalam membuat perubahan kepada negeri dan pemikiran penduduk sarawak, antum/na adalah di antara barisan hadapan yang memasuki syurga Allah swt...itu adalah janjiNya kepada pejuang agamaNya...kepada pejuang PAS sabah, gelonjakan suasana bakal menerjah di bumi bawah bayu tidak lama lagi!!!mantapkan strategi, giatkan mandiri, kukuhkan ikatan hati agar kita bisa bergerak selangkah dalam menongkah arus ke'plastikan' di sabah...JOM UBAH SABAH BAH!!!!!!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.