18 April, 2011

Kalah Besar : SNAP buat sidang media khas esok

Share

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com

KUCHING: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak enggan memberi sebarang komen mengenai kekalahan parti itu di ke semua 26 kerusi yang ditandinginya.

“Jawapan saya ialah tunggu Selasa ini (esok), kami akan mengadakan sidang media selepas bermesyuarat di ibu pejabat parti… itu sahaja yang boleh saya katakan setakat ini,” katanya.

Pada masa sama Edwin mendakwa secara tidak rasminya SNAP memenangi satu daripada 26 kerusi yang dipertandingkan namun ‘calon’ itu tidak dapat didedahkan kerana belum mendapat surat kuasa daripada parti.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan memberitahu kenyataan yang lebih pasti hanya akan diketahui 19 April ini.

Pada pilihan raya kali ini, SNAP bukan sahaja gagal memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hampir kesemua calonnya hilang wang pertaruhan kecuali Jamal Abdullah yang bertanding di DUN Pakan.

SNAP yang bertelagah dengan KEADILAN berhubung agihan kerusi sebelum pilihanraya lalu berkeras dan yakin calonnya lebih mampu menang.Malah, pemimpin tertentu SNAP juga mengugut akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tuntutannya ditolak.

SNAP dan KEADILAN bertembung di 26 kerusi DUN sekaligus memecahkan undi pembangkang yang banyak memberi kelebih kepada BN.

Pakatan Rakyat melihat SNAP adalah parti yang didalangi BN bertujuan sengaja untuk memecahkan undi KEADILAN yang banyak bertanding di kawasan majoriti kawasan Orang Asal Sarawak berbanding PAS dan DAP.Malah, SNAP dilihat akrab dengan Parti Kesejahteraan Rakyat Insan Tanah Air (KITA), pimpinan Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan KEADILAN kerana merajuk dan gagal dalam saingan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan KEADILAN hujung tahun lalu.

Kelulusan parti KITA juga disegerakan Pendaftaran Pertubuhan tetapi pelik dengan pendaftaran Pakatan Rakyat yang sehingga kini gagal diluluskan semasa diuruskan Zaid.

Selain parti KITA, parti SNAP juga rapat dengan Parti Maju Sabah (SAPP), bekas sekutu BN Sabah yang menentang KEADILAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pertembungan sesama SAPP dan KEADILAN pada PRK itu menjadikan laluan BN mudah untuk menang di situ.

Gambar di bawah ialah Presiden SNAP bersama salah seorang pimpinan SAPP.

Pada PRK bagi kerusi DUN Batang Air April 2009, seorang Timbalan Presiden SNAP membawa sekumpulan anggota parti itu membuat sidang media bahawa parti itu menyokong BN.

Pada PRK itu, KEADILAN tewas dengan majoriti lebih 1,000 kepada calon BN.

SNAP sebelum ini sudah 'mati' namun dihidupkan semula setahun sebelum pilihanraya Sarawak dan secara tiba-tiba mempeolehi dana untuk berdepan pilihanraya Sarawak kali ini.

Seorang pemimpin BN Sarawak semasa kempen baru-baru ini mengakui SNAP mungkin mendapat dana dari individu yang rapat dengan kepimpinan BN Sarawak.

Semalam, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing mengajak SNAP untuk menyertai BN.

Untuk rekod, PRS ialah serpihan SNAP.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.