19 October, 2010

JANGAN takut Islam Memerintah

Share
sumber: http://i4a99-cintakanmati.blogspot.com

Kebelakangan ini, isu pilihanraya Parlimen Batu Sapi di Sabah telah hangat diperkatakan. Tampil pemimpin-pemimpin yang hebat cuba menjadi juara dalam segala hal untuk menonjolkan diri. Satu perkara yang sukar difahami apabila parti PAS seolah dipinggirkan oleh PR. Nampak tidak diharap untuk bertanggungjawab pada pilihanraya kali ini.


Saya rakyat Sabah turut mengikuti perkembangan isu ini walaupun berada jauh di perantauan. Kehangatan isu ini menunjukkan rakyat Sabah semakin sensitif untuk menilai setiap perkara. Terbongkar pula pelbagai rahsia dan aib di sebalik kesejahteraan negeri Sabah. Pelbagai isu berbentuk masalah pemerintahan cuba dilontarkan. Tujuannya tidak lain kecuali menegakkan keadilan seterusnya meminta rakyat memangkah calon yang tepat.

Namun di sini, saya memberi sedikit respond berkenaan dengan SABAH. Negeri Sabah telah diperintah oleh pucuk pimpinan BN dengan sekian lamanya. Apa yang pelik di Sabah ialah maklumat tepat sukar untuk disampaikan. Kesannya rakyat kurang mengetahui isu-isu penting terutamanya di kawasan pedalaman. Adapan isu yang tepat hanyalah bersifat setempat. Ini membuatkan kerajaan zalim yang sebenar tidak dikenali sama sekali. Kesukaran mendapat maklumat inilah menyebabkan rakyat hanya mengharap janji-janji kosong. Perkara lain yang saya perhatikan ialah medium maklumat terlalu terhad. kebanyakan penduduk Sabah hanya ada rancangan TV pro BN sahaja. Manakalah majalah juga dimonopoli pro BN.

Selain itu, terdapat banyak sentimen yang bersifat keagamaan dan perkauman dijadikan alasan pengundian. Apa yang telah saya teliti ialah, terdapat segelintir rakyat Sabah yang takut akan kuasa politik PAS dengan alasan takut mengancam agama mereka. Ini dapat dibuktikan apabila beberapa penduduk tempat saya tidak sanggup menyokong Dato' Seri Anuar Ibrahim kerana ketokohannya dalam agama Islam. Atas alasan Islam, pemimpin seperti ini ditolak mentah kerana takut suatu masa nanti kononya mengancam agama mereka. Saya sangat kesal akan kesalahfahaman ini. Dan mungkin inilah yang menyebabkan sebahagian anggota PR sentimen dan takut akan status agama yang dibawa PAS. Kurang yakin kerana takut tidak mendapat sambutan rakyat Sabah yang majoritinya bukan Muslim.

Kini, apabila disebut PAS, ramai yang masih keliru akan perjuangan parti ini. Saya yakin, PAS pernah mengalami tuduhan fitnah yang dilontarkan UMNO. Sebab itu tak hairanlah jika beberapa sahabat saya suatu ketika dahulu pernah mencemuh bahawa PAS adalah ajaran sesat. Apa yang saya yakini di sini ialah PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan keadilan, keikhlasan, kejujuran dan keharmonian. Jadi, tak salah jika saya kata PAS FOR ALL.

Maka PAS telah terbukti kewajaranya pada semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. Jika kita lihat Kelantan sahaja, kematangan PAS telah memberi keadilan pada semua kaum sama ada Cina mahupun India. Di sana, mereka bebas beramal dan mendirikan pembangunan agama mereka. Jadi, ancaman agama yang ditakuti segelintir rakyat Sabah adalah tidak patut. Calon PAS adalah dari kalangan yang telah cukup syaratnya. Syarat yang dimaksudkan di sini bukanlah berbentuk akademik semata-mata. Kecukupan wang kempen tidak sama sekali. PAS tidak akan memilih calonnya dengan sewenang-wenangnya. Mereka adalah di kalangan calon yang terbukti ketokohannya, diyakini ketulusannya, dipercayai kejujurannya malah akhlak sudah tentu dititik beratkan parti.

Dengan ini, rakyat Sabah haruslah matang dalam menilai setiap perkara di sekelinling mereka. Memilih calon bermakna meletakkan masa hadapan di tangan sendiri. Kerana jari andalah yang menjadi saksi pangkah pada calon pilihan. Oleh itu setkanlah minda cuba melapangkan dada meminggirkan sentimen yang hanya merugikan generasi. Jika nyata seseorang boleh membela nasib rakyat, apa salahnya jika kita memangkahnya=)

Salam Mujahid^^

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.