19 October, 2010

DAP bantah UMNO Melaka robohkan surau

Share

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak PASTI dan surau untuk dibuat jalan raya menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan raya.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demo bantahan berjaya diadakan mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil telah diganggu oleh pihak Polis selepas hanya kira-kira 5 minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan menganggu ketenteraman awam dan tiada permit.


Semua pemimpin utama PR hadir antaranya Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka,Ustaz Abd Ghani Abdul Rahman; Pengerusi DAP Negeri YB Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh YB Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir YB Tey Kok Kiew; Ketua AMK Melaka Hairiz Nordin serta Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.