17 July, 2010

4 Adun UMNO boikot Muhyiddin Yassin?

Share

sumber: http://muridkyai.blogspot.com


Timbalan Presiden Umno,Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi orang terawal mendesak bekas bosnya, Abdullah Ahmad Badawai agar segera berundur dari kerusi Perdana Menteri, hari ini menerima nasib memalukan apabila empat Adun Umno di Terengganu memboikot kehadirannya di negeri itu sebentar tadi.

Muhyiddin yang sejak beberapa hari lalu memanipulasi isu kerjasama-Umno PAS kononnya untuk kepentingan Islam dan Melayu dimalukan dalam majlis itu dalam keadaan kononnya Umno Terengganu sudah bersatu sepertimana yang dipropagandakan oleh Sepupu Najib, Hishamuddin Hussien beberapa hari lalu.

Muhyiddin yang sebelum ini cuba memutarbelitkan isu pasir di Selangor dan pada masa yang sama enggan bekerjasam dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat melahirkan kekecewaannya secara terbuka di majlis itu sepertimana dilaporkan Bernama hari ini.

Dalam isu pasir, Muhyiddin sebenarnya menunjukkan kebodohannya apabila menolak untuk bersama-sama membanteras isu itu walaupun belum pun membaca kandungan surat yang dihantar oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebagaimana Muhyiddin sejak beberapa minggu ini mensabotaj orang lain, hari ini beliau mendapat balasan setimpal apabila Timbalan Presiden Umno itu diboikot oleh wakil rakyatnya sendiri yang juga Adun Umno, bukan seeekor tetapi empat orang.

Nampak gaya, bukan sahaja bangunan runtuh di Terengganu, tetapi juag Umno bakal runtuh dan tersungkur di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

di bawah ini adalah laporan dari bernama sebentar tadi.



SETIU, 16 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan anggota UMNO supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.


Timbalan Presiden UMNO itu berkata perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sebut ini bukan sahaja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Setiu, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Anggota Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusuh.


Bagaimanapun, empat wakil rakyat kawasan Setiu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, Abd Halim Jusoh (ADUN) Permaisuri, Asha'ari Idris (ADUN Langkap) dan Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) tidak hadir pada majlis tersebut.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan empat wakil rakyat itu hadir pada majlis penting seumpama itu.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai Timbalan Presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya.

"Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota UMNO sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.

-- BERNAMA

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.