11 May, 2010

PRK Sibu : Agama Hanya Retorik Mereka (UMNO/BN)

Share
Sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/

Berikut merupakan pengakuan seorang penulis tentang pilihanraya di ‘negara-negara islam’ termasuk Malaysia.

“Sebenarnya mustahil hendak melihat kemenangan sebuah parti pembangkang, apatah lagi parti islam memenangi pilihan raya di negara-negara islam, khususnya negara-negara Arab. Jika mereka berjaya memenangi majoriti, pasti akan berlaku revolusi daripada pihak parti pemerintah ataupun daripada pihak tentera. Pengalaman pahit FIS di Algeria, Parti al-Nahdah di Tunisia dan Parti Refah di Turki sudah cukup menunjukkan demokrasi tidak digemari di sana.

Hakikat yang sering berlaku adalah penipuan, penyelewengan dan juga pencabulan proses pilihan raya seperti yang berlaku di Jordan, Mesir, negara-negara Teluk, Pakistan, Malaysia dan juga beberapa negara Islam yang lain. Hakikatnya demokrasi tidak benar-benar diamalkan oleh negara-negara Islam”. 

Sumber : Halaman 108 – 109, Bab 16, HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis, 2009.

Kenyataan di atas bukanlah palsu mahupun kenyataan membuta tuli. Kita lihat situasi semasa di ambang Pilihan raya Sibu yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, BN telah membawa isu PAS sebagai sebuah ‘parti ekstrim’ dalam Islam. Sungguh ketidak telusan BN terserlah lagi dalam pilihan raya.

PAS dikatakan sebagai Parti Islam yang ekstrim adalah sesuatu yang ‘kurang berakal’. Sedangkan dalam menangani isu Kalimah Allah, PAS amat berhikmah sebagai sebuah parti islam bagi menerima keputusan itu. Bahkan sehingga dikatakan sebagai pencacai dalam Pakatan Rakyat dan menjual Islam dalam perjuangan politik. Bagaimana ini boleh berlaku? Sedangkan PAS hanya berdiri dengan hujah. Kenapa di katakan PAS ekstrim? Walhal UMNO/BN yang melakukan demonstrasi jalanan yang kurang beradab dalam menangani isu Kalimah Allah.


Hakikatnya UMNO/BN hanya mempermainkan agama sebagai bahan politik mereka agar terus berkuasa. Ketika isu kalimah Allah, PAS dituduh menjual agama semata-mata untuk mengukuhkan sokongan masyarakat Melayu terhadapa mereka, tetapi sebaliknya pula ketika ambang pilihan raya di Sibu, PAS ditubuh sebagai parti ekstrim oleh UMNO/BN. Sesungguh UMNO/BN hanya mempersendakan agama yang mereka anuti sendiri. UMNO/BN tidak konsisten dalam pendiriannya, apatah lagi berkaitan isu sensitif seperti agama. Hal ini diakui sendiri oleh seorang non-muslim di mana dia memulakan dahulu diskusi kami ketika isu Kalimah Allah sedang hangat.

PAS menangani masalah sensitif secara berhikmah dan konsisten terhadap dasar Islam tetapi tidak sebaliknya pula UMNO/BN yang tidak konsisten dengan agama tetapi bersungguh-sungguh dan 'ekstrim' dalam isu Kalimah Allah. Bukankah itu retorik namanya? Secara tidak langsung BN telah 'menghina' agama Islam dengan mengatakan PAS yang membawa dasar Islam sebagai 'ekstrim'. Islam bukan agama keganasan.

Dalam siri penulisan ku sebelum ini telah banyak aku memperingatkan bahawa neraca yang terbaik adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kebenaran dan keadilan tidak terletak di bahu pemerintah mahupun pembangkang. Manakah ayatnya yang memaparkan kebenaran dan keadilan terletak statik di tangan kedua-duanya? Jawapannya tiada. Bukalah mata wahai saudara ku.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.