12 May, 2010

PR Wajar Dihargai

Share
Pakatan Rakyat telah digagaskan secara tidak rasmi pada PRU 12 (2008) yang lalu lantas memenangi beberapa buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan kekal memerintah di Kelantan. Pakatan Rakyat dianggotai oleh tiga buah parti utama iaitu PAS (Part Islam Semalaysia), DAP (Democratic Action Party) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Gagasan ini telah mewujudkan tsunami politik terhadap Barisan Nasional semenjak BN kekal memerintah Malaysia selama 50 tahun. Gagasan PR telah Berjaya memecahkan monopoli BN terhadap sturuk pemerintahan di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini telah berlakunya insiden lompat melompat di dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali PRK di mana banyak ahlinya yang telah melakukan aksi bidan terjun ke dalam UMNO. Ada yang mengatakan ia merupakan simpton keretakan di dalam PR. Walau bagaimanapun lebih sesuai sekiranya dikatakan sebagai proses pematangan bagi pejuang-pejuang PR bagi mengambil tampuk pemerintahan Malaysia pada suatu hari nanti. Hal ini adalah seperti mana yang telah berlaku pada Parti Perikatan (sekarang BN) di awal sejarah penubuhan Malaysia, tetapi keadaannya lebih teruk sehingga menyebabkan Brunei dan Singapura keluar daripada Malaysia. Bahkan peristiwa peristiwa 13 Mei.

Beza Pakatan Rakyat Dan Barisan Nasional

Aku melihat PR adalah satu strategi yang sama seperti pengwujudan parti Perikatan bagi memenangi kerusi sekaligus mendapatkan majoriti besar di dalam parlimen pada hari. Walau bagaimanapun hala tuju PR dan BN adalah sesuatu yang amat berbeza. PR bersatu bukan disebabkan atas dasar bangsa sepertimana UMNO mewakili Melayu, MCA mewakili cina dan MIC mewakili kaum India.

PR tertubuh di atas sebab kesedaran pejuang-pejuang rakyat di Malaysia di mana PAS, DAP dan PKR bersatu ada dasar keadilan, kesaksamaan dan kebenaran berbanding UMNO, MCA dan MIC yang bersatu semata-mata untuk memajukan kaum masing-masing di mana UMNO menjadi parti dominan dalam BN. PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu atas dasar kaum masing-masing, walaupun hakikat DAP menonjol dengan majoriti kaum cina.

PR mampu menjadi jambatan persefahaman agama di Malaysia melalui dasar keadilan, kesaksamaan dan kebenaran yang diperjuangkan kerana ia wujud di dalam setiap agama yang mahukan unsur-unsur tersebut. Hal ini kerana wawasan kaum seperti yang wujud di dalam Parti Perikatan tidak pernah menjadi agen penyatuan sesebuah negara. Tetapi menjadi platform untuk kepentingan orang tertentu menjadi juara di mata kaumnya. Di mana UMNO, MCA dan MIC yang mahu menaikkan kaumnya sebagai kaum yang dominan bukannya untuk keadilan, kesaksamaan dan kebenaran bersama. Isu yang paling simple ialah cara menangani isu Kalimah Allah oleh PR dan BN. Jika anda mahukan kepastian sila kaji kembali dasar-dasar parti yang mewakili Pakatan Rakyat dan Parti Perikatan.

Di Lema Melayu Islam

Pernah seseorang mengatakan sekiranya PR berkuasa, maka Melayu akan mundur dan kehilangan negara. Kononnya prinsip kesaksamaan di dalam Pakatan Rakyat itu akan ‘mematikan’ bangsa melayu dan bumiputra yang diberikan peluang 30% dalam setiap asset ketika di bawah Barisan Nasional, itu adalah jawapan yang ‘kurang matang’. Ia bergantung kepada masyarakat melayu sendiri. Melayu hari ini gagal kerana jauh meninggalkan agama dan pemerintah sendiri gagal dalam menangani masalah pemahaman Islam.  Lihatlah sahaja ketika Melayu menjulang Islam semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka! Teknik penyelesaian masalah yang diutarakan hanya bersifat luaran seperti Pendidikan Reproduktif yang dicadangkan oleh YB Sharizat. Masalah melayu berpunca dari dalam diri kemudian menular keluar, jadi ia juga perlu diubati dengan sedemikian rupa.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.