09 May, 2010

Polis tidak lagi menjadi HERO dimata rakyat

Share
Sumber: http://adzlyna86.blogspot.com/

KUGAN, NORIZAN SALLEH, AMINULRASYID, TAWFIQ NORZAN

APAKAH PERSAMAAN KEPADA 4 NAMA DI ATAS?

Persamaannya mereka pernah 'berjumpa' dengan polis. Akhir perjumpaan mereka dengan polis, 3 daripadanya berakhir dengan kematian, seorang sahaja yang bernasib baik masih hidup walaupun telah mengalami 5 tembakan.

Tersenyum sendiri, apabila membaca kenyataan ketua polis negara yang menyatakan beliau akan memberhentikan khidmat polis menjaga keselamatan jika rakyat masih menyalahkan polis berkaitan isu Aminurrashid. Tidakkah beliau memikirkan kerisauan rakyat ada asasnya?

FAHAMI KEBIMBANGAN RAKYAT
Pada tahun ini sahaja, cukup gerun apabila membaca surat khabar, setiap hari ada saja pelbagai versi jenayah berlaku. Kalau dulu, kita merasakan mustahil jenayah tersebut berlaku di Malaysia. Tapi kini segalanya mungkin. Tembak jarak dekat. Bunuh orang kerat tiga masuk tong sampah. Buang bayi dan bakar. Bunuh perempuan mengandung lepas tu dipijak perut pula. 

Membaca surat khabar saja meletakkan diri dalam tidak selamat dan tidak aman. Apatah lagi apabila keluar dari rumah. Macam-macam gambaran kejadian yang dibayangkan boleh terjadi. Rakyat sudah cukup bimbang dengan jenayah setiap hari yang berlaku di depan mata. Polis menjadi harapan terakhir rakyat untuk menjaga keselamatan. 

NAMUN APA IMEJ POLIS DI MATA RAKYAT KINI?
Dulu, saya begitu teruja mengikuti siri cerita polis cina di TV2 dan TV3. Nampak hebat kerja polis dimata saya pada waktu itu. Tapi siri polis versi Malaysia dalam Gerak Khas tidak pula membentuk apa-apa persepsi yang baik terhadap polis. Mungkin  kerana telah mempunyai persepsi sedia ada. Dengan isu-isu sekitar integriti dan kecekapan polis yang berlaku saban tahun. Logik dan rasional sekiranya rakyat biasa seperti saya dan anda merasa RISAU dan TIDAK SELAMAT terhadap polis. Kerisauan ini berasas. Polis tidak lagi dirasakan HERO di mata rakyat. 

KERISAUAN INI PERLU DI HILANGKAN !
Bukan mudah tanggungjawab menjaga keselamatan rakyat. Keluar kerja pagi balik belum tahu hidup atau mati kerana tugas mereka (Polis) berhadapan dengan jenayah setiap hari.  Dan masih ada anggota polis yang tulus ikhlas mendedikasikan kehidupan mereka untuk menjaga keselamatan rakyat. Tidak adil kita menghukum keseluruhan anggota polis di atas kesalahan sesetengah pihak. 

Namun, kerisauan rakyat ini perlu dihilangkan. Jika benar salah, mengaku salah dan hukuman yang setimpal perlu dijalankan.  Lencana POLIS bukan menjadi imuniti untuk sewenang-wenangnya bertindak sesuka hati terhadap rakyat. Tambahan apabila melibatkan ada nyawa rakyat yang melayang. PDRM perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka.  Khidmat Polis masih diperlukan rakyat.

Buat sekian kali, Mengharapkan keadilan yang sebenar tertegak untuk semua pihak. Kepada pemerintah, dengarlah suara rakyat yang semuanya hanya inginkan keadilan dan masa depan Malaysia yang lebih aman dan selamat.

 
 Tinta Saya,

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.