19 April, 2010

Derma Ikhlas Membawa Berkat:

Share
Sumber: http://diarimuallimah.blogspot.com/


"Awak buat hidup saya kembali CERIA dan BAHAGIA!! Saya sungguh gembira hari ini... Terasa saya sentiasa sihat walaupun masih berada di hospital... Terima kasih, awak.."

Saat kita mengecapi nikmat sihat dan bahagia menatap dunia, kita terlupa dengan sahabat dan adik-adik kecil kita yang masih menyiram benih harapan agar dapat sama berdiri dan menghargai alam bersama kita...

Sahabat-sahabat, sama-sama kita doakan adik kak Lin di hospital Ipoh yang sedang koma, disyaki kuman dalam otak...Moga Kak Lin (Nisa' Shah Alam) ditabahkan hati selalu.. Amin..

Saat kita senang dan bahagia, ada sahabat yang sangat perlukan doa dan sumbangan dari kita.. Sama2 kita doakan dan berkongsi suka dan duka ; bank in ke maybank : Nor Azlin Mohd Ariff : 162218461897. Terima kasih.

Nisa' Kawasan Kudat akan mengadakan ziarah atau lawatan ke hospital, wad kanak-kanak. Seramai 30 orang kanak-kanak yang akan dilawati dan diraikan. Oleh itu, sumbangan ikhlas bagi tabung derma yang sentiasa terbuka memandangkan ziarah/lawatan tersebut akan diadakan setiap sebulan sekali. Dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan kewangan atau barangan pada bila-bila masa sahaja. Sumbangan wang boleh disalurkan ke ;

Akaun NASUHA BINTI PAUZI (bendahari), MAYBANK (153010634243) atau berhubung terus dengan Cik Noor Ezzah Mohd Shaipullah di talian 019-4374026.

Bantuan barangan yang dicadangkan adalah seperti berikut ;

1) Sabun Mandi/Dettol
2) Wet Tissue
3) Serviette
4) Air Kotak Dutch Lady/Minuman kesihatan
5) Tuala Kecil
6) Bedak
7) Biskut IKO/Oat/kesihatan
8) Ubat gigi/berus gigi kanak-kanak
9) Permainan kanak-kanak / buku mewarna/ pensel warna
10)Apa sahaja barangan yang dapat menghiburkan kanak-kanak di hospital

Sumbangan Ikhlas anda didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Jaza'...Moga sumbangan yang sedikit tetapi ikhlas, bakal mendapat ganjaran yang besar dari-Nya, serta dapat mengeratkan kasih sayang antara sesama insan.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.