sumber: http://ikhwannain.blogspot.com
23 JANUARI 2012. – Sebuah program Rumah Terbuka Pakatan Rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina telah berlangsung di Dewan Kian Kok, Likas. Program dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Kinabalu.
Orang ramai mula berkunjung sebelum jam 9 pagi, program turut dihadiri oleh wakil parti politik PAS, DAP, SAPP dan juga STAR. Kehadiran pengunjung dianggarkan melebihi 1000 orang. Program bukan sahaja mendapat sambutan daripada masyarakat tiong hua tetapi juga pelbagai lapisan masyarakat sabah. Dewan menjadi hangat dengan kedatangan tetamu kehormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 12.50 tengah hari yang disambut dengan persembahan tarian singa.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyeru agar diwujudkan kerjasama antara SAPP, STAR bersama komponen Pakatan Rakyat dalam PRU13. Ini bagi memastikan agenda menjatuh BN menjadi satu kenyataan. - Ikhwan Nain
0 ulasan:
Post a Comment