17 February, 2013

PAS Perkukuhkan Kedudukan Di DUN Tanjung Aru

Share
PAS Kawasan Putatan kini mengorak setapak lagi memperkukuhkan kedudukannya di kawasan DUN Tanjung Aru dalam Parlimen Putatan dengan penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya baru-baru ini.

Penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya pada kali ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh barisan pimpinan tertinggi PAS iaitu Datuk Paduka Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAS yang juga merangkap Exco Kerajaan Negeri Kelantan,  Tuan Haji Aminuddin Aling yang merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Haji Ag Laiman selaku Setiausaha PAS Sabah bersama beberapa pimpinan PAS Kawasan Putatan. 

Dalam majlis penubuhan PAS Cawangan Pulau Gaya tersebut, beberapa pimpinan PAS termasuk Datuk Paduka Hj Husam telah memberikan sedikit ucapan dan pemberian sumbangan beras kepada masyarakat.

Penyerahan borang keahlian bagi PAS Cawangan Pulau Gaya

Pimpinan PAS meredah lautan menuju ke Pulau Gaya


Ahli PAS Cawangan Pulau Gaya bergambar bersama pimpinan PAS 

PAS yang kini menjadi parti Pakatan Rakyat yang dominan di DUN Tanjung Aru kini diterima masyarakat dan hasil program PAS bertemu pengundi cina di sekitar DUN pada Tahun Baru Cina yang lepas menunjukkan rata-rata penduduk dari kaum tersebut kini gembira dengan kehadiran PAS yang juga popular melalui sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang meliputi kaum cina dan India. 

SBS Media melakukan tinjauan rawak ke beberapa lokasi di sekitar Tanjung Aru bagi mendapatkan respon pengundi cina dan hasilnya, SBS Media mendapati mereka berharap agar PRU-13 akan menyaksikan PAS mewakili PR menentang BN dalam perlawanan satu lawan satu di kawasan mereka.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.