Kehadiran TG Dato' Dr. Harun Din ke Sabah baru-baru ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat sekitar Kota Kinabalu. Kehadiran beliau ke Sabah adalah bagi menghadiri Majlis Pengijazahan Pertama Pertubuhan Kebajikan dan Perubatan Islam (Darul Syifa) Sabah.
Penerima sijil Pengijazahan Darussyifa' bergambar bersama TG Dato' Dr. Harun Din
Sebelum dari itu beliau telah merasmikan banggunan Persatuan Rawatan Islam Darussyifa' Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Pusat rawatan tersebut bersebelahan dengan Sekolah Rendah Islam Al-Hafid'z akan menjadi pusat Kebajikan dan Rawatan Islam (Darussyifa') yang pertama dibuka di Sabah.
Bergambar bersama penggerak Darussyifa' Sabah
Menandatangani plat perasmian Pusat Kebajikan dan Rawatan Islam (Darussyifa') Sabah
Kehadiran TG Dato' Dr. Harun Din juga pada sebelah malamnya telah
bersama-sama dengan majlis Diskusi Pengubatan Islam dan Pelancaran Dana
Waqaf Kompleks Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia yang mana
beliau juga Penaung kepada PDS.
Dr. Harun Din sedang menyampaikan ceramah
Tetamu yang hadir terpaksa berdiri dibelakang bagi mendengar ceramah Dr. Harun Din
Pada majlis tersebut lebih RM16,000 sumbangan dana waqaf berjaya dikutip malah kehadiran tetamu diluar jangkaan penganjur.
2 ulasan:
boleh sya tahu dimana pusat ni ? kawasan ? daerah ?
apa jenis rawatan yang dibuat? Rawatan Bekam ada kah?
Post a Comment