sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com
KOTA KINABALU, 21 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menyifatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebagai 'jaguh belakang pintu' yang hanya pandai melalak di sebalik tirai dengan tidak berani bersua muka di hadapan orang kampung bagi menyelesaikan masalah tanah di negeri ini.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, sifat hipokrit Ketua Menteri itu melukakan hati ramai pihak termasuk penduduk kampung yang teraniaya disebabkan isu tanah adat mereka yang dirampas tanpa pengetahuan mereka.
“Macam mana beliau boleh jadi Ketua Menteri kalau orang kampung pun beliau tidak boleh jumpa? Mereka bukan bawa senjata mau pergi buat rusuhan, mereka hanya bawa sekeping dua kertas yang didalamnya terdapat luahan hati rakyat.
“Bersembunyi disebalik pintu kaca tanpa menghiraukan hak rakyat, ini jelas menunjukkan Ketua Menteri ini tidak berani berhadapan situasi rakyat. Tidak berani tampil memperjuangkan hak rakyat, hanya melalak-lalak di dalam akhbar dan di media sahaja,” ujar beliau.
Boleh kekal, tapi sebagai pembangkang
Menurutnya, selaku Ketua Menteri yang dipilih, beliau bertanggungjawab memikul amanah rakyat, mendengar dan memahami isi hati rakyat dan menyelesaikan permasalahan berbangkit yang berkaitan rakyat.
Adalah malang baginya, Sabah mempunyai seorang Ketua Menteri yang hilang identiti kepimpinan tetapi cuba merayu dan menagih simpati untuk mengekalkan seorang Ketua Menteri yang ternyata lemah dan longlai berhadapan rakyat.
“Mereka merayu untuk terus kekal di Sabah. Kita boleh bagi mereka kekal. Tapi bukan sebagai Ketua Menteri, tapi jadi pembangkang Dun Sabah.
“Mana boleh kita kekalkan mereka yang lemah menguasai kerajaan ini. Ini kali kalau mereka itu kita kekalkan, maka semua hasil bumi dan tanah rakyat dirampas. Di mana kita mahu duduk?
“Kita berhimpun, tidak sampai 30 minit, tapi tanah yang rakyat usahakan hampir 30 tahun dirampas begitu sahaja. Tidakkah ini satu hipokrit yang besar yang dibawa oleh kerajaan Umno BN pada hari ini,” tegas Lahirul.
Justeru katanya, rakyat Sabah perlu sedar akan kepentingan memperjuangkan hak dan keadilan.
Tidak dinafikan, kekuatan rakyat Sabah bersatu dengan menumbangkan kerajaan sebelum ini telah cukup membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang tidak boleh dipertikai sama sekali.
“Sabah ada peranan tersendiri. Kali ini kita tukar baju sekali lagi. Baju yang kita pakai pada hari ini sudah koyak dan kotor. Kita tukar baju baru yang nampak lebih cantik, menarik dan tertawan semua pihak.
“Itulah baju yang kita namakan Pakatan Rakyat,” jelas Lahirul
15 ulasan:
"selaku Ketua Menteri yang dipilih, beliau bertanggungjawab memikul amanah rakyat, mendengar dan memahami isi hati rakyat dan menyelesaikan permasalahan berbangkit yang berkaitan rakyat."
Yang ini saya setuju dan rasanya Musa sudah berusaha menjalankan t/jawabnya sebagai CM.
Namun tak dinafikan jugalah masih banyak kelemahan atau kekurangan yang berlaku sehingga menyebabkan Sabahan mengeluh... Tapi tak adil juga kalau kita cakap Musa tidak buat kerja sebagai CM dengan baik kan:P
Tapi lain orang lain pandangannya; jadi susah juga mahu cakap.
saya pula leih suka menyifatkan Lahirul sebagai jaguh last minute atau mungkin jaguh jalan raya.. sudah dekat2 pilihanraya baru sibuk mahu tunjuk perihatin terhadap masalah rakyat.. itupun sekadar ambil jalan mudah dengan membawanya ke jalanraya,, bukannya cuba mendapatkan keadilan melalui saluran mahkamah..
apa pula komen Lahirul berkenaan dengan rampasan tanah di kelantan?? apa sudah jadi dengan tanah orang asli, bagaimana kerajaan PAS boleh rampas tanah peneroka getah??
ketika pemimpin2 Pakatan menghadapi perbicaraan di mahkamah, boleh pula pemimpin2 pakatan menggunakan khidmat peguam.. malah ada antara pemimpin mereka yang dihadapkan kemahkamah telah menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman.. tapi bila rakyat yang menghadapi masalah, pemimpin2 hipokrit ini hanya membantu mereka dengan membawanya ke jalanraya..
adakah masalah penduduk kampung hanya layak di laung2kan di jalanraya?? adakah masalah penduduk kampung hanya layak dijadikan batu loncatan untuk merampas kerajaan??
Baju pakatan mungkin baru, tapi kalau terlalu 'body fit' pun susah juga kan. Kesian golongan yang bersaiz besar.
Tapi semuanya terpulang pada setiap individu punya penilaian. Jadi kita biarakan sajalah rakyat buat pilihan sendiri.
Mungkin Musa Aman tiada dalam office pun. Itulah wakil beliau yang datang berjumpa.
Kalau bukan sebab PRU13, adakah semua ini berlaku? Demo2, ceramah politik sana sini etc? Jangan bila p'raya mahu dekat saja baru mahu jadi hero.
PAS kena fikirkan dahulu negeri mereka.
Tidak payah la PAS menyibukkan diri dengan keadaan Sabah. Lebih baik bela dulu rakyat rakyat di bawah pemrintahan PAS.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat di Sabah hidup dalam kebahagiaan
I believe the people know how to evaluate between the good and bad
Yang kita tahu perkara ini sedang dipincangkan oleh mereka yang pakar dalam hal ini. Maka kita tunggu saja apa pengumuman seterusnya mengenai perkara ini.
Post a Comment