28 March, 2012

CERMIN DIRI...

Share
Sumber: http://abumiftahblog.blogspot.com/

Assalaamu'alaikum wtb...

Seiring usia bertambah, jatah umur pun berkurang. Semakin jauh berjalan dalam safari kehidupan ini, maka semakin dekat dengan penghujung pengembaraan. Banyak sudah rencam hidup yang kita hadapi dan telusuri dalam rehlah yang panjang ini. Pelbagai warna-warni kehidupan kita semua telah jejaki.

Setiap dari kita memiliki corak dan warna kehidupan masing-masing, samada yang dicorak dan dilakar sendiri mahupun yang alami. Pergerakan ini semua adalah "sunnahtullah" yang telah ditetapkan. Dalam hidup ini, ada warna gembira - ada pula warna sedih. Ada warna 'cemerlang / gemilang' - ada pula warna yang pudar dan kelam. Ada manusia yang pada tubuhnya yang satu memiliki panca-warna yang pelbagai, namun ada juga yang terperangkap dengan hanya memiliki dua warna sahaja iaitu warna hitam dan putih. Ada manusia yang boleh mempelbagai warna hidup dengan pintar berasimilasi, sementara ada juga yang 'jumud' dengan warnanya... kemana saja melangkah pun hanya dengan warna yang sama tanpa perasaan.

Sesungguhnya, hanya mereka yang pandai 'membaca', 'memahami' dan 'melukis' corak dan warna kehidupan inilah yang akan mampu menghasilkan gambar perjalanan hidup yang 'benar-benar hidup' di atas kanvas kehidupannya - mengikut sunnahtullah sebagaimana mestinya. Maka, tugasan 'membaca', 'memahami' dan 'melukis' gambar hidup ini adalah terserah kepada kebijaksanaan, kreativiti dan inovasi kita masing-masing.

Marilah kita bercermin diri. Sudahkah kita melukiskan atau melakonkan watak kita dalam kehidupan ini sesuai dengan skrip atau memo Ilahi? Adakah kita telah membacanya dengan bacaan yang terbaik? Adakah kita telah memahami pula bacaan kita tadi dengan penghayatan yang terbaik? Dan... adakah setelah kita membaca dan memahami skrip atau memo itu, kemudian dapat kita melukiskannya di atas kanvas hidup atau melakoninya di layar kaca hayat. Jawabnya... lihat pada cermin diri masing-masing.


Yakinlah, bahawa setiap lukisan dan lakonan hidup yang terhasil adalah bergantung sepenuhnya pada hasil bacaan, kefahaman dan inovasi kita. Proses penghasilan lukisan dan lakonan ini sentiasa dipantau. Hasil mutlaknya akan disemak dan diadili kelak. Dan tentunya, akan ada yang mendapat markah Kumulatif Hidup Dunia yang Sangat Baik, Baik, Sederhana mahupun Lemah. Atau dengan nilai Lulus atau Gagal.

Kedudukan kita dimana? Cermin-cerminlah diri di kaca kehidupan. Tiada yang dapat mengubahnya melainkan diri kita sendiri. Kitalah pembaca dengan bacaan masing-masing. Kitalah yang memahami bacaan skrip yang diberi. Sebagaimana bacaan dan kefahaman, maka begitulah pula hasil karya kita nanti.

Sekali lagi... marilah pintar dan cerdik membaca, memahami dan seterusnya menghasilkan karya ulung @ copyright yang terbaik. Jangan sampai tersalah baca, kerana akan salah memahami. Dan... tentu hasilnya pun akan 'salah tajuk' atau 'tidak menepati soalan'. Awali dengan bacaan yang baik dan cermat. Insyaallah, hasilnya juga baik adanya.

Selamat membaca. Selamat Memahami. Selamat Berkarya.

Jangan lupa bercermin diri....

Abu Miftah
28hb Mac 2012

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.