01 November, 2010

Peraih Undi Wanita Umno tidak dilayan

Share
Oleh: Salman Muhamad Amin

Batu Sapi - Sambutan menggalakkan penduduk setempat terhadap kehadiran petugas dari muslimat PAS dan wanita Keadilan di kawasan mereka memberikan satu petanda baik bahawa masyarakat Batu Sapi akan menyebelahi Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil kali ini.

    Risalah Pakatan Rakyat yang didedarkan di satu kawasan perumahan habis dalam masa kira-kira 20 minit sahaja sedangkan pada masa sama, risalah yang diedar oleh wanita Umno bersepah disana-sini, kata Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah Puan Zaiton Ahmad.

Selain itu juga, di satu kawasan perumahan yang lain kelihatan kaunter daftar semakan milik Umno lengang sepanjang hari dan peraih undi wanita Umno tidak dilayan oleh penduduk kawasan perumahan tersebut, tambah Zaiton.

    Dalam tinjauan yang dibuat, rata-rata penduduk tempatan merungut masalah gangguan air dan elektrik yang sering berlaku. Begitu juga masalah pembinaan masjid yang belum selesai sehingga kini dan masalah pembangunan sampah berhampiran tapak masjid yang belum diselesaikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau pihak kerajaan sehingga hari ini.

Ketua Muslimat Pas Negeri Sabah, Puan Zaiton Ahmad  yang turut berkempen ketika mengulas kejadian tersebut mengatakan bahawa ini adalah tanda-tanda BN ditolak oleh rakyat Sabah dan mereka amat dahagakan kuasa dan kepimpinan  alternatif bagi memimpin dan menyelesaikan masalah asasi mereka Sabah khususnya di Batu Sapi.

Dalam perkembangan yang sama beliau turut mengecam tindakan Barisan Nasional meletakkan papan tanda ugutan seperti ayat ‘Sanggupkah anda menghancurkan masa depan mereka’  dengan meletakkan gambar tangan bayi bersebelahan ayat tersebut untuk mempengaruhi pengundi seolah olah masa depan generasi muda akan hancur jika memilih pembangkang.

Sedangkan kata Zaiton, peratus jenayah  termasuk pembuangan bayi yang meningkat setiap hari berlaku disebabkan polisi kerajaan BN yang longgar terhadap pusat-pusat maksiat seperti Pertumbuhan Kelab kelab membuktikan merekalah (BN) yang menghancurkan generasi anak muda hari ini.

Zaiton juga menyeru agar masyarakat dan pengundi Batu Sapi khususnya dan Rakyat Sabah secara amnya agar menolak pimpinan Barisan Nasional yang tidak menitikberatkan soal keruntuhan moral sehingga ke akar umbi sebaliknya mereka hanya sibuk dengan pelbagai projek mewah tanpa perancangan modal pembangunan insan yang menitikberatkan soal spiritual.

    Ketika mengulas projek-projek kilat yang dilancarkan oleh menteri-menteri persekutuan BN di Batu Sapi dan menabur wang di kalangan pengundi Batu Sapi. Beliau mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpedaya dengan janji manis kerajaan BN yang hanya menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kebajikan dan keperluan rakyat hanya ketika musim Pilihanraya sahaja.

Misalnya upacara pecah tanah, Masjid RM5 juta di Batu Sapi hanya untuk mengaburi mata rakyat. Jika benar mereka ikhlas kenapa tidak dimulakan sejak sebelum pilihanraya. Pada musim pilihanraya sememangnya Kerajaan Persekutuan tanpa segan silu menabur berjuta juta wang secara kilat dan ‘mee segera’ kepada rajyat.

Adakah ini pelan pembangunan terancang jangka panjang ataupun ‘adhock’ hanya ketika Pilihanraya untuk meraih simpati undi dari rakyat. Rakyat Sabah begitu terhina dengan tindakan dan lakonan sama pimpinan BN seperti ini setiap kali menjelangnya Pilihanraya.

Oleh yang demikian, rakyat Sabah diseru agar berani membuat perubahan tanpa takut dengan Politik Ugutan dan ‘gula-gula Kerajaan BN’. Sebelum ini, Sabah juga pernah membangun dan maju semasa Pemerintahan kerajaan  BERJAYA dan USNO.

Sebaliknya rakyat Sabah merupakan antara penduduk termiskin di Malaysia selepas BN memerintah walaupun Sabah mempunyai hasil bumi yang kaya seperti pengeluaran minyak dan gas melebihi 2.5 bilion ringgit setahun tidak termasuk hasil balak, pertanian ,perdagangan dan sebagainya, ‘ujar beliau lagi.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.