22 February, 2010

Success Excellence Center

Share


Setinggi tahniah diucapkan kepada team Success Excellence Center (SEC) Sdn Bhd yang selamat membuka pusat latihan mereka di Inanam Bussiness Centre. SEC sebuah syarikat perkhidmatan yang menyediakan khidmat khusus dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia, perancangan, pemasaran, strategik, motivasi, seminar, bengkel dan pembangunan modal insan. Teraju utama syarikat ini ialah Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah selaku pengarah urusan bersama-sama dengan Sdr Saberun Abd Kadir selaku penolongnya.

Teraju di dalamnya juga anak-anak muda profesional dan lulusan IPTA. Cik Norliza Shafie (UMS), Cik Siti Maryam Dawalih (UMS), Hajizul Abdul ( MSU), Rudy Petrus (UNITAR), Johanshah Syarifuddin (UUM), Cik Noor Azmizah Andaman (UMS) dan Cik Nurul Martini Gontol (UiTM).


Malam tadi, ada kenduri kesyukuran di pusat latihan mereka. Saya hadir bagi memberi sokongan moral atas kejayaan membuka syarikat seterusnya pusat latihan mereka. Sokongan diberikan atas dasar syarikat dimiliki oleh orang Islam yang berjiwa dan berfikrah Islam. Mudah-mudahan dengan fikrah dan jiwa Islami yang mereka miliki itu, para peserta kursus turut diserapkan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.



Ust Saiful Zaman Sanggul (Sektor Pendidikan Islam) yang diceritakan pernah menjadi aktivis JIM satu masa lalu hadir menyampaikan ceramah berkaitan Tazkiyatun Nafs. Ternyata, walaupun sebentar dan santai ia cukup berisi sekali.

Turut hadir Sdr Marsus Jabar (YDP JIM Sabah), Ust Naim Majin (SMKA Inanam), Ust Ithnin Hashim (SMK Bandaraya), Sdr Zainuddin, Ust Sarip Adul dan semua tenaga SEC diketuai Hj Nic dan Sdr Saberun.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.