08 February, 2012

ISU AIR DI TAWAU, DPPKT KELUARKAN KENYATAAN AKHBAR

Share
Sumber: http://landasanukhwah.blogspot.com/


KENYATAAN AKHBAR
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU

Tawau, 7 Feb : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, minta pihak yang berwajib tampil untuk memberikan pejelasan berkaitan masalah ganguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini. Pekara ini sering berlaku apabila kawasan Tawau berhadapan dengan musin hujan.Rungutan turut kendengaran oleh rakyat kawasan Tawau kesan bekalan air yang terjejas seperti di Taman Sri Apas Batu 8 terputus bekalan sejak khamis lalu.

Gangguan bekalan air juga kerap kali berlaku. Apabila diajukan soalan, maka jawapan yang paling popular diberikan ialah kerja mencuci tangki. Selepas gangguan teruk lebih kurang dua minggu lalu, kini gangguan itu terus berlaku terutama apabila berlaku hujan yang lebat. 

Justeru, Dewan Pemuda PAS Tawau meminta pihak kerajaan negeri Sabah melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Air (PBAN) menyelesaikan masalah ini dengan segera. Adalah menjadi sesuatu yang memalukan apabila sebuah kerajaan yang bermegah dengan peruntukan belanjawan paling besar hampir setiap tahun termasuk peruntukan belanjawan 4 billion bagi tahun 2012 gagal menyelesaikan masalah asasi rakyat. Kemana perginya peruntukan berbilion setiap tahun sebelum ini, tetapi masalah asasi rakyat sebegini gagal diselesaikan . Kita bimbang peruntukan tersebut diselewengkan ke dalam poket masing-masing, yang menderitanya ialah rakyat jelata. Menjadi sesuatu yang amat memalukan , kerajaan BN inilah juga yang sering mengutuk negeri Kelantan sebagai tidak pandai menyelesaikan masalah air seperti kata pepatah melayu seperti ayam berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi.

DPPKT juga mendesak kerajaan merangka pelan penyelesaian isu air yang konkrit air nasib rakyat terus terbela. Jika gagal, DPPKT mengajak seluruh rakyat membuat suatu anjakan paradigma menolak kerajaan yang ternyata gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab memelihara kepentingan asasi rakyat.



Yang Benar,

.......................................
HERY ANTO HASANUDDIN
KETUA PENERANGAN,
DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN TAWAU

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.