08 February, 2012

Muhammad dan Perarakan Maulid

Share
Sumber: http://anaktokimam.blogspot.com/

Hari ini 12 Rabiul awwal 1433, bersamaan 5 Februari 2012 umat Islam merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Bahasa arab kata maulid. Kat sini sambutannya seakan-akan menjadi wajib. Abah cakap perayaan dalam Islam yang sebenarnya ada dua je iaitu idul fitr dan idul adha. Sambutan pada tahun ini abah diminta supaya menyertai kontinjen IPG di Kota Kinabalu. Semua pensyarah JAPIM kena pergi di samping beberapa pensyarah dari jabatan lain. Ustazah Saidah tak pergi sebab dia kena pantau kontinjen IPG peringkat daerah.

Jadinya Muhammad ikut sekalilah ke sana. Semua pergi. ummi pun pergi. Kami bertolak dari keningau hari Sabtu 4 Februari 2012, jam 11.00 dan sampai jam 1.00, terus abah check in di King Park Hotel. Pada malamnya bertempat di Masjid Negeri ada majlis baca yasin, tahlil dan baca doa selamat. Doa selamat? Adakah doa tak selamat? Entahlah. Muhammad tak tau. Abah cakap malam birthday nabi tak dianjurkan apa-apa pun. Tarikh lahir nabi pun sebenarnya dipertikaikan ulama.

baca yasin, tahlil dan doa selamat
 
Abah bawa Muhammad ke Masjid Negeri tengok orang solat, baca yasin, tahlil dan doa. Ummi bawa Muhammad di bahagian perempuan di tingkat atas. Seronok tengok ramai orang. TYT dan KM Sabah pun datang. Abah cakap masa orang baca yasin abah tak ikut pun. Abah zikir sorang-sorang. Baca sajdah dan mulk. Apolah abah ni! Masa balik ada seorang pengemis minta makanan. Abah bagi nasi tapau yang abah ambil di masjid tadi. Pengemis tu cakap terima kasih. Abah cakap tengok orang tu. kasian dia. Kita kat rumah banyak bazir makanan. 


Sampai kat hotel kami makan nasi tapau tadi. Abah makan kongsi dengan ummi punya sebab abah punya dah kasi pengemis. Romantiklah abah ni! Muhammad tak makan sebab rasanya pedas. lagipun makcik kat masjid tadi tak bagi kat Muhammad pun. Lepas makan abah suruh tidur awal sebab esok kena bangun awal sebab nak ke Padang Merdeka ikut perarakan.

5 Februari, seawal 6 pagi Muhammad dah nampak dari atas hotel orang ramai siap dengan baju melayu bersamping menuju ke padang Merdeka. Abah suruh kami semua bersiap. Muhammad, Ummi, Kakak, Kak Ngah dan kak Idah pakai baju raya tahun lepas. Abah pakai batik kuning. Kami sampai di padang agak lambat. Orangt ramai terlalu ramai. Sekitar sepuluh ribu orang. Kontinjen abah pun abah tak tau kat mana. jadi abah join PPD Kota Kinabalu. Che Bob, Tuan Bujang, Tuan Naim pun join sama. Hanya ustaz Misri dan Ust Sobri yang dapat bergabung dengan IPG.

Encik Bujang dan Che Borhan

suasana sebelum perarakan dimulakan

Abah cakap bagus juga berkumpul hari in. Dapat jumpa ramai kawan lama. Anak murid abah yang dah posting sejak 2005 pun ramai juga. Ummi pun dapat jumpa ramai kawan ustazah j-QAF masa ummi belajar dulu. Perarakan bermula jam 8 pagi. Ketua negeri Sabah, iaitu TYT dan Ketua Menteri, menteri-menteri, ahli-ahli Yang Berhormat mengetuai perarakan. Mengikut pengumuman yang Muhammad dengar ada 99 kontinjen semuanya.

Muhammad ikut berjalan berarak. Tercungap-cungap Muhammad ikut langkah orang dewasa. Tak dapat kejar. Ujung-ujng Abah dukung Muhammad. Penyertaan Muhammad dalam perarakan habis setakat King Park Hotel je, iaitu kurang lebih 200 meter dari tempat mula, Padang Merdeka. Hehe. Abah dan kakak je yang teruskan perjalanan menuju ke Masjid Negeri. Jaraknya 3 kilometer.

tercungap-cungap Muhammad memulakan langkah

ujung-ujung abah dukung Muhammad

Abah sampai masjid negeri pada jam 850 pagi. Hampir sejam berjalan batis. Abah ambil Muhammad semula selepas itu untuk ke Masjid Negeri. Ustaz Misri hantar. Ustaz Misri menginap di Tang Dynasty Park Hotel, dekat dengan masjid negeri. Alhamdulillah, Muhammad sempat dengar ceramah agama yang disampaikan oleh seorang penceramah. Lupa suda Muhammad apa namanya.

sedang dengar ustaz berceramah

Antara isi ceramah ialah kita kena faham bahawa dengan Islamlah kita dapat bersatu. Kita mesti patuh dan ikut pemimpin yang mengajak kepada Islam. Kesefahaman asas perpaduan ummah. Jadi kita kena faham Islam. Jangan tak faham.

Majlis selesai jam 11 pagi. Ummi dan para kakak ajak membeli dan membelah di Wisma MUIS. Muhammad ikut abah. Tak minatlah Muhammad ikut kakak . Asyik-asyik beli kain. Tak habis-habis. Muhammad tunggu ummi dan kakak-kakak sambil perhatikan ikan di kolam yang ada di Wisma MUIS. Abah cakap orang mukmin dalam masjid seperti ikan dalam kolam. Tenang dan senang sekali, manakala orang munafik dalam masjid seperti burung dalam sangkar. Susah dan gelisah nak keluar dari sangkar.


orang mukmin dalam masjid seperti ikan dalam air

Kami balik Keningau lepas solat zohor asar jamak taqdim di hotel. malam ni abah kena bagi ceramah kat masjid kauran pulak. Sekian sahaja cacat... eh.. catatan Muhamamad untuk kali ini. Muhammad ngalih suda!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.