08 February, 2012

BR1M, IC Project dan PATI

Share
Sumber: http://monazmuslim.blogspot.com/

Minggu lalu penulis dimaklumkan telah berlaku kekecohan di satu tempat (dirahsiakan) berdekatan Kota Kinabalu dalam satu program penyerahan BR1M berjumlah RM500. Kekecohan mula berlaku bila ada di kalangan warga Sabah tidak layak menerimanya kerana rekod MyKAD mereka tiada dalam sistem LHDN. Siasat punya siasat, rupanya mereka pemegang kad pengenalan biru melalui 'IC Project'.

Sekarang barulah kita tahu bahawa kad pengenalan yang diperolehi melalui 'IC Project' itu sekadar membolehkan diri mereka bergelar 'warganegara' dan layak untuk mengundi bagi memenangkan UMNO BN dalam pilihanraya.

Jika dalam sistem database LHDN tiada rekod mereka, maknanya dalam database JPN pun tiada. MyKad hanya dikeluarkan begitu saja oleh pihak JPN.

Nampaknya Program BR1M yang dilancarkan oleh Najib dengan tujuan 'merasuah' rakyat agar mengundi UMNO BN dalam PRU13, akhirnya menjerat leher sendiri.

Penulis rasa jumlah pemilik MyKad palsu di Sabah ini melebihi 200 ribu orang.

Tentunya para pemegang MyKad palsu tidak berani mengundi Pakatan Rakyat kerana telah diugut jika berbuat demikian, MyKad akan dirampas semula. Namun, ada kemungkinan mereka mengambil sikap tidak keluar mengundi dalam PRU13 sebagai tanda protes terhadap UMNO BN atas isu wang RM500 itu.

Samada warga jati Sabah sedar atau tidak, pemberian MyKad palsu kepada warga asing secara sewenang-wenangnya telah mewujudkan satu 'penjajahan baru' di negeri sendiri. Dan antara punca pengangguran anak watan Sabah terus meningkat bila pihak swasta termasuk perkilangan, pembinaan dan restoran lebih berminat mengambil PATI sebagai pekerja berbanding anak tempatan kerana mereka sedia dibayar gaji rendah.

Selain masalah pengangguran, kadar jenayah dan gejala sosial turut meningkat. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gelagat dan akhlak anak-anak pendatang ini di sekitar Kota Kinabalu. Dan semua orang KK kenal mereka dan dari mana asal ibubapanya.

Jelasnya, kerajaan UMNO BN sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa termasuk menjual dan menggadai keselamatan negara. Buktinya dah ada bila UMNO mendapatkan khidmat kepakaran APCO, sebuah konsultan milik Yahudi Zionis.

Jadilah rakyat yang bijak dan bermaklumat.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.