07 June, 2012

Pemuda PAS Sabah: Rakyat Mesti Beralih Dari 'Perkara 20' Kepada 'Perjanjian Malaysia 1963'

Share
Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Salam Perjuangan,

Jika dulu '20 Perkara' ini diketagorikan sebagai isu sensitif, namun sekarang ianya tidak lagi. Orang ramai sudah mula menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan. Walau bagaimanapun saya dikhabarkan bahawa '20 Perkara' sebenarnya tidak wujud, bahkan tiada dokumen yang sah.

Baru-baru ini, isu ini diperkatakan kembali di dada-dada akhbar apabila kenyataan bertentangan daripada dua pemimpin BN Sabah. Datuk Salleh mengatakan ’20 Point no longer valid’ dan ini mengundang kemarahan kebanyakan pihak. Lantas Dr. Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan Datuk Salleh, Ongkili mengatakan bahawa ‘20 Perkara Sah & Relevan sampai bila-bila’. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama iaitu

“20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan,"




Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa
"Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom.
Petikan dalam laman Wikipedia pula tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut.
"Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja."
Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat hitam putih berkaitan perkara tersebut. Sekiranya dikatakan '20 Perkara' sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14, namun ia masih belum ada asas yang jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi. Maka, '20 Perkara' sebenarmya tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Sekiranya masih ada pihak yang berkeras tentang wujudnya '20 Perkara', sila buktikan di manakah dokumen tersebut?

Maka dengan itu, Pemuda PAS Sabah bersama-sama DPP Sepanggar mengajak rakyat untuk kembali beralih kepada sesuatu yang benar-benar mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk diperjuangkan.  Tinggalkan '20 Perkara' kerana BN sendiri mula menolak kewujudannya dan kembali beralih kepada dokumen  perjanjian Malaysia 1963 (sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan).

Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20?

Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. Beberapa pelan tindakan telah pun dirangka secara bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO tempatan bagi memahamkan rakyat berkaitan isu ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhwan Nain
Ketua Penerangan DPP Sepanggar

Komen Via Facebook

3 ulasan:

Anonymous said...

jika PAS masuk Sabah,ia akan melanggar 20 perkara.sebab tu nak suruh alih perhatian.Sabah tidak patut ada agama rasmi.PAS parti berunsur agama tidak patut masuk!kalau nak langgar juga,sah PR dengan BN sama saja!

peranak samah said...

Anon : betul ka kau ni orang Sabah?? Beriya-iya betul mau bawa semangat keagaamaan, Sorry Bos! Orang sabah bukan macam tu. Macam sengaja sja ko mengasi batu api orang pasal agama ni, ada makna ka? bahasa ko pun nda menggambarkan orang sini. Ka kau takut PAS masuk Sabah ka sbb di Malaya sana, siap org bukan Islam pun undi PAS. Tiba2 ko ni pelik pula, knp? Setahu sy non-muslim ok saja pun, dorang percaya lagi PAS berbanding UMNO. Klu ko nda percaya datang la pg Pitas. :)

FS MC said...

Assalamualaikum

FS Mega Creative Enterprise menyediakan perkhidmatan percetakan T-Shirt dan cenderahati. Kami turut menyediakan perkhidmatan mencetak bendera parti PAS, DAP dan Keadilan (dalam bentuk gulung pun boleh) dengan harga yang amat berpatutan. Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.

Untuk tempahan sila hubungi:
FS Mega Creative Enterprise (CA01843562 – P)
Kedai Khidmat 1
Bangunan PERNAMA
RKTLDM Balok Perdana
26100 Kuantan PAHANG
Tel: 019-9314105
Emel: fsmegacreative@gmail.com
Website: fsmegacreative.blogspot.com

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.