Sumber: http://monazmuslim.blogspot.com/
Penulis teringat dua ungkapan popular Ustaz Ismail Kamus ketika menjadi ADUN PAS Gombak Setia dulu. Antara bidasan pedas beliau ketika menjawab tuduhan wakil rakyat UMNO semasa sidang dewan dulu ialah "Kami bukan gila kuasa tapi nak ambil kuasa dari orang gila". Dan satu lagi ungkapan beliau yang lawak tapi pedas sindirannya terhadap UMNO adalah "Ini bukan gila babi namanya, babi gila pun tak buat macam tu", ketika mengulas isu konspirasi fitnah liwat terhadap Anwar pada 1998.
Cuba kita renungkan sejenak tanpa dipengaruhi oleh emosi atau mana-mana fahaman politik berhubung dengan tindakan gila pihak Polis menahan rakyat yang memakai baju Bersih 2.0 warna kuning sejak 2 minggu lalu. Dan semalan 7 orang aktivis PAS dan AMK ditahan ketika sedang menikmati sarapan di Restoran Sempelang Kota Kinabalu. Tangkapan dibuat hanya kerana seorang daripada mereka berbaju Bersih 2.0. Yang lain berbaju biasa.
Soalnya, mengapa Polis tidak bertindak terhadap Pemuda UMNO yang berbaju merah Patriot ketika mereka berdemo di hadapan pejabat PKR Petaling Jaya minggu lepas. Begitu juga tiada sebarang tindakan terhadap Perkasa yang terbukti mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan ancaman.
Senario yang berlaku membuktikan KPN Ismail Omar dan timbalannya telah benar-benar menjadi 'barua UMNO'. Bukan lagi menjalankan tugas berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan. Sewenang-wenangnya membuat tangkapan atas arahan kerajaan UBN yang semakin terdesak ekoran dosa besar mereka terhadap agama, rakyat dan negara.
Jika selama ini kerajaan UMNO BN tidak melakukan penipuan dalam pilihanraya, tidak menyeleweng wang rakyat dan tak rasuah, nescaya Bersih 1.0 dan 2.0 tidak wujud di bumi ini.
Malangnya, terlampau banyak bukti penyelewengan dan penipuan dalam Daftar Pemilih yang dilakukan oleh UMNO melalui baruanya SPR, khususnya selepas PRU10. Dan antara penipuan yang paling serius hingga boleh menggugat keselamatan negara bila mana KDN melalui JPN telah melaksanakan 'Projek IC' untuk diberikan kepada pendatang tanpa izin bagi membolehkan mereka mengundi memenangkan BN. Ini dibuktikan dalam Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bila Hakim Dato' Kamil Ayub membatalkan kemenangan BN dalam PRK N14 Likas ekoran wujud pengundi hantu.
Soalnya kenapa Najib dan UMNO begitu takut dengan baju kuning sedangkan Himpunan Bersih 2.0 bukannya untuk menggulingkan kerajaan, tapi hanya membuat 8 TUNTUTAN, yaitu;
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Penulis kira pembaca sendiri boleh faham mengapa Najib dan UMNO kini berada dalam ketakutan yang kronik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.
0 ulasan:
Post a Comment